BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

KAITAN iPOD DENGAN MOTIVASI

January 15, 2009 By: enemdy Category: motivasi

Haa..  sumber motivasi bukan sahaja boleh didapati dari buku, selain dari buku, benda macam dalam gambar sebelah ni pun buleh apa!

Itulah iPod saya! Tapi bukan iPod betul,  iPod Cap Ayyam daa.. atau lebih dikenali sebagai MP3 PLAYER, mesti anda dah tau kan, tapi tau untuk dengar lagu aje sebelum ni kan? Apa kata kita ubah sikit, adjust sikit habit kita ini. Saya pun minat lagu gak tapi tak pernah terpikir pulak kaedah ni sebelum ni.

Walaupun ada features radio tapi saya KHAS kan hanya untuk dengar AUDIO MOTIVASI sa-ha-ja.

Satu lagi feature dia yang berguna ialah buleh rekod suara, buleh rekod bila-bila ada idea datang tiba-tiba, huh.. sangat berguna tuu!

Apa yang saya buat ialah:

  1. beli atau download secara percuma motivation audio dari internet ke dalam komputer dan
  2. kemudiannya copy masuk dalam iPod ayam tersebut.

Carilah motivator-motivator atau speaker-speaker yang hebat dan terkenal contohnya seperti yang saya suka – Anthony Robbins, Bob Proctor, Robert Kiyosaki etc. Tony Robbins the best, penyampaiannya cukup bertenaga dan bersemangat.

Waktu-waktu yang sesuai untuk mendengarnya ialah seperti menunggu sesuatu/seseorang. Macam saya, suka dengar waktu tunggu anak keluar dari sekolah, sebelum tidur, dalam kereta (waktu traffic light merah/traffic jam), dalam jamban (hehe), waktu tak buat apa-apa, senang kata bila-bila ada sela waktu yang terluang, walaupun sekejap.

Paling baik ialah waktu sebelum tidur, memang meresap ke dalam otak, kekadang masuk dalam mimpi pun ada! Bangun pagi pun rasa bersemangat je, itulah kehebatannya.

Sebenarnya taklah setiap waktu saya mendengarnya pun, diwaktu-waktu yang dirasakan macam kurang semangat ke, lemah semangat ke, sedang menghadapi masalah/cabaran yang sukar ke, iPod ni memang ternyata membantu saya sedikit sebanyak!

Daripada anda main game handphone, melopong dalam LRT, dalam bas, kat stesen bas, kat restoren tengah tunggu awek, baik gunakan masa yang terluang sebaik mungkin untuk kemajuan diri anda.

Apa tunggu lagi, pi la beli. Harganya murah je, tak lebih dari RM100 pun. Yang saya punya ni 1G je saiz memorinya, dah lebih dari sekadar cukup.Tak perlu ada equilizer setting pun takpa. Janji buleh dengar sudah. Bukan nak dengar lagu tapi nak dengar suara ‘orang bercakap’ saja.

Err.. ada sesapa nak jual iPod Touch kat saye tak?? :-D

Share/Save

Topik berkaitan

2 Trackbacks/Pingbacks

  1. Memperalatkan Atau Diperalatkan Teknologi? | Perniagaan Internet | BLOG NMD 13 02 09
  2. Memperalatkan Atau Diperalatkan Teknologi? — Bekerja Di Internet 18 01 09

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com