BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

Archive for November, 2009

OTAI IM MALAYSIA YANG PERNAH SAYA JUMPA

November 29, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Semenjak 2006 saya pernah jumpa otai-otai IM seperti berikut:

Irfan Khairi (Seminar Perniagaan Internet)
Smartzul (Seminar Buat Duit di Internet Saifulsham)
Sabri & Syazwan (Seminar Buat Duit di Internet Saifulsham)
Shuth (Kelas Adsense)
Kidino (Kelas Adsense)
Gobala Krishnan (Kelas Adsense)
Sunny Tan (Kelas Adsense)
Tazilan (Seminar Saifulsham)
Irwan Dahnil (Seminar Protege Saifulsham, pernah satu sekolah dulu)
Catzer (Kelas Adsense)
Bitol & Najmi (Seminar Protege Saifulsham)
Zaki Yusof (Bengkel Website)

Dan ada beberapa lagi yang mungkin saya tak perasan kerana waktu itu mungkin mereka masih baru, tapi sekarang mungkin dah otai. Otai Senyap haha.. Kebanyakannya saya jumpa waktu kursus je..

Otai-otai ni tak semestinya nama-nama yang besar dan popular yang selalu kita dengar atau lihat dalam forum-forum perniagaan internet saja. Ada sesetengah dari mereka ni dah tak aktif dalam forum, mungkin aktif sewaktu mula-mula dulu je.  Bila masing-masing dah semakin sibuk dengan perniagaan yang semakin berkembang maju tu maka semakin payah le nak jumpa post-post mereka tu . Saya tahu ada juga otai yang tak suka masuk forum diatas sebab-sebab yang tertentu.

Ada yang penah saya bersalam, bersembang, bergambar, berkursus, berautograf dan ber aper lagi eh..? Tapi bukan itu yang penting tetapi yang penting ialah apa yang kita dapat dari mereka. Dapat ilmu dan rasa termotivasi untuk melakukan apa yang telah mereka ajar. Kalau beruntung, dapat berkawan dengan mereka lagi best.

Otai-otai yang masih saya belum jumpa lagi (tapi nak jumpa) ialah seperti Zamri Nanyan, Patric Chan, Noorizam, Alang dan banyak lagi..

Cemana nak jumpa otai-otai ni?

Caranya pergi aje la kursus-kursus yang mereka tawarkan tu, itu pun kalau ada la.. Kursus yang ada setakat ni ialah seperti banner dibawah ni ha. Cuma Mentor Jutawan Irfan Khairi tu je bukan kursus tapi ebook.

Share/Save

CARA HIDUP MINIMALIST

November 29, 2009 By: enemdy Category: Lain-lain, Personal

Dah lama nak tulis tetang topik minimalist ini tapi asyik lupa je sebab sibuk dengan kerja lain. Topik ni saya terjumpa dengan tidak sengaja beberapa bulan yang lepas di internet. Ia merupakan sebuah blog peribadi Leo Babauta iaitu Zenhabits.Net.

Saya amat tertarik dengan cara hidup barunya itu - cara hidup minimalist. Konsepnya mudah, orang yang mengamalkan cara hidup ini hanya mementingkan perkara yang asas, perkara yang penting dan perkara yang perlu sahaja didalam hidup mereka. Mereka meninggalkan cara hidup yang kompleks dan memulakan cara hidup yang dipermudahkan (simplify) dan yang penting mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Apa yang tidak penting atau tidak perlu akan diketepikan, yang tinggal hanya perkara yang utama dan asas sahaja. Sebagai contoh cuba kita lihat benda-benda yang ada didalam rumah kita sendiri. Adakah ia selalu digunakan? Adakah ianya praktikal? Adakah ia hanya disimpan didalam stor dan tidak tahu entah bila hendak digunakan? Adakah semakin hari rumah kita semakin sarat dengan barang-barang yang tak perlu?

Itu baru satu aspek. Sebenarnya beliau mengaplikasi konsep ini didalam seluruh kehidupan beliau termasuklah aspek keluarga, kewangan, kesihatan, cara kerja, pemikiran, sosial dan senang cakap secara keseluruhannya lah. Memang beliau seorang yang fanatik minimalist. Kalau anda perasan ada design website yang bercirikan konsep minimalist! Rekabentuk rumah minimalist, perabot minimalist pun ada.

Tapi bagi saya,  memang saya suka akan rekabentuk-rekabentuk yang simple, mudah dan asas tetapi praktikal. Contohnya lihat sajalah tema wordpress yang sedang saya pakai sekarang ni. Simple aje kan? Salah satu amalan minimalist yang saya cuba amalkan sekarang ini ialah dari aspek kebersihan dan kekemasan rumah. Sebelum ini memang rumah saya agak padat dengan barangan yang entahapa-hapa. Guna cuma sekali dua lepas tu simpan kononnya mungkin ia akan berguna pada suatu hari nanti.

Agak mudah bagi saya untuk membuang benda-benda yang tak perlu dalam rumah kerana saya sudah lama meninggalkan tabiat menaruh emosi kepada harta benda. Apa yang saya buat ialah ‘reformat’ semula rumah saya yang dah berserabut dengan barang-barang tu. Caranya, saya keluarkan semua barang-barang lama, pakaian-pakaian lama lalu saya kumpulkan semuanya kedalam 3 kategori. Pertama, benda yang sangat penting dan boleh digunakan – boleh simpan. Kedua, benda yang dah tak pakai dan tak berguna lagi tapi mungkin berguna kepada orang lain- boleh disedekahkan atau dijual. Ketiga, memang dah tak berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain – boleh masuk tong sampah.

Apa yang terhasil ialah rumah yang bersih, kemas dan ruang yang lebih luas dari sebelumnya. Fikiran pun tenang setiap kali masuk rumah. Walaupun tak 100% siap lagi tapi cukup buat saya gembira. Berkotak-kotak pakaian telah dapat saya sedekahkan. Benda-benda yang entahapa-hapa macam file-file kosong, keychain, helmet cabuk, kasut-kasut dan seribu macam benda lagi juga telah saya sedekahkan kepada yang sudi. Mana yang diorang tak mau tu, saya buangkan aje. Seingat saya 3-4 trip juga buang benda-benda tu ke tong sampah besar tepi jalan tu dengan kereta (bonet belakang penuh, seat belakang pun penuh!). Bayangkanlah berapa banyak ’sampah’ yang telah saya simpan selama ini! huhuuu… dan berapa banyak duit yang dah terbazir membeli benda-benda yang tak perlu.


Pendapat saya mungkin cara hidup sebegini telah menjadi trend kepada orang-orang yang dah bosan dengan cara hidup manusia zaman moden sekarang yang terlalu maju dan complicated. Manusia sibuk tak tentu hala, sibuk cari duit, sibuk bersosial, kerja siang malam, stress. So mereka dah bosan lalu cuba untuk menjadi contrary, bertentangan dengan cara hidup masakini.

Tapi saya tau tak semua orang akan setuju cara ini. Setiap individu adalah berlainan. Ada yang materialistik, ada yang tidak mementingkan harta dan dunia, ada yang suka membazir, ada yang suka kumpul ’sampah’, ada yang menghargai alam semulajadi, ada yang tak peduli langsung dan sebagainya. Tapi ini adalah pilihan hidup masing-masing. Kalau anda kenal siapa dia Steve Jobs sudah tentu anda kenal akan produk-produk hasil keluarannya yang bermutu tinggi, tetapi simple dan kemas. Ya beliau adalah founder syarikat Apple yang terkenal dengan produk-produk seperti Macbook, iPhone, iPod, iMac dan sebagainya. Dari produk yang dihasilkannya itu mencerminkan beliau adalah seorang pengamal minimalist sebenarnya!


Saya akui cara hidup ini memang banyak kelebihannya. Ia memang kena dengan jiwa saya. Satu cara lagi yang Leo ni buat ialah beliau cuba sedaya upaya untuk tidak menggunakan kertas, seboleh-bolehnya beliau akan digitalize segalanya. Ini tak secara langsung beliau telah memberi sumbangan ke arah memelihara alam semulajadi. Apa yang beliau buat, beliau akan simplify kan. Apa yang tidak penting akan dihapuskan. Dengan cara itu beliau mendapat lebih ruang dan masa.

Cuba kita bayangkan meja tempat kita bekerja semak dan serabut hingga kadang-kadang bila melihatnya pun boleh jadi pening dan tension. Bayangkan pula jika ianya bersih dan kemas, cuma ada monitor komputer, keyboard, mouse, sebatang pen dan beberapa keratan kertas kecil, itu saja, takda benda lain. Mana yang jadi pilihan anda? Saya pilih yang kedua tu sebab ia dapat memberi saya ketenangan minda dan tumpuan bekerja.

 


Kelebihan yang lain ialah kita akan dapat mengurangkan stress dan menambahkan ketenangan. Sebagai contoh sebuah kisah benar. Pada suatu ketika dahulu saya pernah sms kepada kawan saya ni pada suatu malam, saya terlupa bahawa beliau ialah seorang yang workaholic. Saya cuma bertanyakan soalan yang mudah saja – mintak nombor telefon seorang kawan. Apa yang saya dapat ialah herdikan dari beliau kerana saya tak tau waktu itu beliau masih belum balik bekerja (10 malam)! Balasan sms: “Engkau tak tau ke aku sibuk ke apa ke bla bla bla..” Aik?? Angin tiba-tiba je. Stress la tu!

Apa guna kerja dan cari duit sampai stress.. Ye lah memang la berkorban untuk masa depan tapi takkanlah sampai tak ingat keluarga dan rakan-rakan. Sejak dari insiden tu saya mula terfikir zaman yang mengejar materialistik semata-mata ini tidak akan memberi apa-apa faedah jangka panjang jika meninggalkan perkara yang benar-benar penting didalam hidup kita ini. Apa tujuan kita diletakkan didalam dunia ini. Apa yang perlu didalam hidup ini. Jangan lupa apa yang kita perlu adalah lebih penting dari apa yang kita hendak.

 


Dengan mengamalkan cara hidup ini juga kita akan dapat meluangkan masa untuk melakukan apa yang kita enjoy; membebaskan diri untuk mencipta sesuatu yang hebat; masa yang lebih untuk kesihatan, membaca; mencapai matlamat;  dan ada banyak lagi. Diatas sebab-sebab inilah yang membuatkan saya tertarik dengan cara hidup minimalist ini. Anda pandangan anda pula?

Beliau juga ada menulis beberapa ebook berkenaan minimalist:
THE SIMPLE GUIDE TO A MINIMALIST LIFE
ZEN HABITS HANDBOOK FOR LIFE
ZEN TO DONE
Buy Now

Share/Save

PANDUAN TENTANG BAGAIMANA MENCARI, MEMBINA DAN MENCAPAI MATLAMAT

November 22, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Sebelum dapat mencapai matlamat mestilah ada matlamat dulu. Tanpa matlamat, tiada perancangan. Jika tiada perancangan, maka tiadalah pencapaian.

Masalah utamanya ialah bagaimana untuk memulakannya. Iaitu bermula dengan perkara apa yang ingin kita capai. Apa yang kita benar-benar mahu.

Statistik mengatakan 95-97% manusia tidak menulis matlamat dan gagal. Cuma 3-5% sahaja yang menulisnya dan berjaya. Mungkin kerana mereka tidak tahu apa yang mereka benar-benar mahu didalam hidup ini. Mungkin mereka tidak menulis matlamat. Mungkin mereka tidak tahu cara yang betul untuk menulis matlamat. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana untuk menyusun perancangan matlamat dengan betul. Apatah lagi untuk berjaya mencapai matlamat!

Sebenarnya untuk mencari matlamat tidaklah sesukar mana jika dilakukan dengan betul kerana jawapannya sentiasa ada didalam diri kita. Samada kita mahu atau tidak mahu, serius atau tidak serius sahaja.

Maka dengan itu, saya disini menghulur tangan untuk membantu sesiapa yang masih belum ada matlamat didalam hidup atau masih belum mencapai sebarang matlamat atau sering gagal didalam mencapai matlamat.

Memperkenalkan ebook “Panduan Matlamat” yang boleh didapati dipasaran sekarang. Eh.. kat pasar takda, cuma di internet sahaja. Tempah sekarang di http://www.panduanmatlamat.com sementara tawaran harga pengenalan masih ada.

Laburkanlah sedikit wang anda demi untuk masa depan anda dan bukannya semata-mata untuk membayar bil, berhibur dan membeli benda yang tidak perlu OK!

Share/Save

FAEDAH MEMBACA BUKU MOTIVASI LEBIH DARI SEKALI

November 19, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Salam sejahtera semua,

Lama dah tak update blog kerana sibuk dengan projek baru – ebook panduan. Panduan apa? nanti le saya bagitau, 10% lagi belum siap.

Sebenarnya saya sibuk dengan perkara lain sebelum ini. Perkara yang tidak berkaitan dengan matlamat saya. Seperti ada sesuatu yang menghalang saya dari melakukan sesuatu kerja matlamat sehinggalah saya baca semula buku The Magic of Thinking Big yang dah bersawang di rak buku saya itu.

Apa yang saya temui ialah sebaris ayat yang betul-betul mengingatkan saya kembali bagaimana saya mencapai sebuah kejayaan melalui tips ini dulu.

“It isn’t so much what you know when you start that matters. It’s what you learn and PUT TO USE after you open your doors that counts most.”

Maksudnya “Just do it” lah..

Tak perlu menunggu sehingga cukup pengetahuan, tak perlu tunggu sehingga perfect. Dah tau serba sedikit, terus saja buat!

Apa yang ada, just gunakan. Sementara melaksanakan tindakan, belajar sikit-sikit dan terus apply kan. Gunakan segala sumber yang ada, jangan tunggu sampai cukup. Belajar, apply, belajar, apply, lama-lama siap!!

Sebagai contoh, sewaktu mula-mula hendak memulakan perniagaan internet dulu, saya cuba cari pelbagai maklumat sampai jem kepala otak. Lagi banyak info dicari, lagi banyak saya terdedah kepada peluang-peluang yang bisa melelehkan air liur. Masalahnya semua nak buat, akhirnya langsung satu pun tak terbuat.

Baru saya tahu, perniagaan internet ni terlalu luas bidangnya. Apa yang perlu buat ialah pilih satu sahaja dan fokus kepada yang satu itu hingga mahir, kemudian move on..

Hendak berjaya di dalam jenis perniagaan ini (perniagaan internet) pun ada bukan boleh buat secara hentam keromo. Kena ada peraturan juga.

Ok kembali kepada topik asal, itu la dia gunanya buku motivasi. Ia kena dibuka dan dibaca selalu. Bila ada sesuatu tak kena, baca semula. Pasti ada faedahnya. Tak semestinya kena baca dari mula sampai habis pun. Kalau ada buat marking pada point-point yang penting senang sikit, just selak-selak sekali imbas.

Saya terlupa dengan tips yang begitu simple ini – just do it. Dengan kelalaian ini telah membuatkan saya tak melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan. So hanya dengan dua baris ayat tu saja telah membawa saya kembali on track. Dah nak masuk 2 bulan dah saya fokus kembali dan buat kerja matlamat saya semenjak terserempak dengan 2 baris ayat yang begitu simple tapi sangat powerful tersebut.

Tak ada guna jika beli, baca sekali dan terus simpan. Kononnya boleh ingat dah semuanya. Sebenarnya memang kita mudah lupa. Oleh itu marilah kita selak-selak balik buku-buku motivasi lama kita yang dah berhabuk kat rak tu.

Share/Save

  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com