NAK BERHENTI KERJA?
Nak buat keputusan berenti keje ni susah gak sebenarnya, ia bergantung kepada beberapa isu yg perlu dipertimbangkan.
Yg pertamanya isu security, ya isu keselamatan heheh.. bukan la.. isunya ialah engkau boleh tahan ke kalau kete kena tarik, sewa umah tertunggak, pastu kena halau, bank asyik call setiap hari, bil-bil lain datang menderu-deru, baru je amik surat penyata kad kredit kat post box, datang lak posmen hantar 2 surat hutang lagi arghhh..! Tanya diri dulu, buleh tahan ker?
Kedua, isu passion. Kalau betul-betul minat dan bersungguh-sungguh, nampak masa depan maka isu security tadi tak jadi masalah sangat, itu pun kena pandai adjust la..
Orang kata, dunia ni di ubah oleh orang-orang yg bekerja dengan begitu ghairah sekali, begitu minat sekali. Apa yg dia buat memberi impact kepada diri dia dan juga kepada org lain/masyarakat. Hasil kerja mereka menjadi inspirasi kepada org.
Kalau rasa kerja sekarang ni macam tak ada beri apa-apa impact kpd diri sendiri dan juga kepada orang lain, melainkan hanya untuk melunaskan bil-bil dan hutang setiap bulan, maka kejarlah passion engkau sekarang.. Kalau masih minat dgn kerja sekarang, buatlah dengan betul-betul ghairah, pasti ada pulangan.
Kesimpulannya, berhentilah kerja yg engkau tak minat, jangan tunggu usia tua baru nak menyesal. Rugi kalau buat kerja tak seikhlas hati. Nak buat kena buat betul-betul, kalau dah rasa separuh hati je, baik tinggalkan segera, secepat mungkin sebelum ia memakan diri, sebelum lubang semakin dalam, sebelum terlambat!
Carilah minat kita yg sebenarnya, jangan berpura-pura lagi.. Selagi belum jumpa, sila cari sampai jumpa. Isu secure tak secure belakang kira kerana apa yg kita minat itu lah yg akan lebih secure untuk masa depan kita!







Yup, saya setuju!
1Dan artikel ni membuatkan saya berfikir lebih dalam.
Tima kasih enemdy
Haha along.. belum daa.. tu sekadar artikel luahan hati je.
Yolah selamat aghi ghayo, mintak maap dan ampun.
Kalau ader kursus lagi ajak le aku k, buleh le jumpo.
Pojek ado, tongah susunatur..
2Ni kiro dah bonti ko bolom ni En zam!
Lain macam yo semangat nak bonti kojo ni…
Selamek ari rayo…lah yo!
ampun maap dipinto.
Lamo tak jumpo.
Takdo projek online terbaru ko?
3