BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

Archive for the ‘blogging’

APA ITU COMMENTLUV?

January 13, 2010 By: enemdy Category: blogging

Commentluv merupakan salah satu plugin wordpress yang menarik dan mesti di miliki oleh semua blogger. Ia berfungsi untuk meninggalkan jejak anda setelah membuat komen di sesuatu blog. Jejak itu ialah satu link ke post terakhir dari blog anda (atau boleh juga pilih mana-mana 10 post terakhir yang anda suka – dengan syarat kena daftar di website comluv.com dahulu – percuma). Link tersebut yang akan terpapar secara automatik diruangan komen. Contohnya – boleh lihat komen saya sendiri dibawah.

Ini ialah satu cara yang baik untuk mendapatkan backlink. Selain itu plugin commentluv ini akan dapat memberi dorongan dan galakan kepada pelawat untuk terus datang ke blog anda dan memberi feedback dengan harapan backlink mereka akan bertambah.

Keburukan – berfungsi hanya pada blog yang telah menginstall plugin commentluv ini sahaja. Tapi tak jadi masalah kerana mudah saja nak install menatang ni. Boleh dapatkan plugin commentluv ini secara percuma disini (untuk pengguna blog wordpress).

Lepas install anda bolehlah pegi memburu/mencari blog-blog yang menggunakan plugin ini dengan membuat carian di search engine contoh seperti:
 

  • perniagaan internet “enable commentluv”
  • commentluv + perniagaan internet.

(Tukarkan keyword perniagaan internet dengan keyword yang hendak anda cari)
 

  1. Dah jumpa blog yang anda cari, selepas baca – isikan nama, email, URL blog yang telah anda daftarkan di comluv.com dan mula menulis komen/feedback pada artikel tersebut.
  2. Check kotak enable commentluv.
  3. Tunggu sehingga option untuk memilih post yang hendak anda tinggalkan pada ruang komen tersebut terpapar.
  4. Pilih dan hantar komen – mudah.
  5. Sebaiknya berilah komen yang bernas sikit, panjang sikit, ada info berguna, baru le ada orang akan klik pada link yang telah kita tinggalkan itu.
  6. Kalau boleh tinggalkan link yang mengandungi topik yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan.
  7. Ops.. Sebelum itu, pastikan blog anda dah diisytiharkan “dofollow” untuk mendapatkan kesan yang lebih dashyat hoho..

Sekian terima kasih.
 

Share/Save

Tags:
  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com