APA AKAN TERJADI PADA TAHUN 2012 – LINTASAN PLANET X (NIBIRU)
Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi tahun 2012?
Aku teringat ada pada suatu ketika dulu, tak salah aku diawal tahun 80′an, ada keluar berita kat tv, NASA melaporkan tentang penemuan planet baru berhampiran dengan sistem solar kita ini. Ia dikesan melalui teleskop infrared IRAS. Ia kelihatan seperti bintang berwarna merah yang cerah.
Planet ini dinamakan dengan pelbagai nama antaranya Planet X, Nibiru, Red Giant, Destroyer (nama diberikan oleh orang zaman kuno) etc. Whatever it is, ia pasti akan membawa bala besar kepada bumi dan planet-planet berdekatan kerana ia telah dibuktikan bahawa ia pernah melalui sistem kita ini dan ia akan ‘flyby’ atau melintas selang 3600 tahun. Ia dipercayai telah menyebabkan banjir besar pada Zaman Nabi Noh, berlakunya Ice Age dan menenggelamkan Atlantis!
Mengapa boleh berlaku sedemikian rupa punya bala?
Antara sebabnya ialah bila ia melalui/berselisih dgn sistem solar kita, ia akan mengganggu kestabilan dan keseimbangan daya graviti, mempengaruhi pergerakan planet lalu menyebabkan kepincangan sistem planet – jadi havoc.
Apabila ini berlaku, ia akan membawa kepada keadaan cuaca dunia yang paling buruk, gempa bumi merata-rata, tsunami mengganas, angin bertiup kencang, kiri kanan letupan gunung berapi, sea level meningkat secara drastik etc.
Ada juga teori yang menyatakan salah sebuah dari ‘bulan’ planet x ini pernah menghentam bumi primitif ini suatu ketika dulu, lalu berkecai sebahagiannya dan menghasilkan satu gegelung asteroid (asteroid belt) di sekitar bumi lalu membentuk bulan.
Mengapa sebelum ini manusia tak pernah menceritakan kisah ini?
Ada, didalam manuskrip-manuskrip kuno, tablets, heiroglyphs cuma interpretationnya berlainan seperti dari Artifak Sumerian, Egyptian etc.
Selain itu Kalendar Purba Maya, iaitu kalendar yang paling tepat didalam dunia juga telah meramalkan tentang ini. Ramalan astronomi kalendar unik dari peradaban Maya ini bukan sahaja mencartakan hari, bulan dan tahun malahan kosmologi dan ramalan peristiwa dunia yang besar. Dan ia tidak pernah silap! contoh seperti gerhana-gerhana tepat. Yang peliknya, Long Count kalendar itu ‘berakhir’ pada tarikh 21 Disember 2012.
Antara ramalan yang paling haru biru pada tarikh tersebut ialah akan terjadinya ‘galactic alignment’ dimana kedudukan sistem suria relatif kepada galaksi Bima Sakti membolehkan astronomer melihat terus ke arah ’super-massive blackhole’ yang berada ditengah-tengah galaksi Milky Way. Ini juga bermakna kita akan terdedah kepada sinaran radiasi yang terpancut terpancar keluar dari tengah-tengah ‘disk’ tersebut.
Galactic alignment yang berkitar pada setiap 26,000 tahun ini dipercayai akan mengubah sudut paksi dan arah putaran bumi (Pole/Polar Shift). Apabila ini berlaku, putaran bumi akan menjadi perlahan lalu berhenti seketika, selepas tu ia akan berputar pada arah berlawanan? Matahari terbit dari barat? Tanda kiamat?
“During 2012 Earth is to experience the largest maximum of Solar activity; i.e. of the Sun, ever experienced. The resultant energies, particularly if directed towards earth, have the potential for considerable and dramatic physical effects including but not limited to a magnetic pole shift, a reversing of the direction of the movement of the tectonic plates of the Earth, resulting in massive earthquakes, tsunamis and volcanic activity, and a blotting out of the Sun resulting in another ice age”
Selain itu bahaya lain yang menunggu ialah “Ribut Solar” yang mungkin boleh membuat kita jadi BBQ pada 2012. Pada ketika itu bumi akan menghadapi pendedahan kepada aktiviti solar yang maksimum. Ini telah dibuktikan melalui probe Nasa yang diciptakan khas untuk mengesan fenomena ini. Ia memberi petunjuk bahawa lapisan pelindung radiasi bumi yang dinamakan Magnetosphere semakin melemah. Jika ia hilang sepenuhnya maka kita pun akan jadi arwah.
Ok berbalik kepada kisah planet misteri ini. Sebenarnya ia mempunyai orbitnya yang tersendiri, laluannya yang lebih panjang dan pelik. Ia juga masih belum disahkan lagi samada ia adalah salah sebuah ahli sistem kita yang normal atau adakah ia satu sistem solar mini (terdapat planet-planet kecil yang mengelilinginya) yang sifatnya sebagai ‘intruder’?
Kemaraan planet ini dapat dirasai apabila beberapa satelit Nasa mengalami anomali, ini berlaku kerana ia berkaitan dengan kesan dari kemaraan dan daya tarikan graviti Planet X tersebut. Buat masa ini Nasa sedang meng-usya planet ini dari Kutub Selatan.
Yang menariknya ialah kita bakal menikmati 2 buah matahari pada waktu itu huhu. Tapi hanya untuk beberapa minggu/bulan sahaja sebelum ia pergi jauh semula.
Walaubagaimanapun, menurut perkiraan berdasarkan hayat bumi dan sela orbit Nibiru ini, ia telah pun mengorbit matahari sebanyak 1.35 juta kali. Membuktikan bahawa setiap kali ia ‘tumpang lalu’ ia tidak akan membawa bencana besar, kira macam nasib lah..
Jika benar pun, laluan dan the level of threatnya tak ada siapa yang boleh ramalkan secara tepat. Kesan terburuk yang dapat diramalkan ‘cuma’ 3/5 populasi akan mampus secara free, selebihnya akan merana – kata mereka. Kalau ia berlaku pun, mungkin sementara waktu saja walaupun effectnya akan mengambil masa yang lama untuk bumi recover semula, siapa survive pun mungkin muka macam sate daging.
Kenapa tak ada official anouncement?
Ada yang berkata ini suatu konspirasi kerajaan sedunia untuk menyembunyikan maklumat ini demi mengelakkan panik. Mereka juga kata, global warming dan keadaan cuaca tidak menentu yang disebabkan oleh lapisan ozone adalah suatu cover-up. Claim mereka, penyebab utamanya ialah Planet X.
Ya ini semua memang MENAKUTKAN dan kerja menakutkan orang lain adalah seronok tapi..
Adakah semua ramalan ini benar?
Hakikatnya kedatangan planet ini telah pun diramalkan akan tiba pada tahun 2003.. tapi masih tiada apa-apa yang berlaku, ramalan terbaru sekarang ni ialah ia akan datang pada 2012 pulak dah.. ada juga yang ramal tahun 2053 huhu.. Hakikatnya lagi, masih tiada bukti kukuh tentang kewujudan planet ini, mereka masih confuse dengan kehadiran bintang dan planet yang lain.
Ada yang siap tengok kalendar tarikh 21.12.2012 tu hari apa – Jumaat, dan terus buat kesimpulan hari itu ialah hari kiamat. Tak belajar agama kut. Takkanlah 2012 tu kita akan dapat satu pakej bala yang lengkap, macam-macam bala datang. Tak logik langsung. Mungkin ini suatu fenomena ramalan biasa yang sama seperti Supervolcano dan Y2K oleh golongan orang-orang yang digelar “doomsayers” dan “naysayers”.
Setelah membaca beberapa artikel dan menonton beberapa video tentang bahaya mendatang ini aku berpendapat;
- The ultimate outcome of 2012 (atau tahun bila-bila pun) bukanlah ditentukan dari perkiraan matematik atau ramalan pihak tertentu. Ini semua adalah uncertainties belaka.. Allah je yang tahu.. lebih-lebih lagi tentang tarikh kiamat.
- Ini ialah propaganda media semata-mata
- Tak perlu risau tentang perkara yang tak ada fakta dan bukti yang betul-betul solid.
- Apa nak jadi, jadi la, yang penting live life to the fullest!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk menakutkan diri anda sendiri atau mencari kebenaran, search saja keyword: planet x, nibiru, galactic alignment, polar shift atau 2012 ke dalam search engine.







allah je yg maha mengetahui..
1Tak kira la kiamat atau tidak.kalau korang semua belajar tanda2 kiamat sama ada kiamat besar atau kecil semua tanda mengerikan..tak tertanggung oleh manusia.Kalau bukan Kiamat pun tahun 2012 tu sebahagian tanda kiamat apa kita boleh buat?
Sebahagian tanda yang paling penting Masa berubah dengan cepat.sekejap je dah 1 tahun.sekejap je dah 10 tahun.Aku tak kata 2012 tu benar tapi boleh jadi tu `starting` tanda kiamat.dan akan disusuli oleh tanda-tanda yang lain.
2ape yang korang cakap nie..semuanye bergantung kepada allah swt yang menentukan sama ada hari kiamat akan berlaku pada waktunya..tidak semestinya pada 21.12.2012 yang berhari jumaat akan berlaku kiamat..menurut ape yg telah dinyatakan dalam al quran bahwa hari kiamat hanya akan berlaku pada hari jumaat bersamaan dengan 10 muharam..barulah kiamat sebenar akan terjadi..apa yamg penting kte same2 taubat…..
3Hanya Allah Yang Maha Mengetahui
4Kimizo´s last blog ..Kedudukan Terbaru Carta Liga Super 2010 – 20 April 2010
Apo yang ekau cakapkan ni BingUng? Aku pun naik bingung membaca komen kamu..
5Planet bagai bola billiard yg melayang layang beraturan jika tanpa berbenturan. namun thn 2012-12-21. hanya sebuah momentum yg akan terjadi Maha mengagumkan jika ada dua planet besarnya berimbang berbenturan menjadikan bumi bergeser jauh dari lintasan semula maupun ledakanNya agak Maha Dahsyat, anggap saja bola bumi sedikit agak bosan pd lintasan yg monoton/ konstan, maklum adaNYA….. dan juga hanya bumi dan sekitarnya yg tidak sedikit perubahanNYA ,,,,, ‘Semoga Semua Makluk BerBahagia… AdaNya….. ‘Sato…. Sato…. Sato….. Nammo Budhayo……… . ‘Aom….. Swasti… Astu……… Aom… Santi…Santi…Santi…
6bg ana,eloklh kte mnanggp semua rmln2 tntg pristiwa yg akn brlaku ni sbgy prsediaan utk kte hdpi hari kiamt…..n kte ptt liht 1 ayt Alquran tntg hari kiamt ni…..
7sebenarnya aku hampir mempercayai apa yg akan berlaku pada 2012. cuma ianya bukanlah kiamat (seperti org Islam mengetahui bahawa hanya Allah sahaja yg maha mengetahui). Walaubagaimanapun tuhan tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia
Sebanrnya banyak juga ramalan-ramalan yang dibuat oleh pihak barah mengalami kemelesetan. dan yang paling idea sekali adalah berkaitan Y2K dan ’supervalcano’…cuma ingat dunia pernah beberapa kali mengalami ‘ice age’..dan mungkin bencana seumpamanya akan dtg semula..menarik pasal Y2K nie, dari awal lagi aku kata karut. pada pendapat aku ketika itu dunia tidak akan mengalami apa-apa pun berkaitan ‘threat’ Y2K ini terhadap seluruh rangkaian perkomputeran. Kononnya apabila memasuki tahun 2000, seluruh sistem maklumat berkemungkinan akan menghadapi ‘huru-hara’ kerana kononnya masa itu sistem dikhuatiri tidak ‘mengenal’ maklumat yang disimpan dan tidak tau membezaka maklumat kerana faktor angka ‘kosong-kosong’. Cuma yang menjadi skeptikal pada aku, ada ke maklumat disimpan di dalam komputer pada tahun 1900? ada ke komputer masa tu? andaian aku, fenomena ini mungkin akan berlaku pada tahun 2100, 2200, 2300 atau tahun 3000 atau Y3K kerana pada tahun 2000komputer telah wujud!
Berbalik pada planet x ini, kita lihat pada tahun 2010 nanti. kalu NASA dapat mengesannya di hemis fera selatan, maknanya memang wujudlah planet X..Subhanallah…
8Malaikat sendiri pown tak tao bile khiamat akan berlaku.. takkan la tarikh khiamat tu boleh dicapai hanya dengan pengiraan matematik manusia..
9tapi bab kesan dari matahari kepada bumi akibat perubahan putaran, tak mustahil boleh berlaku.. sebab alam sentiasa berubah..
wallahhualam..
salam baloot.. tak paham tak pe buat-buat paham aje dah le, aku pun tak paham jugak kekeke..
10berlaku perang dunia ketiga pada tangal tersebut sebab yahudi mahu jadi ulama di indonesia, malaysia & timur tengah agar semua jadi kufar akhirnya sebab selama ini rancangan mereka tidak berjaya sepenuhnya…
11walaupun kdg2 aku tak paham sngt ttg artikel ni, tapi aku kdg2 suka berkhayal jugak. sayangnya, imaginasi aku ttg fantasy ni kurang cket.
aku lebih specialist dlm MEMBUAT & UBAHSUAI sesuatu perkara.
ntah la, aku pun tak paham ape yg aku bagitau sebenarnya. hahaha.
anyway, thnx sebab sudi melawat n mem-bookmark post aku..
salam kenal dari aku, baloot.. kalau perlukan pertolongan ttg web, leh bagitau aku.. hee..
12