BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

TUTORIAL GIMP 4 Text Along Path

September 10, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Text Along Path

Text Along Path

File > New

Klik Path Tool path tools
Ciptakan apa-apa curve yang anda mahukan.
Caranya, klik at one starting point dan klik pada end point.
Kemudian bermain-mainlah dengan curve itu dengan menyeretkan mana-mana bahagian yg anda mahu, seretkan handle ke arah mana-mana yg anda mahu.

Klik pada Path Dialog (jika belum ada, lihat tutorial gimp 1)
Klik pada kotak paling kiri sehingga simbol mata kelihatan.

eye symbol

Klik Text Tool, taip apa yg anda mahu tapi jangan terlalu panjang.

Boleh ubah teks pada bahagian Option Tools Dialog.

Selepas siap menaip, klik Text Along Path (terdapat pada dialog option tools).

Buangkan text layer tadi (click and drag text layer ke icon tong sampah).

Pergi ke Path Dialog > right click > Path To Selection.

Dari sini anda boleh buat apa yg anda suka.
Samada guna Bucket Fill, Gradient, Stroke Path, Drop Shadow atau apa-apa efek yg anda mahu.

Akhir sekali jangan lupa klik semula simbol mata pada Path Dialog tadi dan Select > None bila kerja dah siap.

Ada pertanyaan?

Share/Save

Tags:

TUTORIAL GIMP 3 Glossy Button

September 05, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

File > Open New
set width : 400
set height : 400
(sori dlm imej tunjuk 500)

Create satu layer lagi

Klik pada icon bahagian bawah kiri sekali untuk create new layer (shortcut) – pilih Transparency.

Boleh namakan layer tersebut mengikut suka anda untuk mengelakkan ke-confuse-an. Boleh double click pada layer, taip dan tekan enter.

Klik Rectangle Select Tool rectangle select tool
Check Rounded Corners
Radius 15

Klik dan Seret (eh pelik pulak bunyinya), Click and Drag around 200×80 px.

Klik pada Foreground color dan pilih warna yang anda suka. Aku guna color #45580c. Klik pada Background color, tukar kepada color #a6d02c.


Klik Bucket Tool bucket fill dan klik didalam kotak button yg anda create tadi.

Create new layer lagi (transparency).

Select > Shrink > 1 px.

Klik Blend Tool Blend Tool
Klik Option Tools dialog Option Tools
Set gradient from Background to Foreground (BG to FG). Klik pada anak panah dua hala tersebut.

Hold butang Ctrl untuk mendapatkan garisan lurus. Klik dan drag dari bawah ke tengah.

Create New Layer lagi

Klik Rectangle Select Tool, biarkan setting yg tadi. Klik and drag pada separuh bahagian atas seperti imej dibawah.

Klik pada Foreground Color dan set to White (ffff)

Klik Blend Tool.
Klik Gradient dialog.
Pilih FG to Transparent.

Seret dari bawah ke atas.

Select > None

Kurangkan Opacity layer tersebut ke 80.

Create New Layer lagi.

Pilih Pencil Tool pencil tool
Pilih Saiz Circle (03)
Lukis satu garisan putih dibawah :
Hold Shift untuk mode garisan.
Hold Ctrl untuk garisan lurus.

Masih pada layer yang sama.

Filters > Blur > Gaussian Blurr

Set Horizontal 10
Vertical 10
Tekan OK.

Klik Layers Dialog. Cari Layer yang mula-mula kita buat tadi, select layer tersebut.

Filters > Light and Shadow > Drop Shadow
set
x : 0
y : 0
blur radius : 5
color : black
uncheck kotak Allow Resizing.

Masa untuk letak Text.

Klik Text Tool Text Tools
Klik Option tools
Set font type, size, font color mengikut citarasa anda, white should be nice.

Klik pada button dan taip apa-apa perkataan yg anda mahu. Dah tulis, klik pada Move Tool. Click and drag text tadi ke center.

Filters > Repeat Drop Shadow.

Siap!

Short note sebelum save,

Image > Fit canvas to layer
dan save.

Kalau save dalam format JPG, background warna putih akan di save kan sekali.

The best way, delete Background Layer. Caranya drag Background Layer ke dalam icon tong sampah dibawah sebelah kanan sekali. Atau right click > Delete Layer.

Save as .png

DONE!

Download the .xcf file HERE

Share/Save

Tags:

TUTORIAL GIMP 2 Rounded Corners

September 04, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

File > Open > pilih image anda, jangan ambik Camilla Belle aku sudah hehe..

Filters > Decor > Round Corners

*klik pada image jika imej kurang jelas.

Kemudian satu dialog Script Fu : Round Corners akan keluar, pilih setting untuk Radius corner mengikut selera anda. By default, drop shadow dah memang sedia ada, set the offset x/y, blur radius then click OK. Kalau tak mahu drop shadow, just uncheck kotak Add drop shadow tersebut. Jika tak puashati, boleh close window tersebut, klik Don’t Save dan buat semula.

Siap..

Waktu untuk Save.

File > Save As

*klik pada image jika imej kurang jelas.

Namakan file anda dan pilih format yg anda mahukan samada .jpg .png .bitmap etc.. Ada banyak pilihan lagi, klik pada drop down menu yang tertera perkataan All images.

Jika mahu save didalam bentuk file gimp, boleh letak .xcf supaya anda boleh edit semula kerja anda kemudian nanti.

Dalam kes ini aku save dalam bentuk .jpg

Klik Save..

Klik Export

Jika anda concern tentang saiz file, pastikan anda check kotak ‘Show preview in image window’. Kebiasaannya aku lebih suka save format JPG pada Quality 95-96, depends.

Move the ‘Quality’ slider to optimise your image quality. Monitor the export preview and the File size as you slide along.

Puashati, then click Save.

Done!

Teknik lain.. Menggunakan Rectangle Select Tool

File > Open > select your image

Klik pada icon Rectangle Tool Select rectangle select tool yang terletak di Menu Toolbox.
Lihat pada Tool Options dialog.
Check pada kotak Rounded Corners.

Click and drag pada image.

Slide the Radius to your liking.

Select > Invert (atau Ctrl I)

Edit > Cut

siap..

Jika nak add drop shadow:

Select > Invert sekali lagi

Filters > Light and Shadow > Drop Shadow > adjust ikut selera

Kalau tak puashati just Undo (Ctrl Z) dan pergi semula ke Filters > Light and Shadow > Drop Shadow.

Done!

Share/Save

Tags:

TUTORIAL GIMP 1 Panel Setting

September 02, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Dah download GIMP dah ker? Ok mula-mula kena set-up sikit workspace untuk memudahkan kerja.


Kotak merah no 1 adalah ‘dialog tab’. Customize kan ia dengan klik pada tab pada kotak biru no.2 > Add Tab > pilih dialog tab seperti Tool Options, Layer, Gradients dan Brushes.




Tak perlu letak banyak-banyak cuma pastikan dialog tab seperti Tool Options dan Layers saja sudah memadai (untuk yang baru belajar). Nanti bila dah tau mana yang kerap digunakan maka bolehlah ditambah kemudian.

Keyboard shotcut boleh didapati pada Edit > Preferences > Interface > Configure Keyboard Shortcuts. Yang ini pun boleh adjust kemudian bila dah tau aplikasi mana yg kerap digunakan.

Itu saja tutorial untuk hari ni haha.. harap dapat membantu.

Share/Save

Tags:
  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com