PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG ‘SUCKS’

Ini sebuah kisah benar..
Sekian lama aku mencari sejenis perkhidmatan online yang amat aku perlukan ini, yang menepati citarasa aku. Akhirnya aku jumpa! Tetapi malangnya customer servicenya teramatlah sucks sekali.
Pernah suatu ketika aku menegur dan komplen tentang websitenya yang ada banyak broken links. Selepas beberapa hari aku kembali ke website tersebut aku lihat ada perubahan, link tersebut dah ok. Tetapi masih ada juga beberapa link yang tersalah target page, lain yang di klik lain yang keluar aduiiiaaiii.. so aku malas dah nak komplen lagi, sendiri mau ingat lah..
Tapi aku masih juga mahu menggunakan servicenya kerana tawaran perkhidmatan yang dijanjikannya menarik perhatian aku – murah dan cepat. So aku mula mengisi nama dan email untuk mendapatkan kupon diskaun terlebih dahulu. Tak lama kemudian dapatlah satu email yang aku sangkakan dia akan terus beri kupon diskaun tu tetapi lain pulak yg aku dapat – newsletter subscription!
Apo ni baiiii…? Terus aku hubungi si pemilik website tersebut, lalu dia reply, memang kena klik confirmation link tu dulu baru dapat kupon, maksudnya kalau klik confirmation link tu “Once confirmed, you will be instantly subscribed to our newsletter” Aduh.. Aku tak mau newsletter, aku nak kupon seperti yang dijanjikan! – MISLEADING! Aku terkena, takpala nanti dah dapat kupon aku boleh unsubscribe, takda masalah. Ok seterusnya..
Dah dapat kupon diskaun, aku pun isi borang tempahan. Dah lengkap, aku pun tenyeh butang “Hantar Tempahan”. Bila dah tekan..
……
……
……
Tiada apa yang berlaku! Ia kembali ke page asal. Aku jangka aku mungkin akan dibawa ke page pembayaran atau page confirmation atau page terima kasih ke. Tapi tiada apa yang berlaku!
Oh.. mungkin dia hantar ke email kot! Aku bukak Gmail. Takda apa-apa pun email dari si mamat ni? Hmm.. takpa la tunggu la.
Esoknya..
Memang takda email. Aku masih tak putus asa sebab aku nakkan juga perkhidmatannya itu. Aku isi sekali lagi borang tempahan tersebut, mungkin semalam ada error yang mungkin aku tak sedari, saja nak sedapkan hati. Siap, tekan butang hantar tempahan sekali lagi…
…………..
………………..
……………………….
krik krik krik krik.. (bunyi cengkerik bawah meja aku)
Sama macam semalam! Aku tak boleh tahan lagi. Terus hantar email dan tanya dia samada masih berniaga ke tidak? Nak meniaga ke tidak? Dah bungkus ke hapa? Ape ke he nye yeop?
Aku tunggu penjelasan dari beliau. Kalau masih tiada ada apa-apa yang berlaku, no nothing, masih sucks, aku akan cari orang lain yang lebih baik perkhidmatan pelanggannya.
Yang aku kesal, penyedia perkhidmatan ni bukanlah orang baru. Kira otai jugak la, orang lama. Tak tau le mungkin dia terlalu sibuk agaknya. Takpa la aku tunggu jawapan dari dia.
PENGAJARAN: Walau macamana hebat produk atau tawaran perkhidmatan sesuatu perniagaan, kalau layanan pelanggannya sucks atau dalam bahasa melayunya perkhidmatan pelanggan yang TERUK, lebih baik tak payah meniaga. Walaupun produk/perkhidmatan yang ditawarkan itu sama dengan pesaing tetapi yang membezakan antara mereka ialah layanan terhadap pelanggan. Pastinya perniagaan yang memberikan layanan pelanggan yang bertahap super akan bisa menewaskan pesaing!
UPDATE 4/1/2010
Aku telah mendapat penjelasan dan katanya permintaan aku ditolak kerana beliau hanya akan melayan pelanggan yang telah membuat tempahan lebih awal. Malang sekali kerana aku langsung tidak tahu bahawa aku lambat membuat tempahan kerana didalam websitenya menyatakan tempahan adalah dibuka!
Dan aku telah dicadangkan untuk menempah perkhidmatan tersebut dari orang lain yang saya dah tahu dari awal bahawa penyedia khidmat tersebut tidak menepati citarasa aku. Dan yang paling menarik sekali, website penyedia khidmat yang telah beliau cadangkan itu – UNDER CONSTRUCTION!! LOL
Beliau beralasan pulang bercuti ke kampung dan tidak menyemak langsung email tempahan. Kenapa pelanggan tidak diberitahu bahawa tempahan ditutup diwebsitenya? Kenapa tempahan dibuka? Kenapa tidak ada seseorang untuk back-up?
Kenapa dengan begitu mudah mengecewakan seorang pelanggan yang berhajat untuk terus berlanggan dengannya? Kenapa mencadangkan penyedia khidmat lain yang websitenya under construction? Kenapa tidak cuba sejukkan hati aku dengan bagi cadangan supaya tunggu sehingga tiba giliran? Kenapa terus kata tak dapat terima tempahan aku? Kenapa terus bagi cadangan buat dengan orang lain? Kenapa.. kenapaaa kenaaapaaa??!?
Beginikah caranya perniagaan internet di Malaysia?
Inilah pengalaman pertama aku yang paling SUCKS yang pernah aku lalui di dalam perniagaan internet! Bayangkan aku telah menunggu selama 3 hari dan ini yang aku dapat. What a waste! Aku pilih yang terbaik tetapi yang terbaik itulah yang telah mengecewakan aku. Kecewa sungguh kecewa! Tirrrkiciwa.. aduhh…
Korang ada pengalaman macam ni tak?








Migraine is hoofdpijn die in aanvallen komt. De hoofdpijn komt plotseling op, soms midden in de nacht zodat u er wakker van wordt. De pijn zit meestal aan
1Over de voor- en nadelen van het afsluiten van een lening zonder BKR-toetsing.
2