BUKU DAN KEJAYAAN
Anda ingin berjaya tetapi pada masa yang sama anda beralasan tanpa disedari.
Baiklah, anda ingin berjaya?
Caranya mudah:
- Cari buku.
- Beli buku (pinjam dulu pun takpa, boleh photostat apa!). Yang penting anda miliki buku tersebut
- Baca buku.
- Bertindak – amalkan apa yang anda telah baca.
Buku apa?
Bermula dengan buku-buku self-improvement/self-help/personal development/motivasi, biografi orang berjaya. Semuanya memberi maklumat yang sama iaitu ke arah memperbaiki diri.
Kenapa buku-buku tersebut?
Itu adalah cara yang paling terbaik. Sila berikan saya bukti satu nama orang yang telah mencapai kejayaan tinggi tanpa mempunyai kekuatan karektor yang hebat melalui pembacaan.
Undang-undang alam: Sebelum anda mencapai sebarang kejayaan yang anda inginkan, ia wajib bermula dari “dalam”. Ya, bermula dari diri sendiri.
Kenapa buku?
Kerana ia adalah hasil-hasil tulisan orang-orang yang berpengalaman dan lebih tahu selok-belok mencapai kejayaan. Anda hanya perlu mengikuti jejak langkah mereka tanpa perlu mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama. Dan dengan cara ini juga anda dapat meminimakan kegagalan lalu dapat mencapai kejayaan lebih cepat daripada biasa.
Setiap buku yang anda baca juga akan membentuk minda anda – shaping your mind. Membentuk perspektif-perspektif baru. Memberi buah-buah fikiran yang baru. Membentuk personaliti yang hebat dan menarik. Menjadikan anda seorang yang cemerlang di dalam setiap bidang yang diterokai. Dan banyak lagi faedahnya!
Alasan paling teruk
- tiada duit hendak membeli buku
- malas membaca
Untuk perkara sebegini sepatutnya tiada sebab untuk dijadikan alasan. Ia adalah alasan yang paling teruk untuk seseorang manusia yang berakal! Mata diberi untuk membaca. Ilmu di sediakan untuk dicari. Bukan ke ada banyak perpustakaan? Awam, sekolah, bergerak, di mana-mana pun ada. Anda tidak perasan ke di tempat anda yang anda dah duduk selama 8 tahun ini ada perpustakaan? hff…
Sedih bila orang melayu di cap bangsa kurang membaca. Lebih sedih lagi ada yang malu bila digelar ulat buku. Di negara barat, ulat buku di pandang tinggi.
Membaca adalah BERBALOI untuk diri anda.
Baiklah cuba fikirkan situasi begini:
Anak anda terjatuh kedalam sungai, dia tak tahu berenang, anda berada disitu, anda mendengarnya meminta tolong.
Adakah anda akan berkata (memberi alasan): Ahh.. malaslah.. susahlah.. nantilah.. hohhooo..
?????
Teruk sungguh…. tapi saya percaya itu bukanlah anda kerana pada situasi begitu anda pasti anda akan bertindak tanpa berfikir panjang, tanpa beralasan, akan terus terjun demi menyelamatkan nyawa anak anda.
Kerana apa?
KERANA IA BERBALOI….






