BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

PENYAKIT JUTAWAN WANN ‘ABE’ SEMAKIN MENJADI-JADI

December 11, 2009 By: enemdy Category: Lain-lain, Perniagaan Internet, Personal, motivasi

Aku terdorong untuk menulis post dengan keyword ‘jutawan’ ini kerana aku dah tak tahan. Tak bley tahan lagi! Tak boleh tahaaaannnnn!

Setiap kali aku pergi ke kedai buku, perpustakaan, masuk blog orang tempatan, masuk blog orang putih, terlihat iklan peraduan, terdengar iklan di radio, bukak email, masuk website, poster spam tepi jalan, banner-banner iklan di website yang bersinar-sinar, menghelit-ghelit macam gelang emas Mami Tanjung…

NAK TAU APA BENDA YANG SAMA SERING aku terdengar, terbaca dan terlihat berulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali?

JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN! KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT WANG WANG WANG WANG WANG WANG WANG KAYA KAYA KAYA

ARGHHHHH…..!!!!!!!!

Alamak macam MAT SPAM pulak dah aku ni.

Apa punya penyakit la orang zaman ni??

Dalam kepala hotak tu takde pikir benda lain ke? Asyik pikir nak jadi jutawaaaannnn aje ke? Tapi tak jugak jadi jutawan lagi. Sembang dah macam jutawan, tulis jutawan, makan jutawan, peraduan jutawan, kentut jutawan, berak jutawan, email jutawan, website jutawan.

APA KORANG SEMUA DAH GILA JUTAWAN KEEE HAAAAAAHHH??!! (Marah gaya Nasir Bilal Khan)

KE AKU SORANG JE YANG GILA SEBAB TAK MAKAN, MINUM, TULIS JUTAWAN?? toink toink!

Aku tau la semua orang nak jadi jutawan, tapi sudah-sudah lah tuuu, bawak bertenang, jangan di ikutkan sangat perasaan nak jadi jutawan engkau tu.. Tak payahlah keluarkan buku banyak-banyak pasal cemana nak jadi jutawan lagi, buatlah cerita lain, cerita burung terbang ke, cerita cemana nak jadi miskin ke.. huh!

Seingat aku sebelum Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi muncul sebagai selebriti jutawan dan icon jutawan, takda la banyak sangat kisah dan tips-tips nak jadi jutawan. Sebaik saja beliau menghasilkan buku yang berkeywordkan Jutawan, terus spora-spora cendawan jutawan berterbangan ke seluruh Malaysia.

Secara tiba-tiba juga semakin ramai yang cuba jadi penulis dan menulis tentang kewangan dan kejutawanan – kononnya pakar kewangan – yang datang entah dari semak belukar mana entah. Semenjak itu masing-masing mula memasang niat hendak menjadi jutawannnnn… begitulah al-kisahnya… betul tak betul, sukahati aku, aku rasa betul!!

Dulu manusia sembah berhala tapi sekarang manusia dah mula menyembah duit pulak dah ke?

Awatnya bersembang tak berhenti-henti pasal jutawan ni hah? Pasal duit, pasal harta, pasal kaya..

Sudah-sudah lah tu abang, adik, kakak.. janganlah serius sangat bercerita tentang jutawan tu, bawak rileks sikit, tenangkan fikiran, buat cerita pokok ke benda hijau-hijau ke kan best.. Takut nanti tertekan pulak sebab hari-hari cerita pasal jutawan sebab nak jadi jutawan tapi tak jutawan-jutawan lagi.

Abang, adik, kakak.. simpan dulu cerita jutawan tu. Nanti dah jadi jutawan nantii.. baru start balik cerita pasal jutawan semula ok! Bila dah jutawan nanti tulis buku pasal jutawan, bagi tips-tips yang sama untuk jadi jutawan lagi ok! Kalau abang ada duit nanti abang beli buku adik ok.. tapi emm.. rasanya kalau ada duit pun abang tak beli kot?? Sori ek..

Aku rasa ada dekat 100 keyword ‘jutawan’ dalam single post ni ha.. Memandangkan arus gila jutawan semakin menggila sekarang ni, aku pun rasa tak mau ketinggalan bas, so aku letak satu tag baru dalam blog ini yang dinamakan ‘gila jutawan’ dan ‘gila kaya’. Supaya aku pun boleh tulis tips-tips bagaimana nak jadi jutawan, kisah jutawan, siapa dia jutawan.. Amacam setuju? BOLEH?

Ni ada pantun sikit untuk penggila jutawan:

Kisah jutawan ada di mana-mana, iklan jutawan merata-rata, semua orang berkata-kata, boleh bikin aku jadi gila!

Hahaha.. saje je nak naik angin sikit pagi-pagi ni, bukan apa, aku cari maklumat tertentu kat internet tadi, dah le internet connection slow.. yang aku tensionnya, benda yang aku cari tak keluar, tapi yang keluar asyik-asyik kisah jutawan, asyik-asyik kisah kekayaan, kisah wang ringgit, duit, kaya dan yang sekutu dengannya.

Ditambah pulak lagi, siap bergambar dengan duit pulak lagi.. aduaiiiii.. posing baek punya, kat tangan bersusun duit RM50 haha.. takde la banyak sangat pun, ada la dalam 3-4 ratus aku rasa, kalau camtu duit simpanan anak aku lagi banyak! Dah tu hang dok eksyen sangat dengan RM300 tu apekehenye yeop? Tu yang aku bertambah hangin tu kakakaka..

Konon hang tunjuk hang kaya dengan gaya jemsbon tu boleh tarik customer ka? Jutawan sebenar tak payah tunjuk duit pun.. Mungkin hang boleh tarik orang dengan cara tu sebab rata-rata manusia memang mata duitan.

Tapi tak ke nampak macam Jebon kalau hang buat lagu tu? Bukan Jebon cerita P. Ramlee tu, tapi ni Jebon lain, Jebon Hamba Duit! Poyo sangat.. Buleh bertahan ke bisnes kalau gaya macam Jebon? Tau nak duit je, tau nak jadi jutawan je, hati customer? – “mampus kau lah aku tak peduli janji aku kaya sudah!”

Haa kan.. dengan kelambu-kelambu sekali aku dah bakar..

Oklah oklah bawak ngucap bawak ngucap…. astaga… apa nak jadi aku ni..??

PERHATIAN: Sesungguhnya duit tu adalah HAMBA kita yang paling baik sekali, tapi ingat, ia akan menjadi TUAN yang paling teruk jika kita menjadi hambanya!!

MAAFKAN SAYA JIKA TERKASAR BAHASA dan MEMBUAT ANDA RASA TERSINGGUNG (sopan semula, guna pengganti diri ’saya’ dan ‘anda’ selepas cool down, marah kalu, guna ‘aku’ dan ‘korang’ haha..)

P/S: Err.. ada request tak untuk aku teruskan bercerita pasal jutawan? Tips jutawan? Anybody? Somebody? Jutawan? Mau? Wang tambahan? Duduk diam dapat duit? Goyang telur kaki dapat duit? Jana pendapatan mudah? 3 hari boleh jadi jutawan? Helo..?

Share/Save

PUBLISH BLOG POST SECARA AUTO

January 16, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Dalam dunia ni dah ada macam-macam benda auto, kereta auto, mesin basuh auto, auto-redial, majalah auto dan termasuklah blog auto.

Rasanya ramai yang dah tau kut tapi takpe nak bagitau jugak sebab saya baru je tau hehe..

Anda boleh buat post di blog anda secara automatic dengan blog engine Wordpress anda. Katakan anda nak masuk hutan selama 3 hari (dalam hutan yang takada cybercafe atau line internet) pada hari esok. Anda masih boleh mengepost artikel anda selama 3 hari berturut-turut tanpa anda berada di depan komputer.

Caranya, anda tulis 3 blogpost pada hari ini serentak dan set kan untuk publish pada hari esok, lusa dan tulat. (Sebenarnya anda boleh setkan pada bila-bila masa yang anda suka)

Selepas menulis artikel, lihat pada bahagian Publish diatas sebelah kanan ada Status, Visibility dan Publish immediately Edit.

  1. Click Edit pada Publish immediately
  2. Masukkan tarikh dan masa untuk publish
  3. Click OK
  4. Click Schedule

Siap! anda buleh masuk hutan esok tanpa risau!

Jadi itulah kelebihannya. Kalau ada banyak idea pada satu masa, takkan nak post kesemuanya pada satu hari. Sebaik-baiknya buat 1 post untuk 1 hari pun dah memadai.

(Kalau nak tau, post yang saya buat ni pun set auto publish jugak)

Selamat mencuba!

Share/Save

Tags:
  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com