BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

FAEDAH MEMBACA BUKU MOTIVASI LEBIH DARI SEKALI

November 19, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Salam sejahtera semua,

Lama dah tak update blog kerana sibuk dengan projek baru – ebook panduan. Panduan apa? nanti le saya bagitau, 10% lagi belum siap.

Sebenarnya saya sibuk dengan perkara lain sebelum ini. Perkara yang tidak berkaitan dengan matlamat saya. Seperti ada sesuatu yang menghalang saya dari melakukan sesuatu kerja matlamat sehinggalah saya baca semula buku The Magic of Thinking Big yang dah bersawang di rak buku saya itu.

Apa yang saya temui ialah sebaris ayat yang betul-betul mengingatkan saya kembali bagaimana saya mencapai sebuah kejayaan melalui tips ini dulu.

“It isn’t so much what you know when you start that matters. It’s what you learn and PUT TO USE after you open your doors that counts most.”

Maksudnya “Just do it” lah..

Tak perlu menunggu sehingga cukup pengetahuan, tak perlu tunggu sehingga perfect. Dah tau serba sedikit, terus saja buat!

Apa yang ada, just gunakan. Sementara melaksanakan tindakan, belajar sikit-sikit dan terus apply kan. Gunakan segala sumber yang ada, jangan tunggu sampai cukup. Belajar, apply, belajar, apply, lama-lama siap!!

Sebagai contoh, sewaktu mula-mula hendak memulakan perniagaan internet dulu, saya cuba cari pelbagai maklumat sampai jem kepala otak. Lagi banyak info dicari, lagi banyak saya terdedah kepada peluang-peluang yang bisa melelehkan air liur. Masalahnya semua nak buat, akhirnya langsung satu pun tak terbuat.

Baru saya tahu, perniagaan internet ni terlalu luas bidangnya. Apa yang perlu buat ialah pilih satu sahaja dan fokus kepada yang satu itu hingga mahir, kemudian move on..

Hendak berjaya di dalam jenis perniagaan ini (perniagaan internet) pun ada bukan boleh buat secara hentam keromo. Kena ada peraturan juga.

Ok kembali kepada topik asal, itu la dia gunanya buku motivasi. Ia kena dibuka dan dibaca selalu. Bila ada sesuatu tak kena, baca semula. Pasti ada faedahnya. Tak semestinya kena baca dari mula sampai habis pun. Kalau ada buat marking pada point-point yang penting senang sikit, just selak-selak sekali imbas.

Saya terlupa dengan tips yang begitu simple ini – just do it. Dengan kelalaian ini telah membuatkan saya tak melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan. So hanya dengan dua baris ayat tu saja telah membawa saya kembali on track. Dah nak masuk 2 bulan dah saya fokus kembali dan buat kerja matlamat saya semenjak terserempak dengan 2 baris ayat yang begitu simple tapi sangat powerful tersebut.

Tak ada guna jika beli, baca sekali dan terus simpan. Kononnya boleh ingat dah semuanya. Sebenarnya memang kita mudah lupa. Oleh itu marilah kita selak-selak balik buku-buku motivasi lama kita yang dah berhabuk kat rak tu.

Share/Save

Topik berkaitan

2 Comments to “FAEDAH MEMBACA BUKU MOTIVASI LEBIH DARI SEKALI”


  1. hmm.. saya pun begitu juga dulu Norsyahida, lama kelamaan saya dapat mengatasi masalah sensitiviti macam tu. Tapi saya lelaki, agak mudah untuk membiasakan diri. Macam adik, mungkin kena usaha lebih sedikit untuk ‘cuba ubah’. Tapi apa yang adik kena ubah?

    Kena ubah cara penerimaan teguran tersebut. Sesuatu teguran tu pasti ada sesuatu yang baik untuk diri adik. Tentu juga ada sesuatu yg adik lakukan sehingga ditegur sebegitu rupa. Jika ada berbuat apa-apa kesalahan, cuba terima bahawa kesalahan itu perlu diubah dan belajar dari setiap kesilapan.

    Tinggi atau rendah suara teguran itu tak penting. Yang penting ia adalah sebuah teguran yang akan membawa diri adik ke arah nilai diri yang lebih baik dari sebelumnya. Jadi, terimalah segala teguran sebagai sesuatu yang positif.

    Kalau hidup sentiasa betul, tak pernah ditegur, kita akan berasa apa yang kita buat adalah betul walhal tidak betul. Bersyukurlah kerana ada yang menegur adik. Terimalah setiap teguran itu dengan jiwa yang tabah, jiwa adik mesti kuat, jiwa yang lemah sukar untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang pasti ada dalam dunia ini. Harap penjelasan ini dapat membantu adik.
    enemdy´s last blog ..4 ALASAN YANG PALING TERUK UNTUK TIDAK MENETAPKAN MATLAMAT My ComLuv Profile

    1
  2. norsyahida binti zubir says:

    sya seorang pelajar, sering tersentuh hati bila ditegur dgn suara yang tinngi sedikit. sy cuba ubah tapi xblh

    2


Leave a Reply

CommentLuv Enabled
  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com