BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

DARI MANA ASALNYA IDEA YANG ASLI?

December 27, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Kesemua idea, ciptaan dan inovasi pada masa kini sebenarnya terbit dari satu sumber. Sumber itu ialah sumber yang telah dihamparkan oleh Allah Taala didepan mata kita – alam semulajadi!

Ia termasuklah dari kejadian-kejadian alam semulajadi, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Proses penciptaan yang datang dari hasil pemerhatian alam semulajadi untuk menghasilkan sesuatu proses atau produk yang baru ini dinamakan Biomimetic.

Sejak berzaman manusia telah meniru dari alam semulajadi. Ia bermula sejak peradaban manusia yang terawal. Contohnya penciptaan roda. Ia dipercayai tercipta setelah manusia zaman batu melihat batu yang sedang bergolek dari tempat yang tinggi. Dari situ mereka mencipta roda dari batu, kemudian bila dah ada peralatan yang sesuai mereka mencipta roda dari kayu pula.

Dari roda tersebut terbit pula idea untuk membuat shopping cart zaman batu haha.. bukan bukan.. lepas tu terbit idea untuk membuat kereta kuda, lepas tu kenderaan berenjin, basikal, lepas tu motor, kereta, keretapi, kerusi orang cacat, beg budak sekolah rendah (sebab buku berat macam batu) dan seterusnya.

Bagaimana dengan kapalterbang? Burunglah kut.. Lihatlah kepaknya, lihatlah bentuk aerodinamiknya, lihatlah taiknya pada cermin kereta heee.. Macamana dengan pepatung? Lipas? Semut?

Manusia mendapat idea untuk mencipta sistem navigasi dan radar dari haiwan seperti dolphin, kelawar, burung. Bagaimana dengan struktur sarang lebah? Isaac Newton melihat buah epal jatuh dari pokok dan melihat pergerakan bulan untuk menghasilkan teori gravitinya.

Bagaimana Velcro dihasilkan? – biji benih yang melekat pada bulu anjing. Apa yang boleh dipelajari dari bunga lotus, permukaan daun keladi yang tidak telap air? – nanostructure. Apa yang boleh di adaptasikan dari pantulan cahaya mata kucing diwaktu malam? – pemantul cahayalah! Dari mana asalnya graffiti? – bekas tapak tangan orang zaman batu pada dinding dalam gua, agaknya la..

Idea yang datang daripada diri manusia pun ada! Apa kaitannya Menara Eiffel di Paris dengan sumber yang ada didalam badan manusia? Seorang mamat bernama Gustave Eiffel telah mengkaji struktur dalaman tulang manusia yang paling kukuh untuk merekabentuk struktur menara yang terkenal tersebut. Hasilnya menara tersebut masih kuat dan utuh sehingga sekarang kecuali ia akan ‘runtuh pada tahun 2012‘ nanti LOL.

Ada lagi, Mercedes sedang memimik bentuk seekor ikan yang ‘huduh’ (boxfish) untuk menghasilkan sebuah kereta yang bentuknya huduh juga haha tapi.. tapi.. ada kelebihannya – bentuk aerodinamiknya dapat menjimatkan minyak. Bagaimana pula dengan kereta Myvi? Cuba teka, bentuknya diambil dari binatang apa? Haha.. Jangan marah..

Apa yang diperkatakan didalam buku Borrowing Brilliance – kita semua adalah peniru, pirates, so tak ada salahnya untuk meniru cuma kita perlu tiru dengan bijak. Dari idea asal ia diadaptasi, digabung, tambah, buang dsb. Hasil kerja Isaac Newton, Einstein, Leornado Da Vinci, Bill Gates, Steve Jobs pun sebenarnya bukan datang 100% dari mereka sendiri. Mereka ada ‘rujukan’ mereka yang tersendiri.

Bak kata Wilson Mizner “If you steal from one author, it’s plagiarism, if you steal from many, it’s research”. Einstein pula beri nasihat, “kita kena pandai sembunyikan sumber”.

Cara terbaik ialah dengan mengambil dari banyak sumber untuk menjadikan sesuatu idea itu unik. ‘Pencurian/pinjaman’ idea kita itu akan menjadi kabur di dalam gabungan-gabungan idea sehinggakan orang lain sukar untuk mengesan dari mana datangnya idea tersebut. Huh macam jahat je bunyinya tapi itulah hakikatnya. Tak salah untuk ‘meniru’ idea lain.

So apa maknanya semua ni? Lihatlah sains, teknologi dan kejuruteraan canggih yang ada sekarang ni, dari mana asalnya? Idea asal tu ada disekeliling kita, adakah kita manfaatkan apa yang telah dipersembahkan oleh Tuhan dihadapan mata kita? Tuhan berikan kita semua ini untuk kita perhatikan dan berfikir.

Jadi, hargailah alam semulajadi kita ini, jangan kentut merata-rata!

Share/Save

PENYAKIT JUTAWAN WANN ‘ABE’ SEMAKIN MENJADI-JADI

December 11, 2009 By: enemdy Category: Lain-lain, Perniagaan Internet, Personal, motivasi

Aku terdorong untuk menulis post dengan keyword ‘jutawan’ ini kerana aku dah tak tahan. Tak bley tahan lagi! Tak boleh tahaaaannnnn!

Setiap kali aku pergi ke kedai buku, perpustakaan, masuk blog orang tempatan, masuk blog orang putih, terlihat iklan peraduan, terdengar iklan di radio, bukak email, masuk website, poster spam tepi jalan, banner-banner iklan di website yang bersinar-sinar, menghelit-ghelit macam gelang emas Mami Tanjung…

NAK TAU APA BENDA YANG SAMA SERING aku terdengar, terbaca dan terlihat berulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali?

JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN! KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT WANG WANG WANG WANG WANG WANG WANG KAYA KAYA KAYA

ARGHHHHH…..!!!!!!!!

Alamak macam MAT SPAM pulak dah aku ni.

Apa punya penyakit la orang zaman ni??

Dalam kepala hotak tu takde pikir benda lain ke? Asyik pikir nak jadi jutawaaaannnn aje ke? Tapi tak jugak jadi jutawan lagi. Sembang dah macam jutawan, tulis jutawan, makan jutawan, peraduan jutawan, kentut jutawan, berak jutawan, email jutawan, website jutawan.

APA KORANG SEMUA DAH GILA JUTAWAN KEEE HAAAAAAHHH??!! (Marah gaya Nasir Bilal Khan)

KE AKU SORANG JE YANG GILA SEBAB TAK MAKAN, MINUM, TULIS JUTAWAN?? toink toink!

Aku tau la semua orang nak jadi jutawan, tapi sudah-sudah lah tuuu, bawak bertenang, jangan di ikutkan sangat perasaan nak jadi jutawan engkau tu.. Tak payahlah keluarkan buku banyak-banyak pasal cemana nak jadi jutawan lagi, buatlah cerita lain, cerita burung terbang ke, cerita cemana nak jadi miskin ke.. huh!

Seingat aku sebelum Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi muncul sebagai selebriti jutawan dan icon jutawan, takda la banyak sangat kisah dan tips-tips nak jadi jutawan. Sebaik saja beliau menghasilkan buku yang berkeywordkan Jutawan, terus spora-spora cendawan jutawan berterbangan ke seluruh Malaysia.

Secara tiba-tiba juga semakin ramai yang cuba jadi penulis dan menulis tentang kewangan dan kejutawanan – kononnya pakar kewangan – yang datang entah dari semak belukar mana entah. Semenjak itu masing-masing mula memasang niat hendak menjadi jutawannnnn… begitulah al-kisahnya… betul tak betul, sukahati aku, aku rasa betul!!

Dulu manusia sembah berhala tapi sekarang manusia dah mula menyembah duit pulak dah ke?

Awatnya bersembang tak berhenti-henti pasal jutawan ni hah? Pasal duit, pasal harta, pasal kaya..

Sudah-sudah lah tu abang, adik, kakak.. janganlah serius sangat bercerita tentang jutawan tu, bawak rileks sikit, tenangkan fikiran, buat cerita pokok ke benda hijau-hijau ke kan best.. Takut nanti tertekan pulak sebab hari-hari cerita pasal jutawan sebab nak jadi jutawan tapi tak jutawan-jutawan lagi.

Abang, adik, kakak.. simpan dulu cerita jutawan tu. Nanti dah jadi jutawan nantii.. baru start balik cerita pasal jutawan semula ok! Bila dah jutawan nanti tulis buku pasal jutawan, bagi tips-tips yang sama untuk jadi jutawan lagi ok! Kalau abang ada duit nanti abang beli buku adik ok.. tapi emm.. rasanya kalau ada duit pun abang tak beli kot?? Sori ek..

Aku rasa ada dekat 100 keyword ‘jutawan’ dalam single post ni ha.. Memandangkan arus gila jutawan semakin menggila sekarang ni, aku pun rasa tak mau ketinggalan bas, so aku letak satu tag baru dalam blog ini yang dinamakan ‘gila jutawan’ dan ‘gila kaya’. Supaya aku pun boleh tulis tips-tips bagaimana nak jadi jutawan, kisah jutawan, siapa dia jutawan.. Amacam setuju? BOLEH?

Ni ada pantun sikit untuk penggila jutawan:

Kisah jutawan ada di mana-mana, iklan jutawan merata-rata, semua orang berkata-kata, boleh bikin aku jadi gila!

Hahaha.. saje je nak naik angin sikit pagi-pagi ni, bukan apa, aku cari maklumat tertentu kat internet tadi, dah le internet connection slow.. yang aku tensionnya, benda yang aku cari tak keluar, tapi yang keluar asyik-asyik kisah jutawan, asyik-asyik kisah kekayaan, kisah wang ringgit, duit, kaya dan yang sekutu dengannya.

Ditambah pulak lagi, siap bergambar dengan duit pulak lagi.. aduaiiiii.. posing baek punya, kat tangan bersusun duit RM50 haha.. takde la banyak sangat pun, ada la dalam 3-4 ratus aku rasa, kalau camtu duit simpanan anak aku lagi banyak! Dah tu hang dok eksyen sangat dengan RM300 tu apekehenye yeop? Tu yang aku bertambah hangin tu kakakaka..

Konon hang tunjuk hang kaya dengan gaya jemsbon tu boleh tarik customer ka? Jutawan sebenar tak payah tunjuk duit pun.. Mungkin hang boleh tarik orang dengan cara tu sebab rata-rata manusia memang mata duitan.

Tapi tak ke nampak macam Jebon kalau hang buat lagu tu? Bukan Jebon cerita P. Ramlee tu, tapi ni Jebon lain, Jebon Hamba Duit! Poyo sangat.. Buleh bertahan ke bisnes kalau gaya macam Jebon? Tau nak duit je, tau nak jadi jutawan je, hati customer? – “mampus kau lah aku tak peduli janji aku kaya sudah!”

Haa kan.. dengan kelambu-kelambu sekali aku dah bakar..

Oklah oklah bawak ngucap bawak ngucap…. astaga… apa nak jadi aku ni..??

PERHATIAN: Sesungguhnya duit tu adalah HAMBA kita yang paling baik sekali, tapi ingat, ia akan menjadi TUAN yang paling teruk jika kita menjadi hambanya!!

MAAFKAN SAYA JIKA TERKASAR BAHASA dan MEMBUAT ANDA RASA TERSINGGUNG (sopan semula, guna pengganti diri ’saya’ dan ‘anda’ selepas cool down, marah kalu, guna ‘aku’ dan ‘korang’ haha..)

P/S: Err.. ada request tak untuk aku teruskan bercerita pasal jutawan? Tips jutawan? Anybody? Somebody? Jutawan? Mau? Wang tambahan? Duduk diam dapat duit? Goyang telur kaki dapat duit? Jana pendapatan mudah? 3 hari boleh jadi jutawan? Helo..?

Share/Save

BUKU BORROWING BRILLIANCE oleh DAVID KORD MURRAY

December 06, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Baru je beli buku Borrowing Brilliance ni yang ditulis oleh David Kord Murray. Saya pilih buku ni kerana sekarang ni tengah study bidang kreativiti dan inovasi.

Semalam terjumpa video di Youtube berkenaan tarian Moonwalking Michael Jackson. Agak mengejutkan kerana teknik tarian moonwalking yang dicipta oleh beliau tu sebenarnya telah lama dipersembahkan oleh beberapa orang lain sebelumnya (seawal zaman tv kaler hitam putih lagi). Yang aku nak tergelaknya, Charlie Chaplin pun ada jugak cubaan moonwalking tu tapi tak berapa jadi sangat haha.. Satu lagi saya membaca artikel disebuah blog yang mengatakan filem popular George Lucas iaitu Star Wars juga sebenarnya telah ditiru dari sumber yang lain. Jangan salah faham, ia bukan ditiru bulat-bulat tetapi idea lama itu di modifikasi, di perbaiki lalu dijadikan satu idea baru yang unik. Point nya ialah, setiap idea yang baru adalah terbina dari idea yang sudah sedia ada atau maksud lainnya setiap idea adalah tidak original!

Walaupun belum habis membacanya lagi tapi saya tetap teruja nak kongsikan bersama anda hehe.. Di antara perkara menarik yang saya temui dalam buku ni ialah seperti yang saya kata tadi, kreativiti ialah hasil dari pencarian idea yang berlandaskan idea yang telah sedia ada dan bukannya hasil dari menunggu idea untuk datang secara tiba-tiba entah dari mana. Orang zaman purba yang mencipta roda yang pertama didalam peradaban manusia pun sebenarnya meniru idea dari sumber lain! Menjadikan ia lebih menarik, Sir Isaac Newton dan Albert Einstein pun 2X5 jugak.

Keduanya, ia banyak menekankan kepada proses mengenalpasti masalah dengan lebih terperinci sebelum dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan kreatif. Kepentingan ini amat jarang terdapat pada buku-buku kreativiti dan inovasi yang lain. Ia mengandungi 6 langkah utama untuk menjadikan sesebuah idea itu betul-betul berguna, kreatif dan efektif di dalam penyelesaian masalah.

Ketiga, ia ada menceritakan tentang hasil kajiannya mengenai sejarah kreativiti, originality, branding, trademark sejak dari zaman Renaissance, zaman Leonardo Da Vinci. Dari evolusi ekonomi yang berubah sejak dari zaman pertanian sehingga ke zaman sekarang iaitu zaman informasi, terbukti bahawa hanya kreativiti dan inovasi sahaja yang akan dapat menyelamatkan sebarang perniagaan didalam gelombang zaman baru yang akan datang ini – conceptual age.

Keempat, buku setebal 292 mukasurat ini juga diselitkan dengan kisah-kisah peribadi penulis, sedikit humor, penyampaian yang banyak menggunakan analogi yang mudah difahami. Beli le, must read kalau ada hajat nak bawa bisnes anda to the next level, tak kira bisnes apa pun, perniagaan internet pun boleh apply apa!

Cuma sebagai orang islam, perkara yang membuatkan saya kurang senang ialah bila pengarang banyak quote teori-teori Charles Darwin dan Richard Dawkins. Tapi tak jadi masalah kerana saya tahu mana yang betul dan mana yang tak betul. Sebabnya? Nak tahu kenapa, boleh baca artikel Harun Yahya.

Kesimpulannya tak salah untuk meniru sebab itu saja jalan yang ada untuk menghasilkan sebuah idea, dengan syarat – tiru dengan bijak! Plagiat 100% adalah dilarang sama sekali ok!

Ada sesiapa yang dah habis baca ke? Kongsilah sikit..

Share/Save

TIPS MENINGKATKAN KREATIVITI

December 03, 2009 By: enemdy Category: motivasi

Ia ditulis ‘meningkatkan’, bukan bagaimana untuk menjadi kreatif. Kerana didalam kehidupan seharian, kita dah sememangnya kreatif. Contohnya seperti jumpa doktor mintak MC, berlakon sakit sebab malas nak kerja haha; mencari alasan terbaik bila kerja sekolah tak siap; ikut jalan shortcut bila jalan jem dsb.

Dari kamus saya, kreatif bermaksud berkenaan atau melibatkan ciptaan. Ada juga yang memberi maksud pemikiran imaginatif. Malangnya contoh-contoh ayat yang diberi hanya bertumpu kepada artist atau orang seni seperti pelukis, penulis dan penyanyi. Hakikatnya ia memberi maksud yang besar didalam kehidupan sesiapa pun.  Ia ada didalam setiap manusia dan disetiap aspek kehidupan dan bukan hanya pada golongan seni. Ia boleh memberi jawapan penyelesaian kepada mana-mana permasalahan dan boleh meningkatkan taraf hidup.

Kreativiti bukan suatu bakat tetapi ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja jika kena dengan cara dan keadaannya. Ia juga sebenarnya boleh dibentuk menjadi satu tabiat. Oklah bagaimana untuk meningkatkan kreativiti? Caranya ialah dengan:

- menggalakkan ia

- melatih minda

Sebelum ini apa yang kita selalu buat ialah kita tidak menggalakkan ia dengan berkata ‘aku tak reti, aku tak kreatif sangat’. Bila kita berkata begitu, ia telah memberi input kepada minda separa sedar bahawa ia bukan satu perkara yang penting. Cara untuk menggalakkan diri menjadi lebih kreatif ialah dengan memberi perhatian. Anggap saja diri anda kreatif pada bila-bila masa anda memerlukannya. Lihat pada peluang-peluang yang ada dan jalan-jalan yang ada. Buka minda seluasnya. Dengan cara ini minda separa sedar kita akan mula memberi output idea-idea kreatif kepada kita.

Cuba keluar dari kotak dan corak pemikiran yang sama, beri idea yang ‘gila-gila’ sikit. Banyakkan bertanya soalan “Bagaimana jika…”. Contohnya bagaimana jika ia dikecilkan, dibesarkan, dikurangkan, digabungkan, diperlahankan, dimurahkan dan sebagainya. Anda pikirla sendiri!

Keadaan juga memainkan peranan penting seperti tempat yang sesuai, aktiviti tertentu atau bunyi-bunyian yang boleh merangsangkan idea kreatif. Setiap orang ada sesuatu tempat atau ritual tersendiri untuk menghasilkan ilham. Cuba cari apakah yang boleh merangsang anda. Mungkin secawan kopi? Tempat yang sunyi? Lagu rock? Mozart? Tempat awam yang bising? Tapi kebiasaannya kita digalakkan untuk bersendirian tanpa gangguan supaya fokus dan perhatian kita tidak mudah teralih.

Jika duduk dimeja yang sama, dalam keadaan yang sama tidak memberi kita sebarang hasil, cuba ubah kepada persekitaran yang baru seperti pergi berpiknik ditepi sungai ke, laut ke, perpustakaan ke, kat dapur ke, bawah pokok durian ke haha.. Tapi jangan lupa bawa kertas dan pen atau alat perakam.

Untuk melatih minda menjadi lebih kreatif pula, kita perlu cabar segala andaian atau tanggapan kita. Kerana andaian itu hanya andaian selagi ia tidak terbukti. Contohnya “Bagaimana jika saya jual benda ni dengan harga 3 kali ganda lebih mahal?” Cabaran sebegini telah membuatkan sebuah syarikat menggandakan jualannya berbanding idea untuk mengurangkan harga produk yang dijualnya itu.

Satu lagi teknik ialah dengan melihat dan memerhati benda atau perkara yang dapat kita lihat disekeliling kita. Ini dinamakan sebagai random presentation. Gabungkan elemen-elemen yang kadang-kadang tak masuk akal seperti menggabungkan basikal dan beg – maka terhasillah beg yang ada roda!

Kadangkala sewaktu brainstorming memang akan terdengar suara-suara kritikan dari dalam diri kita sendiri, kebiasaannya negatif. Tak semestinya ia berbentuk suara tetapi boleh juga didalam bentuk imej-imej seperti kita berimaginasi sedang gagal. Usah pedulikannya kerana by default suara dalaman atau imej negatif ini terhasil kerana sifat semulajadi manusia yang cuba untuk menyelamatkan diri kita dari perasaan malu. Malu kerana mungkin idea itu akan memberi reaksi atau komen negatif dari orang lain. Oleh itu jangan biarkan kekreativitian kita dibunuh oleh default setting kita sendiri kerana kita tidak boleh menjadi kreatif dan pengkritik pada masa yang sama!

Tips kreativiti ini hanyalah sebahagian dari puluhan tips-tips kreativiti yang ada. Ada masa nanti saya akan tulis lagi Insya-Allah..

Satu lagi kuasa minda yang telah saya bongkarkan! Tak susah untuk mencari matlamat, tak susah untuk berjaya, tak susah untuk kita menjadi lebih kreatif kerana apa yang kita perlu buat hanyalah MEMILIHNYA!

Ye ke?

Share/Save

  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com