JANGAN BERHENTI BELAJAR
Fikiran kita masih sempit..
Saya akan buktikan.
Apabila disebut tentang ‘pelajar’, ‘pelajaran’ dan ‘belajar’ – apakah imej atau perkara yang anda dapat fikirkan secara spontan?
Sudah tentu kita akan terbayang imej sekolah, kolej, universiti, diploma, ijazah, master, PhD, buku sains, matematik, sejarah, geografi dan segala imej yang berkaitan dengan pelajaran formal.
Katakan anda telah bekerja sekarang. Bila ditanya, adakah anda masih belajar sekarang?
Mungkin anda akan mejawab, “taklah, saya sedang bekerja ni, saya dah ‘DAH HABIS BELAJAR’.. dulu saya belajar kat universiti bla bla bla…”
Ramai yang pernah mendengar pepatah belajarlah sehingga ke liang lahad dan mengiyakannya tetapi tidak ramai yang mengamalkannya.
Cara hidup kita telah mengajar kita mentakrifkan ‘belajar’ itu sebagai hanya satu pelajaran yang formal sahaja. Sistem persekolahan, didikan keluarga dan sistem kepercayaan orang lain telah ‘mengajar’ fikiran kita bahawa belajar itu hanya setakat tamatnya pelajaran formal.
Mereka kata, ‘belajarlah sungguh-sungguh sampai lulus cemerlang supaya nanti senang dapat kerja hebat-hebat’. Bunyinya seperti ‘belajarlah sampai dapat tiket (sijil), nanti dah ada tiket baru boleh dapat kerja’.
Maksudnya belajar hanya untuk dapatkan kerja.
Beritahu saya siapa yang pernah beri nasihat kepada anda supaya terus belajar (pelajaran tidak formal) walaupun sudah dapat pekerjaan? Kalau ada, baguslah.. tapi rasanya takda kut..
Hakikatnya pada bila-bila masa kita boleh belajar sesuatu yang kita inginkan. Belajar sesuatu yang bermakna dan boleh memberi kesan positif kepada diri. Cuba cari sesuatu yang menarik untuk dipelajari sebagai memenuhi masa lapang anda.
Sekiranya anda lebih peka, sebenarnya setiap hari pun ada pelajaran-pelajaran kecil yang boleh dipelajari. Mungkin dari anak anda sendiri, rakan-rakan atau sesiapa sahaja; dari pemerhatian kepada sesuatu kejadian; tidak kira samada apa yang anda dengar, lihat, baca dan alami.
Sediakan sebuah jurnal harian untuk merekodkan apa-apa pelajaran atau pencapaian anda untuk setiap hari. Apa yang anda tulis itu akan tertulis didalam minda anda.
Oleh itu marilah kita sama-sama belajar sesuatu! Jom!
“Education never ends”








Saya attend seminar ebook that day 13th Dec 2009. Boleh rasa jadi macam jutawan ff
1ye along betul betul betul…
2panjang lebar…huhu…
apa pun aku suka kat jurnal harian tu…menandakan kita peka dengan apa juga situasi yang bakal kita tempuhi untuk masa akan datang.
3Tuan, saya menghargai dan menghormati pandangan dan budi baik yang diberikan secara berhemah dan berhikmah daripada tuan.
terima kasih.
4Tak mengapalah wahai incik gold.
Saya akan biarkan posting anda itu disini sebagai pengajaran
agar kita dapat belajar cara berniaga dan marketing yang
betul dan beretika.
Walaupun ini sekadar internet, sekadar laman web tetapi
ia ada tuannya iaitu seorang manusia!
Laman web ini adalah kepunyaan saya dan ia umpama rumah bagi
saya. Alamatnya bernombor http://www.enemdy.com
Anda mungkin seorang ‘peniaga’ sama macam saya juga
tetapi anda telah memecah masuk kedalam rumah saya
lalu dengan ghairahnya menampalkan poster pengiklanan
jongkong emas.
Dan seterusnya apabila tuan rumah kembali, anda
memberi arahan pula kepada tuan rumah agar tidak
menanggalkan poster tersebut!
Walaupun kita sebagai seorang peniaga tetapi beza antara saya
dan incik gold ialah anda berniaga secara hentam keromo dan
tiada etika perniagaan.
Jika incik gold buat dengan cara yang betul, bagi salam,
bertanya, minta izin mungkin saya akan mempertimbangkannya.
Ini bukan papan kenyataan umum, sesuka hati boleh melekatkan
apa-apa iklan.
Maafkan saya jika tersinggung, ini untuk kebaikan incik gold
juga dan orang lain.
Jangan berasa hairan jika perniagaan incik gold tidak sehebat
orang lain. Ada sesuatu yang perlu diperbetulkan.
Kita peniaga dan kita berurusan dengan manusia lain, bukan
dengan batu atau kayu.
Seharusnya kita perlu faham.
Gunakan saluran pengiklanan yang betul, cari maklumat
bagaimana hendak memasarkan produk atau perkhidmatan dengan
lebih efektif dan berhemah.
Gunakan cara yang betul, hormati manusia lain sepertimana
kita mahu orang lain menghormati kita.
Percayalah kalau incik gold buat perkara yang sama pada orang
lain pun, berkemungkinan besar mereka akan maki hamun incik
gold.
Tetapi saya cuma menasihatkan saja kerana saya beranggapan
mungkin incik gold baru berjinak didalam perniagaan diinternet.
Banyak perkara yang perlu dipelajari. Bukan sekadar ada produk
dan terus menjualnya sesuka hati tanpa ada ilmu menjual.
Apa-apa perniagaan pun ada ilmunya. Belajarlah ya!
Sekian..
(komen saya yang terpanjang setakat ini)
5saya cuma memohon, pilihan di tangan tuan.
tiada sebarang masalah.
terima kasih
6kenapa saya perlu biarkan?
Apa yang akan anda lakukan pada sampah didalam rumah anda?
Kena sapu keluar dari rumah kan?
Ini rumah aku, kenapa pulak engkau nak suruh aku biarkan?
nanti aku ada masa aku sapu keluar ok
7saya hanya mahu lihat apakah yang akan dipelajari memandangkan semua ilmu ada berkait rapat. reaksi atau respon yang akan diberi.
biarkan posting tersebut.
terima kasih
8tibe-tibeee jee…. hahaha.. maafkan saya, disini bukan tempat jual beli jongkong emas, silap tempat ni incik.. kalau bagi saya free jongkong emas tu pun saya tak mau, sori..
9untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com
harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
10