OTAI IM MALAYSIA YANG PERNAH SAYA JUMPA
Semenjak 2006 saya pernah jumpa otai-otai IM seperti berikut:
Irfan Khairi (Seminar Perniagaan Internet)
Smartzul (Seminar Buat Duit di Internet Saifulsham)
Sabri & Syazwan (Seminar Buat Duit di Internet Saifulsham)
Shuth (Kelas Adsense)
Kidino (Kelas Adsense)
Gobala Krishnan (Kelas Adsense)
Sunny Tan (Kelas Adsense)
Tazilan (Seminar Saifulsham)
Irwan Dahnil (Seminar Protege Saifulsham, pernah satu sekolah dulu)
Catzer (Kelas Adsense)
Bitol & Najmi (Seminar Protege Saifulsham)
Zaki Yusof (Bengkel Website)

Dan ada beberapa lagi yang mungkin saya tak perasan kerana waktu itu mungkin mereka masih baru, tapi sekarang mungkin dah otai. Otai Senyap haha.. Kebanyakannya saya jumpa waktu kursus je..

Otai-otai ni tak semestinya nama-nama yang besar dan popular yang selalu kita dengar atau lihat dalam forum-forum perniagaan internet saja. Ada sesetengah dari mereka ni dah tak aktif dalam forum, mungkin aktif sewaktu mula-mula dulu je. Bila masing-masing dah semakin sibuk dengan perniagaan yang semakin berkembang maju tu maka semakin payah le nak jumpa post-post mereka tu . Saya tahu ada juga otai yang tak suka masuk forum diatas sebab-sebab yang tertentu.

Ada yang penah saya bersalam, bersembang, bergambar, berkursus, berautograf dan ber aper lagi eh..? Tapi bukan itu yang penting tetapi yang penting ialah apa yang kita dapat dari mereka. Dapat ilmu dan rasa termotivasi untuk melakukan apa yang telah mereka ajar. Kalau beruntung, dapat berkawan dengan mereka lagi best.

Otai-otai yang masih saya belum jumpa lagi (tapi nak jumpa) ialah seperti Zamri Nanyan, Patric Chan, Noorizam, Alang dan banyak lagi..
Cemana nak jumpa otai-otai ni?
Caranya pergi aje la kursus-kursus yang mereka tawarkan tu, itu pun kalau ada la.. Kursus yang ada setakat ni ialah seperti banner dibawah ni ha. Cuma Mentor Jutawan Irfan Khairi tu je bukan kursus tapi ebook.













