BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

PENYAKIT JUTAWAN WANN ‘ABE’ SEMAKIN MENJADI-JADI

December 11, 2009 By: enemdy Category: Lain-lain, Perniagaan Internet, Personal, motivasi

Aku terdorong untuk menulis post dengan keyword ‘jutawan’ ini kerana aku dah tak tahan. Tak bley tahan lagi! Tak boleh tahaaaannnnn!

Setiap kali aku pergi ke kedai buku, perpustakaan, masuk blog orang tempatan, masuk blog orang putih, terlihat iklan peraduan, terdengar iklan di radio, bukak email, masuk website, poster spam tepi jalan, banner-banner iklan di website yang bersinar-sinar, menghelit-ghelit macam gelang emas Mami Tanjung…

NAK TAU APA BENDA YANG SAMA SERING aku terdengar, terbaca dan terlihat berulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali?

JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN, JUTAWAN! KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN KAYA KEKAYAAN DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT DUIT WANG WANG WANG WANG WANG WANG WANG KAYA KAYA KAYA

ARGHHHHH…..!!!!!!!!

Alamak macam MAT SPAM pulak dah aku ni.

Apa punya penyakit la orang zaman ni??

Dalam kepala hotak tu takde pikir benda lain ke? Asyik pikir nak jadi jutawaaaannnn aje ke? Tapi tak jugak jadi jutawan lagi. Sembang dah macam jutawan, tulis jutawan, makan jutawan, peraduan jutawan, kentut jutawan, berak jutawan, email jutawan, website jutawan.

APA KORANG SEMUA DAH GILA JUTAWAN KEEE HAAAAAAHHH??!! (Marah gaya Nasir Bilal Khan)

KE AKU SORANG JE YANG GILA SEBAB TAK MAKAN, MINUM, TULIS JUTAWAN?? toink toink!

Aku tau la semua orang nak jadi jutawan, tapi sudah-sudah lah tuuu, bawak bertenang, jangan di ikutkan sangat perasaan nak jadi jutawan engkau tu.. Tak payahlah keluarkan buku banyak-banyak pasal cemana nak jadi jutawan lagi, buatlah cerita lain, cerita burung terbang ke, cerita cemana nak jadi miskin ke.. huh!

Seingat aku sebelum Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi muncul sebagai selebriti jutawan dan icon jutawan, takda la banyak sangat kisah dan tips-tips nak jadi jutawan. Sebaik saja beliau menghasilkan buku yang berkeywordkan Jutawan, terus spora-spora cendawan jutawan berterbangan ke seluruh Malaysia.

Secara tiba-tiba juga semakin ramai yang cuba jadi penulis dan menulis tentang kewangan dan kejutawanan – kononnya pakar kewangan – yang datang entah dari semak belukar mana entah. Semenjak itu masing-masing mula memasang niat hendak menjadi jutawannnnn… begitulah al-kisahnya… betul tak betul, sukahati aku, aku rasa betul!!

Dulu manusia sembah berhala tapi sekarang manusia dah mula menyembah duit pulak dah ke?

Awatnya bersembang tak berhenti-henti pasal jutawan ni hah? Pasal duit, pasal harta, pasal kaya..

Sudah-sudah lah tu abang, adik, kakak.. janganlah serius sangat bercerita tentang jutawan tu, bawak rileks sikit, tenangkan fikiran, buat cerita pokok ke benda hijau-hijau ke kan best.. Takut nanti tertekan pulak sebab hari-hari cerita pasal jutawan sebab nak jadi jutawan tapi tak jutawan-jutawan lagi.

Abang, adik, kakak.. simpan dulu cerita jutawan tu. Nanti dah jadi jutawan nantii.. baru start balik cerita pasal jutawan semula ok! Bila dah jutawan nanti tulis buku pasal jutawan, bagi tips-tips yang sama untuk jadi jutawan lagi ok! Kalau abang ada duit nanti abang beli buku adik ok.. tapi emm.. rasanya kalau ada duit pun abang tak beli kot?? Sori ek..

Aku rasa ada dekat 100 keyword ‘jutawan’ dalam single post ni ha.. Memandangkan arus gila jutawan semakin menggila sekarang ni, aku pun rasa tak mau ketinggalan bas, so aku letak satu tag baru dalam blog ini yang dinamakan ‘gila jutawan’ dan ‘gila kaya’. Supaya aku pun boleh tulis tips-tips bagaimana nak jadi jutawan, kisah jutawan, siapa dia jutawan.. Amacam setuju? BOLEH?

Ni ada pantun sikit untuk penggila jutawan:

Kisah jutawan ada di mana-mana, iklan jutawan merata-rata, semua orang berkata-kata, boleh bikin aku jadi gila!

Hahaha.. saje je nak naik angin sikit pagi-pagi ni, bukan apa, aku cari maklumat tertentu kat internet tadi, dah le internet connection slow.. yang aku tensionnya, benda yang aku cari tak keluar, tapi yang keluar asyik-asyik kisah jutawan, asyik-asyik kisah kekayaan, kisah wang ringgit, duit, kaya dan yang sekutu dengannya.

Ditambah pulak lagi, siap bergambar dengan duit pulak lagi.. aduaiiiii.. posing baek punya, kat tangan bersusun duit RM50 haha.. takde la banyak sangat pun, ada la dalam 3-4 ratus aku rasa, kalau camtu duit simpanan anak aku lagi banyak! Dah tu hang dok eksyen sangat dengan RM300 tu apekehenye yeop? Tu yang aku bertambah hangin tu kakakaka..

Konon hang tunjuk hang kaya dengan gaya jemsbon tu boleh tarik customer ka? Jutawan sebenar tak payah tunjuk duit pun.. Mungkin hang boleh tarik orang dengan cara tu sebab rata-rata manusia memang mata duitan.

Tapi tak ke nampak macam Jebon kalau hang buat lagu tu? Bukan Jebon cerita P. Ramlee tu, tapi ni Jebon lain, Jebon Hamba Duit! Poyo sangat.. Buleh bertahan ke bisnes kalau gaya macam Jebon? Tau nak duit je, tau nak jadi jutawan je, hati customer? – “mampus kau lah aku tak peduli janji aku kaya sudah!”

Haa kan.. dengan kelambu-kelambu sekali aku dah bakar..

Oklah oklah bawak ngucap bawak ngucap…. astaga… apa nak jadi aku ni..??

PERHATIAN: Sesungguhnya duit tu adalah HAMBA kita yang paling baik sekali, tapi ingat, ia akan menjadi TUAN yang paling teruk jika kita menjadi hambanya!!

MAAFKAN SAYA JIKA TERKASAR BAHASA dan MEMBUAT ANDA RASA TERSINGGUNG (sopan semula, guna pengganti diri ’saya’ dan ‘anda’ selepas cool down, marah kalu, guna ‘aku’ dan ‘korang’ haha..)

P/S: Err.. ada request tak untuk aku teruskan bercerita pasal jutawan? Tips jutawan? Anybody? Somebody? Jutawan? Mau? Wang tambahan? Duduk diam dapat duit? Goyang telur kaki dapat duit? Jana pendapatan mudah? 3 hari boleh jadi jutawan? Helo..?

Share/Save

OTAI IM MALAYSIA YANG PERNAH SAYA JUMPA

November 29, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Semenjak 2006 saya pernah jumpa otai-otai IM seperti berikut:

Irfan Khairi (Seminar Perniagaan Internet)
Smartzul (Seminar Buat Duit di Internet Saifulsham)
Sabri & Syazwan (Seminar Buat Duit di Internet Saifulsham)
Shuth (Kelas Adsense)
Kidino (Kelas Adsense)
Gobala Krishnan (Kelas Adsense)
Sunny Tan (Kelas Adsense)
Tazilan (Seminar Saifulsham)
Irwan Dahnil (Seminar Protege Saifulsham, pernah satu sekolah dulu)
Catzer (Kelas Adsense)
Bitol & Najmi (Seminar Protege Saifulsham)
Zaki Yusof (Bengkel Website)

Dan ada beberapa lagi yang mungkin saya tak perasan kerana waktu itu mungkin mereka masih baru, tapi sekarang mungkin dah otai. Otai Senyap haha.. Kebanyakannya saya jumpa waktu kursus je..

Otai-otai ni tak semestinya nama-nama yang besar dan popular yang selalu kita dengar atau lihat dalam forum-forum perniagaan internet saja. Ada sesetengah dari mereka ni dah tak aktif dalam forum, mungkin aktif sewaktu mula-mula dulu je.  Bila masing-masing dah semakin sibuk dengan perniagaan yang semakin berkembang maju tu maka semakin payah le nak jumpa post-post mereka tu . Saya tahu ada juga otai yang tak suka masuk forum diatas sebab-sebab yang tertentu.

Ada yang penah saya bersalam, bersembang, bergambar, berkursus, berautograf dan ber aper lagi eh..? Tapi bukan itu yang penting tetapi yang penting ialah apa yang kita dapat dari mereka. Dapat ilmu dan rasa termotivasi untuk melakukan apa yang telah mereka ajar. Kalau beruntung, dapat berkawan dengan mereka lagi best.

Otai-otai yang masih saya belum jumpa lagi (tapi nak jumpa) ialah seperti Zamri Nanyan, Patric Chan, Noorizam, Alang dan banyak lagi..

Cemana nak jumpa otai-otai ni?

Caranya pergi aje la kursus-kursus yang mereka tawarkan tu, itu pun kalau ada la.. Kursus yang ada setakat ni ialah seperti banner dibawah ni ha. Cuma Mentor Jutawan Irfan Khairi tu je bukan kursus tapi ebook.

Share/Save

CARA HIDUP MINIMALIST

November 29, 2009 By: enemdy Category: Lain-lain, Personal

Dah lama nak tulis tetang topik minimalist ini tapi asyik lupa je sebab sibuk dengan kerja lain. Topik ni saya terjumpa dengan tidak sengaja beberapa bulan yang lepas di internet. Ia merupakan sebuah blog peribadi Leo Babauta iaitu Zenhabits.Net.

Saya amat tertarik dengan cara hidup barunya itu - cara hidup minimalist. Konsepnya mudah, orang yang mengamalkan cara hidup ini hanya mementingkan perkara yang asas, perkara yang penting dan perkara yang perlu sahaja didalam hidup mereka. Mereka meninggalkan cara hidup yang kompleks dan memulakan cara hidup yang dipermudahkan (simplify) dan yang penting mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Apa yang tidak penting atau tidak perlu akan diketepikan, yang tinggal hanya perkara yang utama dan asas sahaja. Sebagai contoh cuba kita lihat benda-benda yang ada didalam rumah kita sendiri. Adakah ia selalu digunakan? Adakah ianya praktikal? Adakah ia hanya disimpan didalam stor dan tidak tahu entah bila hendak digunakan? Adakah semakin hari rumah kita semakin sarat dengan barang-barang yang tak perlu?

Itu baru satu aspek. Sebenarnya beliau mengaplikasi konsep ini didalam seluruh kehidupan beliau termasuklah aspek keluarga, kewangan, kesihatan, cara kerja, pemikiran, sosial dan senang cakap secara keseluruhannya lah. Memang beliau seorang yang fanatik minimalist. Kalau anda perasan ada design website yang bercirikan konsep minimalist! Rekabentuk rumah minimalist, perabot minimalist pun ada.

Tapi bagi saya,  memang saya suka akan rekabentuk-rekabentuk yang simple, mudah dan asas tetapi praktikal. Contohnya lihat sajalah tema wordpress yang sedang saya pakai sekarang ni. Simple aje kan? Salah satu amalan minimalist yang saya cuba amalkan sekarang ini ialah dari aspek kebersihan dan kekemasan rumah. Sebelum ini memang rumah saya agak padat dengan barangan yang entahapa-hapa. Guna cuma sekali dua lepas tu simpan kononnya mungkin ia akan berguna pada suatu hari nanti.

Agak mudah bagi saya untuk membuang benda-benda yang tak perlu dalam rumah kerana saya sudah lama meninggalkan tabiat menaruh emosi kepada harta benda. Apa yang saya buat ialah ‘reformat’ semula rumah saya yang dah berserabut dengan barang-barang tu. Caranya, saya keluarkan semua barang-barang lama, pakaian-pakaian lama lalu saya kumpulkan semuanya kedalam 3 kategori. Pertama, benda yang sangat penting dan boleh digunakan – boleh simpan. Kedua, benda yang dah tak pakai dan tak berguna lagi tapi mungkin berguna kepada orang lain- boleh disedekahkan atau dijual. Ketiga, memang dah tak berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain – boleh masuk tong sampah.

Apa yang terhasil ialah rumah yang bersih, kemas dan ruang yang lebih luas dari sebelumnya. Fikiran pun tenang setiap kali masuk rumah. Walaupun tak 100% siap lagi tapi cukup buat saya gembira. Berkotak-kotak pakaian telah dapat saya sedekahkan. Benda-benda yang entahapa-hapa macam file-file kosong, keychain, helmet cabuk, kasut-kasut dan seribu macam benda lagi juga telah saya sedekahkan kepada yang sudi. Mana yang diorang tak mau tu, saya buangkan aje. Seingat saya 3-4 trip juga buang benda-benda tu ke tong sampah besar tepi jalan tu dengan kereta (bonet belakang penuh, seat belakang pun penuh!). Bayangkanlah berapa banyak ’sampah’ yang telah saya simpan selama ini! huhuuu… dan berapa banyak duit yang dah terbazir membeli benda-benda yang tak perlu.


Pendapat saya mungkin cara hidup sebegini telah menjadi trend kepada orang-orang yang dah bosan dengan cara hidup manusia zaman moden sekarang yang terlalu maju dan complicated. Manusia sibuk tak tentu hala, sibuk cari duit, sibuk bersosial, kerja siang malam, stress. So mereka dah bosan lalu cuba untuk menjadi contrary, bertentangan dengan cara hidup masakini.

Tapi saya tau tak semua orang akan setuju cara ini. Setiap individu adalah berlainan. Ada yang materialistik, ada yang tidak mementingkan harta dan dunia, ada yang suka membazir, ada yang suka kumpul ’sampah’, ada yang menghargai alam semulajadi, ada yang tak peduli langsung dan sebagainya. Tapi ini adalah pilihan hidup masing-masing. Kalau anda kenal siapa dia Steve Jobs sudah tentu anda kenal akan produk-produk hasil keluarannya yang bermutu tinggi, tetapi simple dan kemas. Ya beliau adalah founder syarikat Apple yang terkenal dengan produk-produk seperti Macbook, iPhone, iPod, iMac dan sebagainya. Dari produk yang dihasilkannya itu mencerminkan beliau adalah seorang pengamal minimalist sebenarnya!


Saya akui cara hidup ini memang banyak kelebihannya. Ia memang kena dengan jiwa saya. Satu cara lagi yang Leo ni buat ialah beliau cuba sedaya upaya untuk tidak menggunakan kertas, seboleh-bolehnya beliau akan digitalize segalanya. Ini tak secara langsung beliau telah memberi sumbangan ke arah memelihara alam semulajadi. Apa yang beliau buat, beliau akan simplify kan. Apa yang tidak penting akan dihapuskan. Dengan cara itu beliau mendapat lebih ruang dan masa.

Cuba kita bayangkan meja tempat kita bekerja semak dan serabut hingga kadang-kadang bila melihatnya pun boleh jadi pening dan tension. Bayangkan pula jika ianya bersih dan kemas, cuma ada monitor komputer, keyboard, mouse, sebatang pen dan beberapa keratan kertas kecil, itu saja, takda benda lain. Mana yang jadi pilihan anda? Saya pilih yang kedua tu sebab ia dapat memberi saya ketenangan minda dan tumpuan bekerja.

 


Kelebihan yang lain ialah kita akan dapat mengurangkan stress dan menambahkan ketenangan. Sebagai contoh sebuah kisah benar. Pada suatu ketika dahulu saya pernah sms kepada kawan saya ni pada suatu malam, saya terlupa bahawa beliau ialah seorang yang workaholic. Saya cuma bertanyakan soalan yang mudah saja – mintak nombor telefon seorang kawan. Apa yang saya dapat ialah herdikan dari beliau kerana saya tak tau waktu itu beliau masih belum balik bekerja (10 malam)! Balasan sms: “Engkau tak tau ke aku sibuk ke apa ke bla bla bla..” Aik?? Angin tiba-tiba je. Stress la tu!

Apa guna kerja dan cari duit sampai stress.. Ye lah memang la berkorban untuk masa depan tapi takkanlah sampai tak ingat keluarga dan rakan-rakan. Sejak dari insiden tu saya mula terfikir zaman yang mengejar materialistik semata-mata ini tidak akan memberi apa-apa faedah jangka panjang jika meninggalkan perkara yang benar-benar penting didalam hidup kita ini. Apa tujuan kita diletakkan didalam dunia ini. Apa yang perlu didalam hidup ini. Jangan lupa apa yang kita perlu adalah lebih penting dari apa yang kita hendak.

 


Dengan mengamalkan cara hidup ini juga kita akan dapat meluangkan masa untuk melakukan apa yang kita enjoy; membebaskan diri untuk mencipta sesuatu yang hebat; masa yang lebih untuk kesihatan, membaca; mencapai matlamat;  dan ada banyak lagi. Diatas sebab-sebab inilah yang membuatkan saya tertarik dengan cara hidup minimalist ini. Anda pandangan anda pula?

Beliau juga ada menulis beberapa ebook berkenaan minimalist:
THE SIMPLE GUIDE TO A MINIMALIST LIFE
ZEN HABITS HANDBOOK FOR LIFE
ZEN TO DONE
Buy Now

Share/Save

SELAMAT HARI RAYA 1430H!

September 15, 2009 By: enemdy Category: Lain-lain, Personal

Aku disini menyusun sepuluh jari sekiranya aku terkasar bahasa, ter-menyinggung perasaan sesiapa, ter-makan-minum, tak ter-tunaikan janji, aku memohon ampun dan maaf. Aku ucapkan selamat berhari raya dengan keluarga tersayang. Berhati-hati dijalan raya don’t sleep while drive, don’t sneeze and drive, don’t talk talk handphone while drive and don’t curi makan (tak posa) or smoke cigarette while drive OK!

Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya!

Share/Save

Tags:
  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com