BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

Archive for March, 2009

HONDA CITY i-VTEC BARU THIRD GEN

March 27, 2009 By: enemdy Category: Personal

At last, my new toy has arrived!

In the first place aku ingat nak angkat honda vtec, tiba-tiba honda baru keluar.. terus booking pada tahun lepas bulan 12/2008. Tengok ghope depannya huh macho gila, tengok tang tepi ada lak sikit-sikit macam Optimus Prime huhu.. Tapi kadang-kadang tengok design depan dengan belakang macam tak kena aje.. ah tak peduli la tu semua.

Ini ialah Honda City third generation. Sori ek bukan Gen-2. Salesman tu kata model ni boleh bertahan selama 5 tahun sebelum keluar model yang terbaru.

Aku angkat kaler Itam. Sebenarnya bini aku yg bakar aku suruh beli, aku nak beli kancil seken hen je memula heheh.. tapi lepas terlihat model baru ni aku pun tertarik hati jugak. Lagipun tangan aku dah naik timbul urat sebab memusing stereng Iswara tu ha.. Ah sambar aje lah, apa nak kisah.. duit banyak.. hohohohohohoooooooooooooo! acah je..

Aku tak kisah apa orang nak kata.. mungkin orang kata aku gila sebab ekonomi tengah merosot beli kete baru. Aku paduli hapa.. Dengan adanya permainan baru ni maka aku pun kena lah cari duit lebih banyak lagi.. Ekonomi merosot pun takkan nak duduk diam aje, simpan duit aje, so kena le cari duit lagi, betui tak..

Lagi satu pasal kete ni.. mungkin ada yg kata, alaah rugi je kau beli ni, baik kau beli tu.. dan macam-macam lagi. Aku tengok kat forum paultan, geng-geng honda dan toyota bercakaran, masing-masing kata kereta mereka lebih baik. Pendapat-pendapat tu simpan aje la sendiri, toksah le bakar orang kata itu tak bagus ini tak bagus, sukahati aku ler haha.. jgn marah..




Sebabnya, mereka compare benda yang susah nak compare sebenarnya. Setiap benda ada kelebihan dan kekurangan, so tak payah nak buang masa berdebat benda yang tak perlu didebatkan pun.

Aku dan wife aku senang aje, compare dengan kereta yang kami pakai sekarang, iswara 1.3, sekurang-kurangnya ia lebih baik, lebih selesa dan lebih berkualiti dari kereta lama. Kan senang cerita!

Share/Save

Tags:

RADIOHEAD – CREEP (COVER)

March 04, 2009 By: enemdy Category: Lain-lain

Mungkin anda pernah dengar nama band ini pada suatu masa ketika dulu.

Lagu ni cukup popular pada zaman 90′an di awal kebangkitan muzik genre alternative.

Kini ada berita baik! – ia dipopularkan semula oleh aku sendiri. Lagu ini telah aku berikan nafas baru yang busuk. Ya nafas aku yang busuk sebab tak gosot gigi lagi nih.. hambik kau!

Vokal, lead & rhythm guitar di’sumbang’kan oleh aku sendiri.

Harap maaf, kualiti kurang memuaskan kerana peralatan dan software yang digunakan adalah free dan murah belaka.. Proses pengeditan pun lebih kurang, sekali harung je..

Enjoy..!

CREEP – RADIOHEAD NMD MP3 (4MB)

Tak enjoy nasiblah haha..

Share/Save

Tags:
  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com