BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

Archive for September, 2009

SELAMAT HARI RAYA 1430H!

September 15, 2009 By: enemdy Category: Lain-lain, Personal

Aku disini menyusun sepuluh jari sekiranya aku terkasar bahasa, ter-menyinggung perasaan sesiapa, ter-makan-minum, tak ter-tunaikan janji, aku memohon ampun dan maaf. Aku ucapkan selamat berhari raya dengan keluarga tersayang. Berhati-hati dijalan raya don’t sleep while drive, don’t sneeze and drive, don’t talk talk handphone while drive and don’t curi makan (tak posa) or smoke cigarette while drive OK!

Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya!

Share/Save

Tags:

NAK BERHENTI KERJA?

September 14, 2009 By: enemdy Category: motivasi

Nak buat keputusan berenti keje ni susah gak sebenarnya, ia bergantung kepada beberapa isu yg perlu dipertimbangkan.

Yg pertamanya isu security, ya isu keselamatan heheh.. bukan la.. isunya ialah engkau boleh tahan ke kalau kete kena tarik, sewa umah tertunggak, pastu kena halau, bank asyik call setiap hari, bil-bil lain datang menderu-deru, baru je amik surat penyata kad kredit kat post box, datang lak posmen hantar 2 surat hutang lagi arghhh..! Tanya diri dulu, buleh tahan ker?

Kedua, isu passion. Kalau betul-betul minat dan bersungguh-sungguh, nampak masa depan maka isu security tadi tak jadi masalah sangat, itu pun kena pandai adjust la..

Orang kata, dunia ni di ubah oleh orang-orang yg bekerja dengan begitu ghairah sekali, begitu minat sekali. Apa yg dia buat memberi impact kepada diri dia dan juga kepada org lain/masyarakat. Hasil kerja mereka menjadi inspirasi kepada org.

Kalau rasa kerja sekarang ni macam tak ada beri apa-apa impact kpd diri sendiri dan juga kepada orang lain, melainkan hanya untuk melunaskan bil-bil dan hutang setiap bulan, maka kejarlah passion engkau sekarang.. Kalau masih minat dgn kerja sekarang, buatlah dengan betul-betul ghairah, pasti ada pulangan.

Kesimpulannya, berhentilah kerja yg engkau tak minat, jangan tunggu usia tua baru nak menyesal. Rugi kalau buat kerja tak seikhlas hati. Nak buat kena buat betul-betul, kalau dah rasa separuh hati je, baik tinggalkan segera, secepat mungkin sebelum ia memakan diri, sebelum lubang semakin dalam, sebelum terlambat!

Carilah minat kita yg sebenarnya, jangan berpura-pura lagi.. Selagi belum jumpa, sila cari sampai jumpa. Isu secure tak secure belakang kira kerana apa yg kita minat itu lah yg akan lebih secure untuk masa depan kita!

Share/Save

PERNIAGAAN INTERNET – SERIUSKAH ANDA?

September 10, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Perniagaan internet..

Hmm.. namanya pun internet. Kalau internet mesti ada website. Paling kurang pun ada link (affiliate link) dan ada e-mail. Barulah namanya perniagaan internet, tak gitu?

Tapi berapa ramai yang berjaya dan menikmati pendapatan yg mereka inginkan?

Apa beza mereka yang dah berjaya dengan yg cukup-cukup makan, sekadar main-main.

Antara bezanya ialah :

Golongan 1-2% yang berjaya ni adalah orang yang benar-benar serius.

Mereka tahu bagaimana nak buat website dan mengendalikan website.

Mereka faham HTML coding.

Mereka ada produk sendiri, affiliate program tu lain cerita.

Mereka tahu buat grafik menggunakan software, kalau tak handal pun, sekurangnya tahu serba sedikit. Satu lagi, mereka fasih bertutur dan menulis didalam bahasa inggeris. Tak fasih pun tak apa, mereka boleh kuasai pasaran Malaysia tetapi ilmu menulis mereka adalah luarbiasa.

Banner Promosi

So jika anda benar-benar mahu serius mulalah mengambil serius tentang perkara diatas. Jangan ambil peduli dengan kata-kata jualan yg sedang berlegar-legar di internet seperti :

” ..tak tau buat website pun tak apa..

tak reti html pun tak apa..

tak tau marketing pun tak apa..

tak da produk pun tak apa..

tak reti tulis artikel pun tak apa..

TAK TAU APA-APA PUN TAK APA.. ”

Apabila mereka serius, mereka berada didalam kawalan. Apa saja yg mereka hendak ubah, mereka boleh ubah, tambah, buang, adjust. Perniagaan adalah didalam tangan mereka. Outsource hanya jika tak tau apa-apa langsung.

Jika mahu serius dan mahu pendapatan yang serius pergilah ke kursus-kursus perniagaan internet, create produk sendiri, pergi ke bengkel membuat website, pergi ke kursus penggunaan image editing software, belajar cara-cara bagaimana mempromosi produk, SEO dan sebagainya.

Belajarlah seperti anda seorang yang betul-betul serius!

Share/Save

TUTORIAL GIMP 4 Text Along Path

September 10, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Text Along Path

Text Along Path

File > New

Klik Path Tool path tools
Ciptakan apa-apa curve yang anda mahukan.
Caranya, klik at one starting point dan klik pada end point.
Kemudian bermain-mainlah dengan curve itu dengan menyeretkan mana-mana bahagian yg anda mahu, seretkan handle ke arah mana-mana yg anda mahu.

Klik pada Path Dialog (jika belum ada, lihat tutorial gimp 1)
Klik pada kotak paling kiri sehingga simbol mata kelihatan.

eye symbol

Klik Text Tool, taip apa yg anda mahu tapi jangan terlalu panjang.

Boleh ubah teks pada bahagian Option Tools Dialog.

Selepas siap menaip, klik Text Along Path (terdapat pada dialog option tools).

Buangkan text layer tadi (click and drag text layer ke icon tong sampah).

Pergi ke Path Dialog > right click > Path To Selection.

Dari sini anda boleh buat apa yg anda suka.
Samada guna Bucket Fill, Gradient, Stroke Path, Drop Shadow atau apa-apa efek yg anda mahu.

Akhir sekali jangan lupa klik semula simbol mata pada Path Dialog tadi dan Select > None bila kerja dah siap.

Ada pertanyaan?

Share/Save

Tags:
  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com