BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

4 ALASAN YANG PALING TERUK UNTUK TIDAK MENETAPKAN MATLAMAT

January 15, 2010 By: enemdy Category: motivasi

1. “Aku takda masa”

Bunyinya seperti kita ni seorang CEO atau seseorang yang terlalu sibuk melakukan perkara yang teramat-amat penting. Mungkin nak gosok gigi pun tak sempat. Jika kita tiada masa langsung untuk mengejar impian atau matlamat untuk memperbaiki kualiti hidup, ini mungkin bermakna 1) Kita tidak tahu meletakkan keutamaan 2) kita tidak menguruskan masa dengan betul ATAU kedua-duanya sekali.

Penyelesaian: Buat analisa tentang pengisian masa kita disepanjang hari. Tentukan kerja-kerja mana yang penting dan mana yang urgent. Penting dan urgent bukan perkara yang sama! Pilih mana yang boleh ditangguhkan dan mana yang tak perlu dilakukan – contohnya tengok tv hehe… Ini akan dapat menambahkan masa free kita. Berikan sedikit ruang masa untuk diri kita sendiri walaupun ianya 30 minit setiap hari. Gunakan masa yang ada ini untuk menumpukan kepada usaha mencapai matlamat kita seperti kesihatan, keluarga atau kewangan.

2. “Aku kena belajar kesemuanya dulu sebelum dapat membuatnya”

Ini ialah tabiat perfectionist yang boleh membuatkan kita selalu merasa kecewa atau langsung tak buat apa-apa. Ia akan menjadi batu penghalang yang besar kepada kemajuan diri dan produktiviti kita. Yang pastinya kita tidak boleh bermula dengan terus menjadi profesional kecuali bermula sebagai orang baru – beginner, rookie, newbie.

Penyelesaian: Kita perlu mencuba terlebih dahulu sebelum boleh mengatakan mana satu yang terbaik untuk kita. Caranya lakukan saja terlebih dahulu. Lupakan saja niat kita untuk mencapai kesempurnaan. Buat saja, belajar sewaktu melakukannya dan terus apply-kan apa yang telah kita belajar secepat mungkin. Mungkin ia tidak mencapai sasaran yang kita hajati tetapi ada pengajaran yang amat berharga untuk kita pelajari dari pengalaman itu. Apa yang penting kita perlu bereksperimentasi dan mencuba-jaya (trial-and-error). Ingat, kita bukan gagal kerana tidak mencapai matlamat tetapi gagal kerana tidak mencuba.

3. “Aku dah terlalu tua/Aku terlalu muda sangat”

Setiap peringkat umur ada halangannya. Sewaktu muda, kita cukup bertenaga dan optimistik tetapi kekurangan pengalaman dan kepandaian. Ketika meningkat dewasa, kita semakin berpengalaman dan berpengetahuan untuk membuat keputusan yang bijak tetapi pada masa yang sama kita mungkin merasa kekurangan tenaga. Keadaan tidak menyebelahi kita, keadaan tidak sempurna untuk kita sebagai manusia. Ada saja perkara yang kurang dan ada yang lebih.

Penyelesaiannya: Apa yang lebih penting ialah adakah kita akan melakukan yang terbaik dengan apa saja sumber yang kita ada pada umur sekarang? Umur bukan kayu pengukur untuk mencipta apa-apa pencapaian tetapi persoalannya berapa lama kita boleh menjadi produktif. Sejak umur berapa kita boleh mula menjadi produktif? Sehingga umur berapa kita boleh menjadi produktif? Kemudian lihat umur kita pada waktu sekarang dan lihat ada berapa tahun lagi kita boleh menjadi produktif? Lihat ke hadapan dan tentukan apa yang boleh kita lakukan untuk mengisi waktu produktif tersebut. “Aku dah terlambat” bukan cara pemikiran orang yang berjaya. Sebaiknya “Aku akan lakukannya sekarang” adalah lebih sesuai.

4. “Aku memang betul-betul nak buat, tapi aku takda __”

Biasalah alasan macam ni. Kita tak boleh buka perniagaan kerana tak cukup modal, kita tak dapat kerja tu sebab tak ada kelayakan, kita tak dapat __ sebab tak ada __. Alasan sebegini umpama kita memerlukan sesuatu sumber itu dahulu sebelum dapat melakukan sesuatu (ini cuma alasan untuk mengelak melakukan sesuatu perkara itu betul tak?)

Penyelesaiannya: Kita berfikir bahawa kita selalu terhalang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan sumber itu. Hakikatnya ia bukan sebab utama. Oklah, tak mengapa jika kita dah tahu apa yang kita “kurang” atau “tiada” itu. Langkah seterusnya ialah apa yang mesti kita lakukan mengenainya? Sebagai contoh kita tak semestinya perlukan puluhan atau ratusan ribu ringgit untuk mula membuka perniagaan. Kita tak semestinya perlukan Phd, Master atau Degree untuk mendapatkan sesuatu kerja tu. Tumpukan kepada apa yang kita ada sekarang dan bukan menumpukan kepada apa yang kita tiada – pasti kita akan nampak lebih banyak pilihan, peluang, cara dan jalan penyelesaian.

Share/Save

TIPS 30 MINIT SEHARI

January 06, 2010 By: enemdy Category: motivasi

Selalu kita dengar orang berkata “Takda masa.. terlalu sibuk”. Apa kata dari 24 jam sehari yang kita ada, kita ambil 30 minit saja, takkan 30 minit pun tak boleh kut..? Come on la bro..

Bagaimana jika kita dapat meluangkan masa hanya 30 minit sehari, pada setiap hari selama setahun melakukan sesuatu aktiviti yang dapat memberi sesuatu yang berguna kepada diri, memajukan diri, membina diri, luang masa untuk keluarga, membaca, bersenam, membuat kerja-kerja mencapai matlamat dan sebagainya.

30 minit sehari bererti 10950 minit = 182.5 jam = 7.6 hari di dalam masa setahun.

Ini bererti dalam setahun anda telah meluangkan masa selama lebih kurang 8 hari. Ia umpama anda telah melakukan aktiviti tersebut selama 8 hari berturut-turut tanpa makan, minum, rehat, tidur dan tanpa gagal. 24/8!

Bayangkan apa yang akan kita dapat!

Bagaimana pula dengan 1 jam atau 2 jam sehari? Berkali ganda tu bro..

Oklah, macamana pula kalau kita tengok TV selama 3 jam atau tidur selama 10 jam setiap sehari? Hoooo… Cuba anda kira sendiri, berapa totalnya untuk setahun?

Dah berapa banyak masa yang telah kita bazirkan setiap hari dengan menonton TV, terlebih tidur, buat benda bukan-bukan, berchatting kosong. Tadi kata takda masa, terlalu sibuk, tapi buleh tengok tv pulak?? Cemana tu bro?

Masa itu emas bro.. masa yang lepas tak akan kembali melainkan ada orang jual time machine kat ebay. Jangan gantikan emas dengan TV bro (ada sebab kenapa perkataan TV di ulang-ulang) :-P

Dengan itu, marilah kita sama-sama menggunakan masa yang ada ni sebaik mungkin. Gantikan masa yang tak berfaedah tu kepada sesuatu yang lebih produktif – walaupun ia mengambil masa hanya 30 minit!!

Share/Save

TIPS KEBAHAGIAAN YANG SANGAT SIMPLE

January 02, 2010 By: enemdy Category: Personal, motivasi

Salam 2010, salam 1 Malaysia,

Harap anda berada dalam keadaan bahagia hendaknya. Semoga tahun baru ini akan memberikan kita lebih kebahagiaan. Satu topik yang penting sebagai pemula tahun baru twenty-ten ini – kebahagiaan. Siapa tak mahu kebahagiaan?

Kepada yang merasakan diri mereka masih belum memiliki kebahagiaan, disini saya akan kongsikan satu petua bagaimana untuk membahagiakan diri anda, ya SATU petua saja. Petuanya ialah JANGAN TUNGGU SEHINGGA KEBAHAGIAAN TIBA!

Kebahagiaan itu ada pada waktu SEKARANG, ia sedang berada dimana kita sedang BERADA.

Let me explain..

Kenapa perlu tunggu sehingga kita dapat capai sesuatu kemudian baru kita nak rasa bahagia tetapi sementara menunggu ketibaannya kita rasa ‘tak bahagia’?

Kebahagiaan itu bukanlah suatu destinasi tetapi sebenarnya  ia adalah sesuatu yang kita boleh nikmati sewaktu perjalanan mencapai sesuatu hajat atau matlamat.

Contohnya sewaktu kecil kita tak sabar untuk menunggu dewasa – berhajat untuk mencapai kebebasan. Bila dah dewasa berhajat nak lulus SPM kemudian nak masuk universiti lepas tu nak kerja dapat gaji dapat duit untuk buat apa saja, nak kawin, nak dapat anak, nak beli kereta, nak beli rumah, akhir sekali berhajat nak selesaikan hutang! kwang kwang kwang.. Dan macam-macam hajat lagi yang tak berkesudahan.

Kebiasaannya harapan yang kita letakkan pada setiap pencapaian hajat tersebut ialah kebahagiaan. Bahagia bila dah kaya, bahagia bila anak dah dewasa, bahagia bila dapat kahwin, bahagia bila dah pencen, bahagia bila tiada apa-apa masalah lagi dsb. Sedarkah kita berapa lama nak tunggu saat bahagia macam tu? Bila dah capai hajat, kononnya rasa dah bahagia, lepas tu apa? Kemudian apa lagi kehendak yang kita nak capai untuk capai ‘lebih bahagia’? Tiada kesudahan.

Satu lagi kesilapan kita ialah sering memberi perhatian kepada perkara-perkara yang kita tak ada atau masih belum ada, belum dapat. Memang patutlah kita selalu rasa ada kekurangan, rasa tak best dan kurang bahagia kerana memberi fokus kepada apa yang kita tiada! Bersyukur dengan apa yang ada ialah salah satu jalan untuk kita merasa bahagia. Tengok saja gambar orang tua atas tu.. gigi tak ada pun boleh ketawa dengan bahagia hehe..

Jadi, apa kata kalau kita nikmati kebahagiaan itu disini dan sekarang juga. Tak kira kita berada di dalam apa keadaan sekali pun. Tak kira berapa banyak harta yang kita ada. Tak kira apa sahaja yang kita miliki. Tak kira walau berapa pancaindera yang kita ada. Tak kira samada kita cacat atau kurang sempurna. Fokuskan kepada apa yang kita ada, bukan kepada apa yang kita tiada, mudah-mudahan kita akan lebih berasa bahagia.

Apa Yang Anda Perlu Untuk Bahagia?

Kereta BMW? Duit berjuta? Anak sepuluh orang? Isteri 4?

Apa kata kalau kita merasai kebahagiaan itu sekarang?

Dengan sepasang mata yang masih boleh melihat, telinga yang boleh mendengar, kaki yang boleh berjalan – apa saja yang kita ada, yang masih boleh berfungsi dengan baik. Luangkan masa bersama yang tersayang, bersembang dengan rakan, tengok wayang, piknik di tepi sungai, hadiri majlis ilmu di surau, tengok dvd cerita don’t mess with Zohan haha.. kelakar gila citer ni. Nah.. ada banyak cara untuk merasakan bahagia.

Walaupun saya menghadapi beberapa masalah ketika ini tetapi itu tidak menghalang saya untuk mengecapi kebahagiaan. Saya boleh melihat keindahan alam, gerhana bulan yang cantik, saya masih boleh merasa makanan yang sedap. Saya masih boleh isi minyak kereta, membawa isteri dan anak-anak pergi berjalan-jalan, berkaraoke, bawa anak main bumper car, makan pizza dsb, mereka seronok, saya pun merasa bahagia.

Saya pun ada misi yang mesti dicapai, apa yang penting ialah bukan merasa bahagia sewaktu telah mencapainya tetapi menikmati kebahagiaan dan keseronokan di sepanjang perjalanan tersebut kerana waktu perjalanan itu lebih panjang dari saat saya akan mencapai hajat itu.

Tak, saya tak mau cerita tentang kebahagiaan kekal di akhirat nanti, itu lain cerita, itu saya tahu. Saya cerita tentang sekarang, waktu sekarang, waktu kita berada di dalam dunia ni. Jangan seksa diri kita dengan mengatakan tidak akan bahagia selagi tidak mencapai apa yang kita mahu.

Mulai sekarang anda juga boleh menikmati kebahagiaan dengan menukar takrifan bahagia anda yang lama kepada yang baru. Jangan letakkan bahagia itu dihujung matlamat. Syukur dengan apa yang ada dan jangan tangguhkan kebahagiaan anda lagi.

Jangan TUNGGU lagi, kerana kebahagiaan itu sentiasa ada DI SINI dan SEKARANG!

Share/Save

PENYAKIT JUTAWAN WANN ‘ABE’ SEMAKIN MENJADI-JADI

December 11, 2009 By: enemdy Category: Lain-lain, Perniagaan Internet, Personal, motivasi

Aku terdorong untuk menulis post dengan keyword ‘jutawan’ ini kerana aku dah tak tahan. Tak bley tahan lagi! Tak boleh tahaaaannnnn!

Setiap kali aku pergi ke kedai buku, perpustakaan, masuk blog orang tempatan, masuk blog orang putih, terlihat iklan peraduan, terdengar iklan di radio, bukak email, masuk website, poster spam tepi jalan, banner-banner iklan di website yang bersinar-sinar, menghelit-ghelit macam gelang emas Mami Tanjung…

NAK TAU APA BENDA YANG SAMA SERING aku terdengar, terbaca dan terlihat berulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali?

JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN! KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT WANG WANG WANG WANG WANG WANG WANG KAYA KAYA KAYA

ARGHHHHH…..!!!!!!!!

Alamak macam MAT SPAM pulak dah aku ni.

Apa punya penyakit la orang zaman ni??

Dalam kepala hotak tu takde pikir benda lain ke? Asyik pikir nak jadi jutawaaaannnn aje ke? Tapi tak jugak jadi jutawan lagi. Sembang dah macam jutawan, tulis jutawan, makan jutawan, peraduan jutawan, kentut jutawan, berak jutawan, email jutawan, website jutawan.

APA KORANG SEMUA DAH GILA JUTAWAN KEEE HAAAAAAHHH??!! (Marah gaya Nasir Bilal Khan)

KE AKU SORANG JE YANG GILA SEBAB TAK MAKAN, MINUM, TULIS JUTAWAN?? toink toink!

Aku tau la semua orang nak jadi jutawan, tapi sudah-sudah lah tuuu, bawak bertenang, jangan di ikutkan sangat perasaan nak jadi jutawan engkau tu.. Tak payahlah keluarkan buku banyak-banyak pasal cemana nak jadi jutawan lagi, buatlah cerita lain, cerita burung terbang ke, cerita cemana nak jadi miskin ke.. huh!

Seingat aku sebelum Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi muncul sebagai selebriti jutawan dan icon jutawan, takda la banyak sangat kisah dan tips-tips nak jadi jutawan. Sebaik saja beliau menghasilkan buku yang berkeywordkan Jutawan, terus spora-spora cendawan jutawan berterbangan ke seluruh Malaysia.

Secara tiba-tiba juga semakin ramai yang cuba jadi penulis dan menulis tentang kewangan dan kejutawanan – kononnya pakar kewangan – yang datang entah dari semak belukar mana entah. Semenjak itu masing-masing mula memasang niat hendak menjadi jutawannnnn… begitulah al-kisahnya… betul tak betul, sukahati aku, aku rasa betul!!

Dulu manusia sembah berhala tapi sekarang manusia dah mula menyembah duit pulak dah ke?

Awatnya bersembang tak berhenti-henti pasal jutawan ni hah? Pasal duit, pasal harta, pasal kaya..

Sudah-sudah lah tu abang, adik, kakak.. janganlah serius sangat bercerita tentang jutawan tu, bawak rileks sikit, tenangkan fikiran, buat cerita pokok ke benda hijau-hijau ke kan best.. Takut nanti tertekan pulak sebab hari-hari cerita pasal jutawan sebab nak jadi jutawan tapi tak jutawan-jutawan lagi.

Abang, adik, kakak.. simpan dulu cerita jutawan tu. Nanti dah jadi jutawan nantii.. baru start balik cerita pasal jutawan semula ok! Bila dah jutawan nanti tulis buku pasal jutawan, bagi tips-tips yang sama untuk jadi jutawan lagi ok! Kalau abang ada duit nanti abang beli buku adik ok.. tapi emm.. rasanya kalau ada duit pun abang tak beli kot?? Sori ek..

Aku rasa ada dekat 100 keyword ‘jutawan’ dalam single post ni ha.. Memandangkan arus gila jutawan semakin menggila sekarang ni, aku pun rasa tak mau ketinggalan bas, so aku letak satu tag baru dalam blog ini yang dinamakan ‘gila jutawan’ dan ‘gila kaya’. Supaya aku pun boleh tulis tips-tips bagaimana nak jadi jutawan, kisah jutawan, siapa dia jutawan.. Amacam setuju? BOLEH?

Ni ada pantun sikit untuk penggila jutawan:

Kisah jutawan ada di mana-mana, iklan jutawan merata-rata, semua orang berkata-kata, boleh bikin aku jadi gila!

Hahaha.. saje je nak naik angin sikit pagi-pagi ni, bukan apa, aku cari maklumat tertentu kat internet tadi, dah le internet connection slow.. yang aku tensionnya, benda yang aku cari tak keluar, tapi yang keluar asyik-asyik kisah jutawan, asyik-asyik kisah kekayaan, kisah wang ringgit, duit, kaya dan yang sekutu dengannya.

Ditambah pulak lagi, siap bergambar dengan duit pulak lagi.. aduaiiiii.. posing baek punya, kat tangan bersusun duit RM50 haha.. takde la banyak sangat pun, ada la dalam 3-4 ratus aku rasa, kalau camtu duit simpanan anak aku lagi banyak! Dah tu hang dok eksyen sangat dengan RM300 tu apekehenye yeop? Tu yang aku bertambah hangin tu kakakaka..

Konon hang tunjuk hang kaya dengan gaya jemsbon tu boleh tarik customer ka? Jutawan sebenar tak payah tunjuk duit pun.. Mungkin hang boleh tarik orang dengan cara tu sebab rata-rata manusia memang mata duitan.

Tapi tak ke nampak macam Jebon kalau hang buat lagu tu? Bukan Jebon cerita P. Ramlee tu, tapi ni Jebon lain, Jebon Hamba Duit! Poyo sangat.. Buleh bertahan ke bisnes kalau gaya macam Jebon? Tau nak duit je, tau nak jadi jutawan je, hati customer? – “mampus kau lah aku tak peduli janji aku kaya sudah!”

Haa kan.. dengan kelambu-kelambu sekali aku dah bakar..

Oklah oklah bawak ngucap bawak ngucap…. astaga… apa nak jadi aku ni..??

PERHATIAN: Sesungguhnya duit tu adalah HAMBA kita yang paling baik sekali, tapi ingat, ia akan menjadi TUAN yang paling teruk jika kita menjadi hambanya!!

MAAFKAN SAYA JIKA TERKASAR BAHASA dan MEMBUAT ANDA RASA TERSINGGUNG (sopan semula, guna pengganti diri ’saya’ dan ‘anda’ selepas cool down, marah kalu, guna ‘aku’ dan ‘korang’ haha..)

P/S: Err.. ada request tak untuk aku teruskan bercerita pasal jutawan? Tips jutawan? Anybody? Somebody? Jutawan? Mau? Wang tambahan? Duduk diam dapat duit? Goyang telur kaki dapat duit? Jana pendapatan mudah? 3 hari boleh jadi jutawan? Helo..?

Share/Save

  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com