BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

Archive for February, 2010

UMUR DAN PRODUKTIVITI

February 02, 2010 By: enemdy Category: Personal

Hari ini besday aku..

Katalah aku dapat hidup sehingga umur 65-70 tahun, bermakna aku ada lagi 30-35 tahun lagi untuk menjadi produktif. Huh banyak masa lagi jugak tu. Banyak perkara yang boleh aku buat dan aku capai dalam jangka waktu tu – kalau diizinkan Tuhan dapat capai umur macam tu. Aku dah sediakan Bucket List beberapa tahun lepas, tunggu masa untuk dicapai satu persatu.

Buat masa ni masih belum ada pencapaian terbesar dapat aku catat dalam diari kehidupan aku. Aku takda cita-cita nak jadi jutawan ke apa ke tapi ada sesuatu yang lebih bermakna dari tu. Aku tak mau kereta BMW, Mercedes, banglo mewah, Blackberry, Strawberry. Aku semakin sedar. Duit dan harta benda bukan lagi perkara yang patut aku kejar sekarang ni. Semakin aku kejar semakin aku benci benda yang aku kejar tu (duit dan harta benda) sebab aku sedar dan pasti ia tak akan berkesudahan. Bukan sebab aku dah serik mencuba atau gagal mencapainya. Tapi kesedaran. Sedar dan tau apa sebenarnya yang aku benar-benar mahu. Penting.

Aku boleh capai apa saja yang aku nak kalau aku mau dengan sungguh-sungguh. Aku dah capai sebahagiannya walaupun tak semuanya tercapai, anyway, aku bersyukur dengan apa yang aku dah ada dan apa yang aku dah capai setakat ni. Setakat ini boleh dikatakan aku dah cukup puas dengan segala harta dunia. Sebab apa yang aku perlu hampir semuanya dah ada. Bukan dah puas hidup, maksud aku dah puas dengan harta benda tapi masih ada matlamat lain yang mesti aku capai.

Apa yang aku hendak tak penting lagi. Kadang-kadang tu ada jugak nafsu nak beli benda-benda macam iPhone ke, iPod ke, gitar Epiphone Casino, seluar jeans Levi’s dan macam-macam lagi. Entah macam mana aku berjaya mengawal nafsu membeli sejak kebelakangan ni walaupun baru-baru ni aku dah terbelasah jeans Levi’s berharga RM329 haha.. takpa setahun sekali je menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri, itupun time ada duit lebih ‘tak reti nak buat apa’ Oh.. (padahal utang kad kredit bulan ni tak bayar lagi tehehe..). Kawalan tu penting. Kurangkan mahu, dapatkan hanya yang perlu.

Nasib baik aku bukan seorang impulse buyer. Selalunya sebelum membeli sesuatu yang mahal aku ushar benda tu sikit punya lama. Kalau pi jalan-jalan tempat yang ada benda yang aku nak beli tu mesti aku singgah dan melelehkan air liur sampai bini aku kata, “asyik tengok aje, belinya tidak” – isk.. saje je nak bakar aku. Akhirnya 2 tahun kemudian baru aku dapat beli Macbook yang aku idamkan tu hehe..
 

 
Macam iPhone pulak, aku selalu tanya diri aku, “perlu ke? bukan nanti duit kau habis dengan membeli macam-macam benda entahapa-apa yang engkau tak perlu? Adakah ia akan meng-simplify-kan atau meng-complex-kan lagi hidup kau nanti?” Akhirnya aku akur, iPhone tiada lagi dalam senarai. Aku senang guna Nokia RM98, murah, kecik, simple, praktikal. Ada orang yang mengaku dirinya simple tapi pakai iPhone. ?? Simplify your life? bullshit.

Habiskan masa dengan handphone, ops sori smartphone, belek 24 jam. Tengok remaja sekarang ni, kejap-kejap ke kedai beli topup, kejap-kejap topup. Yang kaya, telco. Tengah naik motor pun buleh sms, gosok gigi sms, cangkul tanah sms (sepupu aku Shafik), sambil main bumper car pun sempat sms lagi! (adik ipar aku Nadia). Itulah namanya ‘connected’. Connected dengan teknologi bukan dengan the real person. Zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang, memang le – tak perlu aku tulis pun. Handphone adalah nyawa. Komunikasi adalah nyawa. Kalau letrik takda, minyak takda, internet takda suatu hari nanti? – Mati? Nyawa adalah nyawa.

Walaupun aku sering bercerita tentang fokus. Sebenarnya aku ni manusia biasa yang sering bosan. Ada saja perkara lain yang baru nak aku terokai. Aku boleh fall in love dengan sesuatu tapi tak boleh bertahan lama. Ada setengahnya aku perlu tinggalkan sementara waktu dan kembali semula melakukannya bila bosan dengan perkara lain. Ada juga yang aku fell in love tapi dah tinggalkan selamanya. Itulah aku. Mungkin kerana sifat semulajadi bosan ini juga menjadikan manusia semakin maju, daripada bosan tinggal di dalam gua, kini tinggal di condo. Bosan naik kereta kuda, sekarang naik Honda City. Bagus jugak bosan ni. Terima kasih bosan. Tapi aku heran kenapa ada orang yang boleh keje atas Feri Penang selama 38 tahun, tak bosan ke dia? Mungkin minat kot. Minat boleh mengatasi bosan. Eh.. betul ke minat?

Oklah cukuplah serba sikit cerita tentang aku, aku, aku dan aku. Sekarang dah semakin tua. Kena restructure, realign, refocus, rearrange, refine matlamat diri aku. Thanks kepada Ayung, Wani, Nana, Haris, Man, Honda, Zita, wangcyber, rakan fb dan semua yang telah mengucapkan harijadi kepada aku dengan pelbagai cara termasuklah auto-generated email huhu..

Sori tajuk tak selari dengan isi haha.. aku blogger yang sucks..

enjoy. peace. thanks.

Share/Save

Tags:
  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com