PERNIAGAAN INTERNET – SERIUSKAH ANDA?
Perniagaan internet..
Hmm.. namanya pun internet. Kalau internet mesti ada website. Paling kurang pun ada link (affiliate link) dan ada e-mail. Barulah namanya perniagaan internet, tak gitu?
Tapi berapa ramai yang berjaya dan menikmati pendapatan yg mereka inginkan?
Apa beza mereka yang dah berjaya dengan yg cukup-cukup makan, sekadar main-main.
Antara bezanya ialah :
Golongan 1-2% yang berjaya ni adalah orang yang benar-benar serius.
Mereka tahu bagaimana nak buat website dan mengendalikan website.
Mereka faham HTML coding.
Mereka ada produk sendiri, affiliate program tu lain cerita.
Mereka tahu buat grafik menggunakan software, kalau tak handal pun, sekurangnya tahu serba sedikit. Satu lagi, mereka fasih bertutur dan menulis didalam bahasa inggeris. Tak fasih pun tak apa, mereka boleh kuasai pasaran Malaysia tetapi ilmu menulis mereka adalah luarbiasa.
So jika anda benar-benar mahu serius mulalah mengambil serius tentang perkara diatas. Jangan ambil peduli dengan kata-kata jualan yg sedang berlegar-legar di internet seperti :
” ..tak tau buat website pun tak apa..
tak reti html pun tak apa..
tak tau marketing pun tak apa..
tak da produk pun tak apa..
tak reti tulis artikel pun tak apa..
TAK TAU APA-APA PUN TAK APA.. ”
Apabila mereka serius, mereka berada didalam kawalan. Apa saja yg mereka hendak ubah, mereka boleh ubah, tambah, buang, adjust. Perniagaan adalah didalam tangan mereka. Outsource hanya jika tak tau apa-apa langsung.
Jika mahu serius dan mahu pendapatan yang serius pergilah ke kursus-kursus perniagaan internet, create produk sendiri, pergi ke bengkel membuat website, pergi ke kursus penggunaan image editing software, belajar cara-cara bagaimana mempromosi produk, SEO dan sebagainya.
Belajarlah seperti anda seorang yang betul-betul serius!









Tak tau le pulak cemana rupanya kalau main-main pun kena serius tu kakeru? kompius ni..
Sebenarnya saya baru je lepas menghadiri kursus bengkel website yang dianjurkan oleh En. Zaki Yusof tu. Memang berbaloi, betul.. saya tak main-main..
Dia mengajar cara buat sales letter secara hands-on, ajar terus buat. Dalam masa sehari setengah, siap satu website jualan yang terbukti berkesan!
Lepas balik dari kursus selama 2 hari tu 17-18 Oktober 2009 terus saya dapat idea, ya bermacam-macam idea! Dan terus buat sampai hari ni, dah nak siap dah pun projek saya ni!
So sesiapa yang nak betul-betul serius didalam perniagaan internet tu, boleh le pergi ke kursus tersebut secepat mungkin. Tempatnya pun selesa dan tip-top! Yuran toksah berkira lah.. pulangan sure berganda punyalah!
Ok, jom kita serius!
1UUh..begitu.. Sgt serius utk mengendalikan perniagaan yg serius.
2Mmg sepatutnya begitu, serius utk sesuatu yg serius.
Macam cikgu saya kata, “Buatlah yg terbaik, jgn main2..
Ni tak. Buat kerja main2, nak main pun main2…”
So, maksudnya jangan main2, kena serius.
Jadinya, nak main pun takleh main2, kena serius juga dalam bermain.
Tak gitu eh..?