BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

BUKU SPIRITUAL MARKETING oleh JOE VITALE

December 10, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi


Baru je habis baca buku Spiritual Marketing yang ditulis oleh Joe Vitale. Ya Joseph G. Vitale atau lebih dikenali sebagai Joe Vitale atau Mr. Fire, satu nama yang sering saya jumpa di dalam internet. Sebenarnya saya baru je perasan – beliau adalah salah seorang presenter di dalam video The Secret! Nampak sangat tak beri perhatian huhu..

Sekali tengok tajuknya macam tajuk keagamaan. Bila tengok isinya sekali imbas, 2 saat yang pertama terus saya tahu buku ini memang untuk saya. Adakah saya ‘attracted’ untuk menemuinya? NtahIah, mungkin ya mungkin tidak, tapi rasanya ya kut hoho! pening pening! Buku ini bukan kisah agama tapi lebih kepada cara bagaimana untuk mencapai perkara apa yang kita benar-benar mahu di dalam hidup dengan pendekatan yang tak pernah kita fikirkan selama ini. Ia dah lama dikeluarkan cuma saya je yang ketinggalan, orang lain semua dah tau.. malu malu..

Apa yang menariknya, buku ini telah memberi suatu perkara baru yang amat penting dan bermakna kepada saya. Tak sangka pula pada permulaannya dia bercerita tentang matlamat, ingatkan beliau nak terus bercerita tentang rahsia pemasaran yang canggih dan teknikal. Seperti yang telah saya tulis didalam ebook saya sebelum ni Panduan Matlamat – matlamat dan pegangan kepercayaan kita adalah saling berkait rapat, ia adalah penentu pencapaian matlamat – juga ada diterangkan di dalam buku ini.

Bukan teknik ni tak canggih, tapi ia sebenarnya lebih canggih dari canggih! Mudah pulak tu, just guna minda saja – satu software yang dah memang sedia ada di dalam setiap diri manusia, kurniaan dari Allah s.w.t. Cuma siapa yang sedar dan tahu keupayaan software ni saja yang boleh melakukannya.

Selepas habis membacanya baru saya dapat gambaran sebenar apa yang beliau nak sampaikan. Ia berkenaan Law of Attraction versi awal dan selepas membacanya baru saya dapat faham dengan lebih jelas tentang apa yang di bebelkan didalam video The Secret.

Mungkin anda pernah dengar kata-kata ini :

  • “Memasak dengan penuh rasa kasih sayang” - baru makanan jadi sedap.
  • “Buat dengan sepenuh hati dan perasaan” - baru dapat capai apa yang kita mahu.

Buku ini ada memberikan penjelasan yang terperinci berkenaan apa yang di maksudkan dengan kata-kata diatas, apa kesan positif kepada kita dan bagaimana untuk mempraktikkannya di dalam kehidupan untuk mendapatkan apa yang ingin kita capai, apa yang kita mahu lakukan, apa yang kita mahu miliki dan apa yang kita mahu jadi. Yang paling best ialah bagaimana hendak gunakannya di dalam perniagaan internet! Nak tau apa rahsianya? Senang saja.. buatlah bisnes dengan sepenuh hati, buatlah apa saja dengan sepenuh hati garenti hasilnya memuaskan!

Nak tahu siapa yang telah saya attract dengan teknik ini? Smartzul! hohoo..! Magic.. magic.. Hari ni saya telah mendapat balasan email dari beliau yang menggembirakan saya, yang saya tunggu selama beberapa minggu ini. Tak dinafikan, ia terhasil dengan cara misteri. Jangan salah anggap pulak, saya tak pakai bomoh siam tau haha.. Satu kebetulan lagi ialah, hari ini juga saya mendapat sales yang sudah lama saya tunggu-tunggu (ada la dekat 20 hari hehe)! Nampak macam kebetulan kan? Buku inilah yang telah mengajar saya tekniknya, sebab itu jugalah saya teruja untuk membuat post untuk hari ini!

Bagaimana caranya ia boleh berhasil, kita tak perlu tahu, just guna saja. Seperti handphone, kita tak perlu tahu bagaimana ia bekerja, bagaimana suara orang yang jauhnya beratus batu boleh keluar dari speaker handphone kita, yang penting kita cuma perlu tahu bagaimana hendak menggunakannya, itu sahaja. Hasilnya tunggu dan tawakkal saja.

Buku ni saya jumpa di perpustakaan semalam, setebal 125 pages, tak tebal mana, buku kecik je, hari ni baru habis baca. Tak sangka pula di internet pun ada. Berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam, boleh baca secara online (dalam format pdf) di:

http://www.mrfire.com/spirit/spiritual-marketing-rev2.pdf

Share/Save

TIPS MENINGKATKAN KREATIVITI

December 03, 2009 By: enemdy Category: motivasi

Ia ditulis ‘meningkatkan’, bukan bagaimana untuk menjadi kreatif. Kerana didalam kehidupan seharian, kita dah sememangnya kreatif. Contohnya seperti jumpa doktor mintak MC, berlakon sakit sebab malas nak kerja haha; mencari alasan terbaik bila kerja sekolah tak siap; ikut jalan shortcut bila jalan jem dsb.

Dari kamus saya, kreatif bermaksud berkenaan atau melibatkan ciptaan. Ada juga yang memberi maksud pemikiran imaginatif. Malangnya contoh-contoh ayat yang diberi hanya bertumpu kepada artist atau orang seni seperti pelukis, penulis dan penyanyi. Hakikatnya ia memberi maksud yang besar didalam kehidupan sesiapa pun.  Ia ada didalam setiap manusia dan disetiap aspek kehidupan dan bukan hanya pada golongan seni. Ia boleh memberi jawapan penyelesaian kepada mana-mana permasalahan dan boleh meningkatkan taraf hidup.

Kreativiti bukan suatu bakat tetapi ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja jika kena dengan cara dan keadaannya. Ia juga sebenarnya boleh dibentuk menjadi satu tabiat. Oklah bagaimana untuk meningkatkan kreativiti? Caranya ialah dengan:

- menggalakkan ia

- melatih minda

Sebelum ini apa yang kita selalu buat ialah kita tidak menggalakkan ia dengan berkata ‘aku tak reti, aku tak kreatif sangat’. Bila kita berkata begitu, ia telah memberi input kepada minda separa sedar bahawa ia bukan satu perkara yang penting. Cara untuk menggalakkan diri menjadi lebih kreatif ialah dengan memberi perhatian. Anggap saja diri anda kreatif pada bila-bila masa anda memerlukannya. Lihat pada peluang-peluang yang ada dan jalan-jalan yang ada. Buka minda seluasnya. Dengan cara ini minda separa sedar kita akan mula memberi output idea-idea kreatif kepada kita.

Cuba keluar dari kotak dan corak pemikiran yang sama, beri idea yang ‘gila-gila’ sikit. Banyakkan bertanya soalan “Bagaimana jika…”. Contohnya bagaimana jika ia dikecilkan, dibesarkan, dikurangkan, digabungkan, diperlahankan, dimurahkan dan sebagainya. Anda pikirla sendiri!

Keadaan juga memainkan peranan penting seperti tempat yang sesuai, aktiviti tertentu atau bunyi-bunyian yang boleh merangsangkan idea kreatif. Setiap orang ada sesuatu tempat atau ritual tersendiri untuk menghasilkan ilham. Cuba cari apakah yang boleh merangsang anda. Mungkin secawan kopi? Tempat yang sunyi? Lagu rock? Mozart? Tempat awam yang bising? Tapi kebiasaannya kita digalakkan untuk bersendirian tanpa gangguan supaya fokus dan perhatian kita tidak mudah teralih.

Jika duduk dimeja yang sama, dalam keadaan yang sama tidak memberi kita sebarang hasil, cuba ubah kepada persekitaran yang baru seperti pergi berpiknik ditepi sungai ke, laut ke, perpustakaan ke, kat dapur ke, bawah pokok durian ke haha.. Tapi jangan lupa bawa kertas dan pen atau alat perakam.

Untuk melatih minda menjadi lebih kreatif pula, kita perlu cabar segala andaian atau tanggapan kita. Kerana andaian itu hanya andaian selagi ia tidak terbukti. Contohnya “Bagaimana jika saya jual benda ni dengan harga 3 kali ganda lebih mahal?” Cabaran sebegini telah membuatkan sebuah syarikat menggandakan jualannya berbanding idea untuk mengurangkan harga produk yang dijualnya itu.

Satu lagi teknik ialah dengan melihat dan memerhati benda atau perkara yang dapat kita lihat disekeliling kita. Ini dinamakan sebagai random presentation. Gabungkan elemen-elemen yang kadang-kadang tak masuk akal seperti menggabungkan basikal dan beg – maka terhasillah beg yang ada roda!

Kadangkala sewaktu brainstorming memang akan terdengar suara-suara kritikan dari dalam diri kita sendiri, kebiasaannya negatif. Tak semestinya ia berbentuk suara tetapi boleh juga didalam bentuk imej-imej seperti kita berimaginasi sedang gagal. Usah pedulikannya kerana by default suara dalaman atau imej negatif ini terhasil kerana sifat semulajadi manusia yang cuba untuk menyelamatkan diri kita dari perasaan malu. Malu kerana mungkin idea itu akan memberi reaksi atau komen negatif dari orang lain. Oleh itu jangan biarkan kekreativitian kita dibunuh oleh default setting kita sendiri kerana kita tidak boleh menjadi kreatif dan pengkritik pada masa yang sama!

Tips kreativiti ini hanyalah sebahagian dari puluhan tips-tips kreativiti yang ada. Ada masa nanti saya akan tulis lagi Insya-Allah..

Satu lagi kuasa minda yang telah saya bongkarkan! Tak susah untuk mencari matlamat, tak susah untuk berjaya, tak susah untuk kita menjadi lebih kreatif kerana apa yang kita perlu buat hanyalah MEMILIHNYA!

Ye ke?

Share/Save

SOFTWARE MANUSIA YANG TERHEBAT – MINDA SEPARA SEDAR

January 24, 2009 By: enemdy Category: motivasi

Kita ada 2 jenis minda:

  1. Minda sedar (conscious mind)
  2. Minda separa-sedar (subconscious mind)

Setiap minda itu ada ada tugasannya sendiri.

Minda sedar – memberi arahan kepada minda separa sedar. Ia umpama seorang big boss.

Minda separa sedar – menerima apa sahaja yang diberikan oleh big boss (minda sedar). Tidak kira ia berupa arahan negatif mahupun positif, ia akan menerimanya dan melaksanakan tugasnya tanpa sebarang bantahan. Ia umpama kuli yang diberi gaji oleh big boss.

Selepas arahan diterima, ia akan menggerakkan semua mekanisma anggota badan untuk menyelesaikan segala tugasan berdasarkan arahan yang telah diberi dari minda sedar.

Lihat diri anda sekarang, tabiat buruk, baik, berjaya, gagal, murung, happy, ceria, tension, pemalas, rajin dan apa saja sifat dan nilai yang ada pada diri anda sekarang.

Siapa diri anda sekarang itulah hasil dari apa yang telah anda suapkan kepada minda sedar anda sebelum ini.

Oleh itu, berhati-hati tentang apa yang anda sebutkan dan apa yang anda fikirkan kerana ia akan benar-benar terjadi!

Berfikir dengan positif, secara automatik anda akan bertindak secara positif. Itulah kehebatan minda satu makhluk yang dinamakan MANUSIA.

Gunakanlah built-in ‘software’ yang telah diberikan secara percuma oleh Tuhan ini dengan sebaik mungkin.

Saya sendiri sedang menggunakan software ini dan ternyata ia berkesan!

Share/Save

  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com