BAGAIMANA MENGAMBIL MANFAAT DARI BUKU
Buku yang saya maksudkan ini ialah buku yang bermanfaat seperti buku motivasi. Bukan komik Doraemon (saya suka baca waktu study dulu hehe..), URTV (eh ada lagi ke majalah nie?), Majalah Mangga (huh.. kisah artis yang tiada kena-mengena langsung dengan diri kita) atau novel cinta remaja (ada orang baca novel yang sama sampai 10 kali, pelik sungguh.. tengah jiwang agaknya).
Oklah cemana caranya? Mudah saja:
Miliki buku itu
Maksudnya – BELI. Kalau boleh beli la sendiri, tak kira la berapa harganya, usaha la cari jalan. Tak pun pinjam kat library mana-mana, cari le sendiri takkan aku nak bagitau jugak kot. Lepas tu photostat, murah apa. Aku pernah bagi pinjam 3 buah buku kat 3 orang ni, sampai sekarang tak pulang-pulangkan, terus jadi hakmilik kekal depa. Ada jugak yang aku mintak balik sampai 2-3 kali, tak jadi apa pun. Macam ni punya worang pun ada ka? aduss..
Ulang baca sekurang-kurangnya 3 kali
Maklumlah manusia mudah lupa. Lagi banyak kali baca, lebih paham. Kekadang kita akan jumpa semula point yang terlepas pandang waktu baca memula dulu.
Tanda, highlight, bariskan, take note
Lebih mudah baca bila nak buat ulangkaji atau baca semula. Senang nak ingat kat mana point tu terletak. Biasakan diri bila membaca, sediakan alat yang sesuai untuk membuat tandaan atau merekod data penting. Seperti highlighter flourescent, pensil, buku nota kecil dan sebagainya. Nak lebih canggih, pakai le voice recorder, tapi handphone la ni dah canggih, ada yang boleh rekod suara, manfaatkan saja.
Tunggu apa lagi – TAKE ACTION!
Applykan terus apa yang anda dah baca dan faham. Tuliskan, buat action plan, laksanakannya segera kalau ia berkaitan dengan sesuatu panduan atau tips yang boleh meningkatkan kualiti kehidupan kita. Woraitt?






