THE SEARCH IS OVER
Salam semua, lama betol aku tak update blog ni. Sememangnya aku ialah seorang blogger yg sucks. Tak update sebab aku sedang sibuk menjalani proses restructuring.
Dan aku rasa blog ni pun kena restructure jugak supaya ia align dengan perubahan pada kehidupan aku skang ni. Tengok le dalam sedikit masa lagi. Mana-mana post yang aku rasa berguna untuk pencari maklumat akan aku biarkan. Bulan depan Insya Allah akan ada post yg baru yg takkan sama dengan tema sebelum ini iaitu perniagaan internet. Kategori motivasi akan dikekalkan.
Perniagaan internet akan dihentikan serta merta. No more. Enough is enough. Bukan sebab tak masyhuk tapi aku telah menemui sesuatu yg baru yg lebih sempoi, lebih gempar dan lebih pedas. Buat masa ini biarlah aku merahsiakannya dahulu sebab ramai kawan-kawan aku sedang mencari info terkini pasal aku huhuu.. Biarkan mereka tertanya-tanya kemanakah menghilangnya aku sebulan dua ni hehehe.. jahat..
The search is over. Hasil pencarian selama 7-8 tahun telah berakhir pada bulan Mac 2010 ini. Apa yg aku cari tak perlu tau. Tapi yg penting aku dah jumpa. So apa yg korang perlu tau dan belajar dari post ini? Ini bukan personal diari. But there is something for you here worth a read.
Let me explain…
Sepanjang 8 tahun ini aku mencari (bukan cari orang atau kucing yg hilang) dan aku tak pernah berhenti. 8 tahun adalah waktu yang amat sukar. Sedih, pedih dan terpeleot aku lalui dengan tabah dan redha. Kadang-kadang terkucil juga dalam seluar. Walaupun aku tau ia adalah satu proses perjalanan, dan aku sedar bahawa hanya masa yg akan menentukan tapi ada masanya aku rasa seperti nak berputus asa dan hentikan saja pencarian ini.
Namun aku berjaya memujuk diri dan bangun semula setiap kali jatuh. Kalau tak boleh bangun, aku merangkak. Merangkak dengan perlahan pun tak apa, asalkan tidak terus mengaku kalah bila lepas tertiarap.
Aku tau harapan dan penyelesaian itu sentiasa ada sebab itu aku tak mau mengalah langsung. Aku masih ‘berdegil’. Apa yang dilakukan ialah meneruskan pencarian tanpa mengira penat, wang dan masa. Aku percaya masa itu akan tiba. Ya, memang ia tiba jugak akhirnya selepas 8 tahun..
Setiap masalah yg tiba sepanjang 8 tahun tu aku selesaikan satu persatu. Kalau tersangkut, fikir dan buka minda seluas mungkin untuk melihat pilihan-pilihan yg ada. Ada banyak jalan penyelesaian. Pilih mana yang sesuai. Tak menjadi, cuba yg lain, tak selesai jugak, next try.. sampai selesai!
Terlajak kalu, think again. Ask yourself – “What do I really really want?” Then go for it. Jalan semula. Yg penting kena tau apa yg kita betul mahu. Kalau tak mahu jangan fikir panjang lagi, jangan buat lagi, stop. Cari apa yg kita mahu saja.
Kalau di pikirkan dengan cara pikiran sempit pasti kita akan anggap semua usaha tu sia-sia. Jangan buat apa-apa kesimpulan lagi. Perhatikan betul-betul.. tak nampak? Amati lagi… sampai nampak. Setiap lorong yg kita lalui tu ada hikmahnya tersendiri.
Aku dah nampak sekarang, apa maknanya perjalanan hidup aku sejak 8 tahun lepas hingga sekarang. Every step adalah saling berkait di antara satu sama lain. Semuanya nampak jelas dan aku dah betul-betul faham sekarang. Lalu aku bersyukur. Katakan aku tak mahu berusaha langsung, mungkin ia akan mengambil masa yg lebih panjang atau mungkin tak capai apa-apa langsung. Cukuplah 8 tahun!
The point is, never stop.
Just do it and do it and do it again and again and again sampai dapat. Setiap usaha pasti ada ganjarannya cuma kita tak tahu bila kita akan menerimanya. Ini ialah antara matlamat terbesar aku dan kini ia sudah semakin hampir untuk tercapai! Hasil dari cubaan demi cubaan. Buat sehingga yakin bahawa ia betul-betul tak beri hasil yg diharapkan, stop aje. Penting juga untuk mengetahui bila nak berhenti ni, lepas tu, next. Kalau tidak buang masa je. Bereksperimentasi.
Semua pengalaman ini betul-betul membentuk (shaping) minda aku. Ia telah menghasilkan satu falsafah hidup baru yg lebih baik untuk membantu aku di masa hadapan.
Kesimpulannya, usahakan saja apa yg kamu nak dan jangan sesekali berhenti. Tetapkan matlamat, peganglah ia sehingga tiba ke destinasi. Setiap usaha adalah berbaloi. Setiap usaha ada reward nya yg tersendiri. Bukan sia-sia. So BERUSAHALAH!
P/S: I tell you.. This one is the real breakthrough! Woohoooooo…!! Yaribbaa anggereee anggereee…!!
(apa kena dengan aku ni?? shhh.. rahsia..
)









