BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

Archive for the ‘Perniagaan Internet’

BUKU SPIRITUAL MARKETING oleh JOE VITALE

December 10, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi


Baru je habis baca buku Spiritual Marketing yang ditulis oleh Joe Vitale. Ya Joseph G. Vitale atau lebih dikenali sebagai Joe Vitale atau Mr. Fire, satu nama yang sering saya jumpa di dalam internet. Sebenarnya saya baru je perasan – beliau adalah salah seorang presenter di dalam video The Secret! Nampak sangat tak beri perhatian huhu..

Sekali tengok tajuknya macam tajuk keagamaan. Bila tengok isinya sekali imbas, 2 saat yang pertama terus saya tahu buku ini memang untuk saya. Adakah saya ‘attracted’ untuk menemuinya? NtahIah, mungkin ya mungkin tidak, tapi rasanya ya kut hoho! pening pening! Buku ini bukan kisah agama tapi lebih kepada cara bagaimana untuk mencapai perkara apa yang kita benar-benar mahu di dalam hidup dengan pendekatan yang tak pernah kita fikirkan selama ini. Ia dah lama dikeluarkan cuma saya je yang ketinggalan, orang lain semua dah tau.. malu malu..

Apa yang menariknya, buku ini telah memberi suatu perkara baru yang amat penting dan bermakna kepada saya. Tak sangka pula pada permulaannya dia bercerita tentang matlamat, ingatkan beliau nak terus bercerita tentang rahsia pemasaran yang canggih dan teknikal. Seperti yang telah saya tulis didalam ebook saya sebelum ni Panduan Matlamat – matlamat dan pegangan kepercayaan kita adalah saling berkait rapat, ia adalah penentu pencapaian matlamat – juga ada diterangkan di dalam buku ini.

Bukan teknik ni tak canggih, tapi ia sebenarnya lebih canggih dari canggih! Mudah pulak tu, just guna minda saja – satu software yang dah memang sedia ada di dalam setiap diri manusia, kurniaan dari Allah s.w.t. Cuma siapa yang sedar dan tahu keupayaan software ni saja yang boleh melakukannya.

Selepas habis membacanya baru saya dapat gambaran sebenar apa yang beliau nak sampaikan. Ia berkenaan Law of Attraction versi awal dan selepas membacanya baru saya dapat faham dengan lebih jelas tentang apa yang di bebelkan didalam video The Secret.

Mungkin anda pernah dengar kata-kata ini :

  • “Memasak dengan penuh rasa kasih sayang” - baru makanan jadi sedap.
  • “Buat dengan sepenuh hati dan perasaan” - baru dapat capai apa yang kita mahu.

Buku ini ada memberikan penjelasan yang terperinci berkenaan apa yang di maksudkan dengan kata-kata diatas, apa kesan positif kepada kita dan bagaimana untuk mempraktikkannya di dalam kehidupan untuk mendapatkan apa yang ingin kita capai, apa yang kita mahu lakukan, apa yang kita mahu miliki dan apa yang kita mahu jadi. Yang paling best ialah bagaimana hendak gunakannya di dalam perniagaan internet! Nak tau apa rahsianya? Senang saja.. buatlah bisnes dengan sepenuh hati, buatlah apa saja dengan sepenuh hati garenti hasilnya memuaskan!

Nak tahu siapa yang telah saya attract dengan teknik ini? Smartzul! hohoo..! Magic.. magic.. Hari ni saya telah mendapat balasan email dari beliau yang menggembirakan saya, yang saya tunggu selama beberapa minggu ini. Tak dinafikan, ia terhasil dengan cara misteri. Jangan salah anggap pulak, saya tak pakai bomoh siam tau haha.. Satu kebetulan lagi ialah, hari ini juga saya mendapat sales yang sudah lama saya tunggu-tunggu (ada la dekat 20 hari hehe)! Nampak macam kebetulan kan? Buku inilah yang telah mengajar saya tekniknya, sebab itu jugalah saya teruja untuk membuat post untuk hari ini!

Bagaimana caranya ia boleh berhasil, kita tak perlu tahu, just guna saja. Seperti handphone, kita tak perlu tahu bagaimana ia bekerja, bagaimana suara orang yang jauhnya beratus batu boleh keluar dari speaker handphone kita, yang penting kita cuma perlu tahu bagaimana hendak menggunakannya, itu sahaja. Hasilnya tunggu dan tawakkal saja.

Buku ni saya jumpa di perpustakaan semalam, setebal 125 pages, tak tebal mana, buku kecik je, hari ni baru habis baca. Tak sangka pula di internet pun ada. Berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam, boleh baca secara online (dalam format pdf) di:

http://www.mrfire.com/spirit/spiritual-marketing-rev2.pdf

Share/Save

BUKU BORROWING BRILLIANCE oleh DAVID KORD MURRAY

December 06, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Baru je beli buku Borrowing Brilliance ni yang ditulis oleh David Kord Murray. Saya pilih buku ni kerana sekarang ni tengah study bidang kreativiti dan inovasi.

Semalam terjumpa video di Youtube berkenaan tarian Moonwalking Michael Jackson. Agak mengejutkan kerana teknik tarian moonwalking yang dicipta oleh beliau tu sebenarnya telah lama dipersembahkan oleh beberapa orang lain sebelumnya (seawal zaman tv kaler hitam putih lagi). Yang aku nak tergelaknya, Charlie Chaplin pun ada jugak cubaan moonwalking tu tapi tak berapa jadi sangat haha.. Satu lagi saya membaca artikel disebuah blog yang mengatakan filem popular George Lucas iaitu Star Wars juga sebenarnya telah ditiru dari sumber yang lain. Jangan salah faham, ia bukan ditiru bulat-bulat tetapi idea lama itu di modifikasi, di perbaiki lalu dijadikan satu idea baru yang unik. Point nya ialah, setiap idea yang baru adalah terbina dari idea yang sudah sedia ada atau maksud lainnya setiap idea adalah tidak original!

Walaupun belum habis membacanya lagi tapi saya tetap teruja nak kongsikan bersama anda hehe.. Di antara perkara menarik yang saya temui dalam buku ni ialah seperti yang saya kata tadi, kreativiti ialah hasil dari pencarian idea yang berlandaskan idea yang telah sedia ada dan bukannya hasil dari menunggu idea untuk datang secara tiba-tiba entah dari mana. Orang zaman purba yang mencipta roda yang pertama didalam peradaban manusia pun sebenarnya meniru idea dari sumber lain! Menjadikan ia lebih menarik, Sir Isaac Newton dan Albert Einstein pun 2X5 jugak.

Keduanya, ia banyak menekankan kepada proses mengenalpasti masalah dengan lebih terperinci sebelum dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan kreatif. Kepentingan ini amat jarang terdapat pada buku-buku kreativiti dan inovasi yang lain. Ia mengandungi 6 langkah utama untuk menjadikan sesebuah idea itu betul-betul berguna, kreatif dan efektif di dalam penyelesaian masalah.

Ketiga, ia ada menceritakan tentang hasil kajiannya mengenai sejarah kreativiti, originality, branding, trademark sejak dari zaman Renaissance, zaman Leonardo Da Vinci. Dari evolusi ekonomi yang berubah sejak dari zaman pertanian sehingga ke zaman sekarang iaitu zaman informasi, terbukti bahawa hanya kreativiti dan inovasi sahaja yang akan dapat menyelamatkan sebarang perniagaan didalam gelombang zaman baru yang akan datang ini – conceptual age.

Keempat, buku setebal 292 mukasurat ini juga diselitkan dengan kisah-kisah peribadi penulis, sedikit humor, penyampaian yang banyak menggunakan analogi yang mudah difahami. Beli le, must read kalau ada hajat nak bawa bisnes anda to the next level, tak kira bisnes apa pun, perniagaan internet pun boleh apply apa!

Cuma sebagai orang islam, perkara yang membuatkan saya kurang senang ialah bila pengarang banyak quote teori-teori Charles Darwin dan Richard Dawkins. Tapi tak jadi masalah kerana saya tahu mana yang betul dan mana yang tak betul. Sebabnya? Nak tahu kenapa, boleh baca artikel Harun Yahya.

Kesimpulannya tak salah untuk meniru sebab itu saja jalan yang ada untuk menghasilkan sebuah idea, dengan syarat – tiru dengan bijak! Plagiat 100% adalah dilarang sama sekali ok!

Ada sesiapa yang dah habis baca ke? Kongsilah sikit..

Share/Save

OTAI IM MALAYSIA YANG PERNAH SAYA JUMPA

November 29, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Semenjak 2006 saya pernah jumpa otai-otai IM seperti berikut:

Irfan Khairi (Seminar Perniagaan Internet)
Smartzul (Seminar Buat Duit di Internet Saifulsham)
Sabri & Syazwan (Seminar Buat Duit di Internet Saifulsham)
Shuth (Kelas Adsense)
Kidino (Kelas Adsense)
Gobala Krishnan (Kelas Adsense)
Sunny Tan (Kelas Adsense)
Tazilan (Seminar Saifulsham)
Irwan Dahnil (Seminar Protege Saifulsham, pernah satu sekolah dulu)
Catzer (Kelas Adsense)
Bitol & Najmi (Seminar Protege Saifulsham)
Zaki Yusof (Bengkel Website)

Dan ada beberapa lagi yang mungkin saya tak perasan kerana waktu itu mungkin mereka masih baru, tapi sekarang mungkin dah otai. Otai Senyap haha.. Kebanyakannya saya jumpa waktu kursus je..

Otai-otai ni tak semestinya nama-nama yang besar dan popular yang selalu kita dengar atau lihat dalam forum-forum perniagaan internet saja. Ada sesetengah dari mereka ni dah tak aktif dalam forum, mungkin aktif sewaktu mula-mula dulu je.  Bila masing-masing dah semakin sibuk dengan perniagaan yang semakin berkembang maju tu maka semakin payah le nak jumpa post-post mereka tu . Saya tahu ada juga otai yang tak suka masuk forum diatas sebab-sebab yang tertentu.

Ada yang penah saya bersalam, bersembang, bergambar, berkursus, berautograf dan ber aper lagi eh..? Tapi bukan itu yang penting tetapi yang penting ialah apa yang kita dapat dari mereka. Dapat ilmu dan rasa termotivasi untuk melakukan apa yang telah mereka ajar. Kalau beruntung, dapat berkawan dengan mereka lagi best.

Otai-otai yang masih saya belum jumpa lagi (tapi nak jumpa) ialah seperti Zamri Nanyan, Patric Chan, Noorizam, Alang dan banyak lagi..

Cemana nak jumpa otai-otai ni?

Caranya pergi aje la kursus-kursus yang mereka tawarkan tu, itu pun kalau ada la.. Kursus yang ada setakat ni ialah seperti banner dibawah ni ha. Cuma Mentor Jutawan Irfan Khairi tu je bukan kursus tapi ebook.

Share/Save

PANDUAN TENTANG BAGAIMANA MENCARI, MEMBINA DAN MENCAPAI MATLAMAT

November 22, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Sebelum dapat mencapai matlamat mestilah ada matlamat dulu. Tanpa matlamat, tiada perancangan. Jika tiada perancangan, maka tiadalah pencapaian.

Masalah utamanya ialah bagaimana untuk memulakannya. Iaitu bermula dengan perkara apa yang ingin kita capai. Apa yang kita benar-benar mahu.

Statistik mengatakan 95-97% manusia tidak menulis matlamat dan gagal. Cuma 3-5% sahaja yang menulisnya dan berjaya. Mungkin kerana mereka tidak tahu apa yang mereka benar-benar mahu didalam hidup ini. Mungkin mereka tidak menulis matlamat. Mungkin mereka tidak tahu cara yang betul untuk menulis matlamat. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana untuk menyusun perancangan matlamat dengan betul. Apatah lagi untuk berjaya mencapai matlamat!

Sebenarnya untuk mencari matlamat tidaklah sesukar mana jika dilakukan dengan betul kerana jawapannya sentiasa ada didalam diri kita. Samada kita mahu atau tidak mahu, serius atau tidak serius sahaja.

Maka dengan itu, saya disini menghulur tangan untuk membantu sesiapa yang masih belum ada matlamat didalam hidup atau masih belum mencapai sebarang matlamat atau sering gagal didalam mencapai matlamat.

Memperkenalkan ebook “Panduan Matlamat” yang boleh didapati dipasaran sekarang. Eh.. kat pasar takda, cuma di internet sahaja. Tempah sekarang di http://www.panduanmatlamat.com sementara tawaran harga pengenalan masih ada.

Laburkanlah sedikit wang anda demi untuk masa depan anda dan bukannya semata-mata untuk membayar bil, berhibur dan membeli benda yang tidak perlu OK!

Share/Save

  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com