APA ITU GIMP?

Ia adalah singkatan dari GNU (General Public License) Image Manipulation Program. Software percuma ini (open source) merupakan satu alternatif kepada software seumpama yang tersohor iaitu Photoshop.
Keupayaannya menghampiri Photoshop. Bezanya Photoshop teramatlah mahalnya, tak percaya browse internet dan lihat harganya mencecah USD999! Photoshop CS4 kalau tak silap aku.
Walaupun ada versi cetak rompak yang melambak kat Malaysia ni tapi terpulanglah kepada diri masing-masing tepuk dada tanya selera. Kalau menggunakan benda-benda ‘rompak-rompak’ ni untuk menjana pendapatan, akhirat nanti sendiri jawablah. Tapi apa buleh buat, fenomena ni macam dah lali dlm masyarakat kita dan ramai yg anggap sebagai perkara remeh. So hati-hati..
Kalau anda seorang graphic designer yang serius dan handal maka berbaloilah kalau beli Photoshop tu. Walaupun mahal tapi ia boleh buat design yang canggih-manggih dan kompleks. Kalau macam aku ni hanya sekadar suka-suka dan nak buat efek-efek yang simple maka GIMP adalah pilihan aku.
Aku rasa aku nak menyumbang sesuatu dalam blog ni dengan membuat tutorial GIMP yang simple-simple sebab tak banyak tutorial dalam bahasa melayu.. eh ye ker? hmm.. aku rasa takde pun.
Sebelum tu kalau sedara-sedari nak belajar kenalah download software PERCUMA ni dulu kat internet.
Klik sini GIMP
Buat masa sekarang ia versi 2.6. something.. Available untuk Windows mahupun Macintosh.
Nantikan kemunculan tutorial GIMP daripada aku!




















