BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

BUKU BORROWING BRILLIANCE oleh DAVID KORD MURRAY

December 06, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Baru je beli buku Borrowing Brilliance ni yang ditulis oleh David Kord Murray. Saya pilih buku ni kerana sekarang ni tengah study bidang kreativiti dan inovasi.

Semalam terjumpa video di Youtube berkenaan tarian Moonwalking Michael Jackson. Agak mengejutkan kerana teknik tarian moonwalking yang dicipta oleh beliau tu sebenarnya telah lama dipersembahkan oleh beberapa orang lain sebelumnya (seawal zaman tv kaler hitam putih lagi). Yang aku nak tergelaknya, Charlie Chaplin pun ada jugak cubaan moonwalking tu tapi tak berapa jadi sangat haha.. Satu lagi saya membaca artikel disebuah blog yang mengatakan filem popular George Lucas iaitu Star Wars juga sebenarnya telah ditiru dari sumber yang lain. Jangan salah faham, ia bukan ditiru bulat-bulat tetapi idea lama itu di modifikasi, di perbaiki lalu dijadikan satu idea baru yang unik. Point nya ialah, setiap idea yang baru adalah terbina dari idea yang sudah sedia ada atau maksud lainnya setiap idea adalah tidak original!

Walaupun belum habis membacanya lagi tapi saya tetap teruja nak kongsikan bersama anda hehe.. Di antara perkara menarik yang saya temui dalam buku ni ialah seperti yang saya kata tadi, kreativiti ialah hasil dari pencarian idea yang berlandaskan idea yang telah sedia ada dan bukannya hasil dari menunggu idea untuk datang secara tiba-tiba entah dari mana. Orang zaman purba yang mencipta roda yang pertama didalam peradaban manusia pun sebenarnya meniru idea dari sumber lain! Menjadikan ia lebih menarik, Sir Isaac Newton dan Albert Einstein pun 2X5 jugak.

Keduanya, ia banyak menekankan kepada proses mengenalpasti masalah dengan lebih terperinci sebelum dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan kreatif. Kepentingan ini amat jarang terdapat pada buku-buku kreativiti dan inovasi yang lain. Ia mengandungi 6 langkah utama untuk menjadikan sesebuah idea itu betul-betul berguna, kreatif dan efektif di dalam penyelesaian masalah.

Ketiga, ia ada menceritakan tentang hasil kajiannya mengenai sejarah kreativiti, originality, branding, trademark sejak dari zaman Renaissance, zaman Leonardo Da Vinci. Dari evolusi ekonomi yang berubah sejak dari zaman pertanian sehingga ke zaman sekarang iaitu zaman informasi, terbukti bahawa hanya kreativiti dan inovasi sahaja yang akan dapat menyelamatkan sebarang perniagaan didalam gelombang zaman baru yang akan datang ini – conceptual age.

Keempat, buku setebal 292 mukasurat ini juga diselitkan dengan kisah-kisah peribadi penulis, sedikit humor, penyampaian yang banyak menggunakan analogi yang mudah difahami. Beli le, must read kalau ada hajat nak bawa bisnes anda to the next level, tak kira bisnes apa pun, perniagaan internet pun boleh apply apa!

Cuma sebagai orang islam, perkara yang membuatkan saya kurang senang ialah bila pengarang banyak quote teori-teori Charles Darwin dan Richard Dawkins. Tapi tak jadi masalah kerana saya tahu mana yang betul dan mana yang tak betul. Sebabnya? Nak tahu kenapa, boleh baca artikel Harun Yahya.

Kesimpulannya tak salah untuk meniru sebab itu saja jalan yang ada untuk menghasilkan sebuah idea, dengan syarat – tiru dengan bijak! Plagiat 100% adalah dilarang sama sekali ok!

Ada sesiapa yang dah habis baca ke? Kongsilah sikit..

Share/Save

Topik berkaitan

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com