BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

Archive for January, 2009

SOFTWARE MANUSIA YANG TERHEBAT – MINDA SEPARA SEDAR

January 24, 2009 By: enemdy Category: motivasi

Kita ada 2 jenis minda:

  1. Minda sedar (conscious mind)
  2. Minda separa-sedar (subconscious mind)

Setiap minda itu ada ada tugasannya sendiri.

Minda sedar – memberi arahan kepada minda separa sedar. Ia umpama seorang big boss.

Minda separa sedar – menerima apa sahaja yang diberikan oleh big boss (minda sedar). Tidak kira ia berupa arahan negatif mahupun positif, ia akan menerimanya dan melaksanakan tugasnya tanpa sebarang bantahan. Ia umpama kuli yang diberi gaji oleh big boss.

Selepas arahan diterima, ia akan menggerakkan semua mekanisma anggota badan untuk menyelesaikan segala tugasan berdasarkan arahan yang telah diberi dari minda sedar.

Lihat diri anda sekarang, tabiat buruk, baik, berjaya, gagal, murung, happy, ceria, tension, pemalas, rajin dan apa saja sifat dan nilai yang ada pada diri anda sekarang.

Siapa diri anda sekarang itulah hasil dari apa yang telah anda suapkan kepada minda sedar anda sebelum ini.

Oleh itu, berhati-hati tentang apa yang anda sebutkan dan apa yang anda fikirkan kerana ia akan benar-benar terjadi!

Berfikir dengan positif, secara automatik anda akan bertindak secara positif. Itulah kehebatan minda satu makhluk yang dinamakan MANUSIA.

Gunakanlah built-in ‘software’ yang telah diberikan secara percuma oleh Tuhan ini dengan sebaik mungkin.

Saya sendiri sedang menggunakan software ini dan ternyata ia berkesan!

Share/Save

INCOME DARI FACEBOOK ADS

January 21, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Pagi tadi saja check kut-kut ada sales dari hasil pengiklanan Facebook ads yang aku buat malam tadi. Eh.. ado..

Petang tadi check lagi, eh ada lagi.. hehe..

Statistik setakat ni:

UPDATE (23 January 2009):

Dapat 2 sales lagi dari 2 Ads! Tak banyak pun, total ada dalam RM 70 je! Campur semalam punya, ada la dalam RM110. Berikut adalah screenshotnya, enjoy!

Share/Save

CUBA BERMAIN-MAIN DENGAN FACEBOOK ADS

January 21, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Hari ni rasa macam best pulak advertise produk affiliate kat Facebook, takda la rasa susah sangat pun. Dah le modal untuk advertisement pun free je sebab guna redeem coupon yang diberi oleh sedara Naem dan Bro Richie dalam USD200, itupun tak redeem kesemuanya, masih ada lagi tak pakai.

Daripada banyak-banyak ads yang aku letak, ada 1 tu je yang tak approved sebab tak baca peraturan. Salah sikit je, delete, lepas tu repair balik. Cuma kena tunggu lagi 12 jam la untuk approval.

Ni adalah iklan first group aku yang baru running 6 jam yang lepas. Huh.. impression yang tinggi tu datang dari US sebenarnya, sebab aku tak filter sangat mula-mula tadi. Haa.. hak CTR yang paling tinggi tu ialah iklan lucah sikit. Orang Malaysia ni kalau bab-bab lucah memang pantas depa click, tapi membelinya tidak hahaha..

Ni duit kupon aku yang dah terbakar:

Takpa esok kita tengok cemana resultnya, adakah ia akan menghabihkan bogheh atau buleh buat side income.

update: mengabihkan bogheh yo.. tapi nasib baik ‘bermain’ jo

Share/Save

APA ITU TWITTER?

January 18, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Sebuah mini social networking yang patut anda join!

Berkonsepkan short update tentang aktiviti harian anda, berguna untuk perniagaan internet. Let your followers know what is your current projects, recommendations, your latest blog post, offer affiliate products etc.

Anda perlu jawab soalan dibawah sahaja

WHAT ARE YOU DOING?

Rekabentuk dan kepenggunaan yang simple tetapi efektif. Terhad sehingga 140 characters sahaja. Bersifat minimalist – aku suka.

Tapi aku yakin mesti ada yang gatal nak tulis lebih dari itu. Kenapa kalau dah pilih sesuatu itu kerana cirinya yang unik tetapi bila nak guna, ciri itu sudah tak penting lagi? Sama macam orang beli komputer Apple tetapi gatal nak install dan run windows juga. Manusia ni pelik dan ‘gatal’.

Kalau gatal juga nak tulis lebih dari 140 characters – takda masalah, boleh guna twitzer. In case ada link yang panjang – takda masalah, boleh guna ‘pemendek’ URL seperti tinyurl contohnya. Selamat menggatal!

http://www.twitter.com/enemdy

You follow me, I follow you…

Share/Save

  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com