JANGAN BERHENTI BELAJAR
Fikiran kita masih sempit..
Saya akan buktikan.
Apabila disebut tentang ‘pelajar’, ‘pelajaran’ dan ‘belajar’ – apakah imej atau perkara yang anda dapat fikirkan secara spontan?
Sudah tentu kita akan terbayang imej sekolah, kolej, universiti, diploma, ijazah, master, PhD, buku sains, matematik, sejarah, geografi dan segala imej yang berkaitan dengan pelajaran formal.
Katakan anda telah bekerja sekarang. Bila ditanya, adakah anda masih belajar sekarang?
Mungkin anda akan mejawab, “taklah, saya sedang bekerja ni, saya dah ‘DAH HABIS BELAJAR’.. dulu saya belajar kat universiti bla bla bla…”
Ramai yang pernah mendengar pepatah belajarlah sehingga ke liang lahad dan mengiyakannya tetapi tidak ramai yang mengamalkannya.
Cara hidup kita telah mengajar kita mentakrifkan ‘belajar’ itu sebagai hanya satu pelajaran yang formal sahaja. Sistem persekolahan, didikan keluarga dan sistem kepercayaan orang lain telah ‘mengajar’ fikiran kita bahawa belajar itu hanya setakat tamatnya pelajaran formal.
Mereka kata, ‘belajarlah sungguh-sungguh sampai lulus cemerlang supaya nanti senang dapat kerja hebat-hebat’. Bunyinya seperti ‘belajarlah sampai dapat tiket (sijil), nanti dah ada tiket baru boleh dapat kerja’.
Maksudnya belajar hanya untuk dapatkan kerja.
Beritahu saya siapa yang pernah beri nasihat kepada anda supaya terus belajar (pelajaran tidak formal) walaupun sudah dapat pekerjaan? Kalau ada, baguslah.. tapi rasanya takda kut..
Hakikatnya pada bila-bila masa kita boleh belajar sesuatu yang kita inginkan. Belajar sesuatu yang bermakna dan boleh memberi kesan positif kepada diri. Cuba cari sesuatu yang menarik untuk dipelajari sebagai memenuhi masa lapang anda.
Sekiranya anda lebih peka, sebenarnya setiap hari pun ada pelajaran-pelajaran kecil yang boleh dipelajari. Mungkin dari anak anda sendiri, rakan-rakan atau sesiapa sahaja; dari pemerhatian kepada sesuatu kejadian; tidak kira samada apa yang anda dengar, lihat, baca dan alami.
Sediakan sebuah jurnal harian untuk merekodkan apa-apa pelajaran atau pencapaian anda untuk setiap hari. Apa yang anda tulis itu akan tertulis didalam minda anda.
Oleh itu marilah kita sama-sama belajar sesuatu! Jom!
“Education never ends”







