BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

TIPS KEBAHAGIAAN YANG SANGAT SIMPLE

January 02, 2010 By: enemdy Category: Personal, motivasi

Salam 2010, salam 1 Malaysia,

Harap anda berada dalam keadaan bahagia hendaknya. Semoga tahun baru ini akan memberikan kita lebih kebahagiaan. Satu topik yang penting sebagai pemula tahun baru twenty-ten ini – kebahagiaan. Siapa tak mahu kebahagiaan?

Kepada yang merasakan diri mereka masih belum memiliki kebahagiaan, disini saya akan kongsikan satu petua bagaimana untuk membahagiakan diri anda, ya SATU petua saja. Petuanya ialah JANGAN TUNGGU SEHINGGA KEBAHAGIAAN TIBA!

Kebahagiaan itu ada pada waktu SEKARANG, ia sedang berada dimana kita sedang BERADA.

Let me explain..

Kenapa perlu tunggu sehingga kita dapat capai sesuatu kemudian baru kita nak rasa bahagia tetapi sementara menunggu ketibaannya kita rasa ‘tak bahagia’?

Kebahagiaan itu bukanlah suatu destinasi tetapi sebenarnya  ia adalah sesuatu yang kita boleh nikmati sewaktu perjalanan mencapai sesuatu hajat atau matlamat.

Contohnya sewaktu kecil kita tak sabar untuk menunggu dewasa – berhajat untuk mencapai kebebasan. Bila dah dewasa berhajat nak lulus SPM kemudian nak masuk universiti lepas tu nak kerja dapat gaji dapat duit untuk buat apa saja, nak kawin, nak dapat anak, nak beli kereta, nak beli rumah, akhir sekali berhajat nak selesaikan hutang! kwang kwang kwang.. Dan macam-macam hajat lagi yang tak berkesudahan.

Kebiasaannya harapan yang kita letakkan pada setiap pencapaian hajat tersebut ialah kebahagiaan. Bahagia bila dah kaya, bahagia bila anak dah dewasa, bahagia bila dapat kahwin, bahagia bila dah pencen, bahagia bila tiada apa-apa masalah lagi dsb. Sedarkah kita berapa lama nak tunggu saat bahagia macam tu? Bila dah capai hajat, kononnya rasa dah bahagia, lepas tu apa? Kemudian apa lagi kehendak yang kita nak capai untuk capai ‘lebih bahagia’? Tiada kesudahan.

Satu lagi kesilapan kita ialah sering memberi perhatian kepada perkara-perkara yang kita tak ada atau masih belum ada, belum dapat. Memang patutlah kita selalu rasa ada kekurangan, rasa tak best dan kurang bahagia kerana memberi fokus kepada apa yang kita tiada! Bersyukur dengan apa yang ada ialah salah satu jalan untuk kita merasa bahagia. Tengok saja gambar orang tua atas tu.. gigi tak ada pun boleh ketawa dengan bahagia hehe..

Jadi, apa kata kalau kita nikmati kebahagiaan itu disini dan sekarang juga. Tak kira kita berada di dalam apa keadaan sekali pun. Tak kira berapa banyak harta yang kita ada. Tak kira apa sahaja yang kita miliki. Tak kira walau berapa pancaindera yang kita ada. Tak kira samada kita cacat atau kurang sempurna. Fokuskan kepada apa yang kita ada, bukan kepada apa yang kita tiada, mudah-mudahan kita akan lebih berasa bahagia.

Apa Yang Anda Perlu Untuk Bahagia?

Kereta BMW? Duit berjuta? Anak sepuluh orang? Isteri 4?

Apa kata kalau kita merasai kebahagiaan itu sekarang?

Dengan sepasang mata yang masih boleh melihat, telinga yang boleh mendengar, kaki yang boleh berjalan – apa saja yang kita ada, yang masih boleh berfungsi dengan baik. Luangkan masa bersama yang tersayang, bersembang dengan rakan, tengok wayang, piknik di tepi sungai, hadiri majlis ilmu di surau, tengok dvd cerita don’t mess with Zohan haha.. kelakar gila citer ni. Nah.. ada banyak cara untuk merasakan bahagia.

Walaupun saya menghadapi beberapa masalah ketika ini tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengecapi kebahagiaan. Saya boleh melihat keindahan alam, gerhana bulan yang cantik, saya masih boleh merasa makanan yang sedap. Saya masih boleh isi minyak kereta, membawa isteri dan anak-anak pergi berjalan-jalan, berkaraoke, bawa anak main bumper car, makan pizza dsb, mereka seronok, saya pun merasa bahagia.

Saya pun ada misi yang mesti dicapai, apa yang penting ialah bukan merasa bahagia sewaktu telah mencapainya tetapi menikmati kebahagiaan dan keseronokan di sepanjang perjalanan tersebut kerana waktu perjalanan itu lebih panjang dari saat saya akan mencapai hajat itu.

Tak, saya tak mau cerita tentang kebahagiaan kekal di akhirat nanti, itu lain cerita, itu saya tahu. Saya cerita tentang sekarang, waktu sekarang, waktu kita berada di dalam dunia ni. Jangan seksa diri kita dengan mengatakan tidak akan bahagia selagi tidak mencapai apa yang kita mahu.

Mulai sekarang anda juga boleh menikmati kebahagiaan dengan menukar takrifan bahagia anda yang lama kepada yang baru. Jangan letakkan bahagia itu dihujung matlamat. Syukur dengan apa yang ada dan jangan tangguhkan kebahagiaan anda lagi.

Jangan TUNGGU lagi, kerana kebahagiaan itu sentiasa ada DI SINI dan SEKARANG!

Share/Save

JANGAN BERHENTI BELAJAR

October 26, 2009 By: enemdy Category: motivasi

Fikiran kita masih sempit..

Saya akan buktikan.

Apabila disebut tentang ‘pelajar’, ‘pelajaran’ dan ‘belajar’ – apakah imej atau perkara yang anda dapat fikirkan secara spontan?

Sudah tentu kita akan terbayang imej sekolah, kolej, universiti, diploma, ijazah, master, PhD, buku sains, matematik, sejarah, geografi dan segala imej yang berkaitan dengan pelajaran formal.

Katakan anda telah bekerja sekarang. Bila ditanya, adakah anda masih belajar sekarang?

Mungkin anda akan mejawab, “taklah, saya sedang bekerja ni, saya dah ‘DAH HABIS BELAJAR’.. dulu saya belajar kat universiti bla bla bla…”

Ramai yang pernah mendengar pepatah belajarlah sehingga ke liang lahad dan mengiyakannya tetapi tidak ramai yang mengamalkannya.

Cara hidup kita telah mengajar kita mentakrifkan ‘belajar’ itu sebagai hanya satu pelajaran yang formal sahaja. Sistem persekolahan, didikan keluarga dan sistem kepercayaan orang lain telah ‘mengajar’ fikiran kita bahawa belajar itu hanya setakat tamatnya pelajaran formal.

Mereka kata, ‘belajarlah sungguh-sungguh sampai lulus cemerlang supaya nanti senang dapat kerja hebat-hebat’. Bunyinya seperti ‘belajarlah sampai dapat tiket (sijil), nanti dah ada tiket baru boleh dapat kerja’.

Maksudnya belajar hanya untuk dapatkan kerja.

Beritahu saya siapa yang pernah beri nasihat kepada anda supaya terus belajar (pelajaran tidak formal) walaupun sudah dapat pekerjaan? Kalau ada, baguslah.. tapi rasanya takda kut.. ;-)




Hakikatnya pada bila-bila masa kita boleh belajar sesuatu yang kita inginkan. Belajar sesuatu yang bermakna dan boleh memberi kesan positif kepada diri. Cuba cari sesuatu yang menarik untuk dipelajari sebagai memenuhi masa lapang anda.

Sekiranya anda lebih peka, sebenarnya setiap hari pun ada pelajaran-pelajaran kecil yang boleh dipelajari. Mungkin dari anak anda sendiri, rakan-rakan atau sesiapa sahaja; dari pemerhatian kepada sesuatu kejadian; tidak kira samada apa yang anda dengar, lihat, baca dan alami.

Sediakan sebuah jurnal harian untuk merekodkan apa-apa pelajaran atau pencapaian anda untuk setiap hari. Apa yang anda tulis itu akan tertulis didalam minda anda.

Oleh itu marilah kita sama-sama belajar sesuatu! Jom!

“Education never ends”

Share/Save

MEMBIARKAN SETTING KEHIDUPAN ‘BY DEFAULT’

October 16, 2009 By: enemdy Category: motivasi

Hasil pemerhatian saya melihat ramai orang masih membiarkan ’setting’ diri mereka by default. Menerima sahaja apa yang berlaku kepada mereka. Apa nak jadi, jadi, sebenarnya malas, apa yang ada, cukup, tapi sebenarnya tak cukup, tak puas – suatu penafian diri.

Ada pula yang berbangga dengan melabelkan diri sebagai seseorang yang ‘happy go lucky’. Berserah pada nasib dan takdir – tiada sebarang matlamat. Pada hakikatnya peluang untuk bernasib baik itu tersangatlah tipisnya. Sebetulnya semakin anda bekerja dengan lebih keras, maka lebih bernasib baiklah adanya.

Mereka ini dipanggil ’sleepwalkers’, membiarkan hidup hanyut, hidup secara automatik, by default, tiada sebarang kemahuan dan pencapaian besar. Tiada hala tuju yang jelas. Boleh dikatakan juga seperti zombie. Berada didalam keadaan ketidaksedaran. Hidup hanya pada fizikal tetapi mati didalam kehidupan. Mereka tidak sedar sepenuhnya mengenai konteks yang lebih besar tentang kehidupan dan makna sebenar tujuan kehidupan.

“Sebuah kematian bukanlah perkara yang sedih tetapi yang lebih menyedihkan ialah hidup seperti orang mati”

Adakah anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut:

  1. Tidak pernah terfikir tentang apa yang anda mahu capai untuk 2 tahun, 5, 8, 10, 15, 30 tahun akan datang. Mungkin anda pernah terfikirkannya tetapi adakah ia cukup jelas? Atau ia hanya semata-mata memenuhi jangkaan dan kehendak orang lain? Bukan diri sendiri?
  2. Membiarkan hidup berjalan secara auto-pilot. Macam kapal terbang pulak dah. Macam perniagaan internet pun ada hihi.. Rutin harian berpusing didalam corak yang sama, hasil yang sama. Kitaran yang sama tanpa henti. Cuba meyakinkan diri bahawa kehidupan sekarang adalah yang terbaik. Akhirnya terjerat didalam peningkatan taraf hidup yang terlalu materialistik pada zaman ini.
  3. Banyak masa terlibat didalam aktiviti-aktiviti yang tiada memberi nilai kepada diri dan kepada orang lain. Alasannya boring, takda benda nak buat, suka, fun dsb.
  4. Tidak sedar tentang apa yang bermain didalam fikiran samada positif atau negetif. Tidak dapat mengawal emosi – marah tak tentu pasal, terlalu sensitif. Tiada kawalan fikiran dan emosi – hanya membiarkan sahaja apa yang masuk didalam kotak pemikiran dan membiarkan emosi mengawal fikiran.
  5. Tidak memberi ruang dan masa untuk melakukan perkara yang betul-betul anda mahu. Beralasan bermacam alasan, nanti-nantilah, tangguh menangguh tanpa menyedari masa yang ditangguhkan itu tidak akan datang.

Jika anda ada tanda-tanda seperti ini bermakna anda sleepwalking your life away.. Tidak dinafikan bahawa saya pun ada simptom seperti ini. Saya pasti semua orang mempunyainya pada suatu ketika. Yang penting sesuatu mesti dilakukan! Setting diri se-optimum yang mungkin – motivasikan diri, mengenalpasti matlamat diri, bina matlamat, tetapkan matlamat, capai matlamat, push yourself to the limit.

Amat mudah untuk menarik bantal dan tidur semula dan kembali kepada kehidupan yang lama. Tetapi sebelum itu tanya diri anda dahulu, adakah ini caranya anda melaksanakan tujuan hidup yang sebenar? Adakah anda menjalani kehidupan yang paling terbaik dengan cara sekarang – autopilot, automatic, zombie, hanyut dan by default?

Jangan biarkan diri anda diselubungi …..by default…… setting setting sikit ok.

Share/Save

  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com