BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

SEMINAR PERNIAGAAN EBOOK

December 25, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Aku baru saja hadiri Seminar Perniagaan Ebook pada 13 Disember 2009 bertempat di Jom Training Centre di Bandar Tasik Selatan.

Rasanya ini seminar terakhir yang dapat aku hadiri pada tahun 2009 ni. Walaupun aku rasa dah pandai hoho.. tapi aku tetap pergi jugak sebab apa, sebab aku mungkin tak cukup pandai lagi. Aku tau mesti ada perkara lain yang masih aku belum tahu.

Memang ada perkara baru yang aku pelajari di seminar itu. Sangkaan aku Shuth akan ajar secara detail dari A sampai Z berkenaan menghasilkan ebook tapi rupanya seminar tu di pack kan sekali dengan topik domain, hosting, minisite, autoresponder, teknik pemasaran, SEO bla bla bla pada sebelah petangnya adusss…

Silap aku cuma tak tanya terlebih dulu tentang tentatif program seminar tu. Tu la lenkali kalau nak pergi seminar, kalau boleh tanya dulu apa topik-topik yang mereka akan cover dalam seminar tu, in-case kalau pengelola seminar tu tak bagitau dalam websitenya.

Tapi takpa, aku sure mesti ada sesuatu yang baru boleh aku pelajari.. hmm memang ada! Tapi sikit sangat! Lainlah kalau complete newbie – digalakkan menyertainya.

Yang mengejutkan, saudara Osman Affan pun ada menyertai seminar ni – so aku rasa ok. Perkara yang paling menarik ialah pada akhir sessi seminar tu di mana Shuth ada bagi satu tawaran yang paling hebat untuk pesertanya. So aku tak rasa rugi lagi. Aku takleh bagitau apa bendanya, kalau nak tau kena pergi sendiri.

Seorang peserta yang rupa dan gayanya sebijik macam Bruce Willis duduk sebelah aku, Adam Malek namanya. Dia ni memang mat blurr (haha sori bro!). Akhirnya dia boleh menarik nafas lega selepas Shuth bagi tawaran hebat di saat akhir seminar tersebut. Tiada lagi masalah blurr dia. Terima kasih aku ucapkan pada Adam sebab offer aku tumpang kete dia sampai ke KL hari tu, thanks bro.


Mana yang aku tak tag namanya tu sori le, aku lupa daa.. owh ada sorang lagi, nick dia The FonZ.

Sewaktu seminar tu peserta cukup bersemangat, macam-macam idea ebook yang menarik dikeluarkan tapi takleh la nak bagitau kat sini satgi kena ciplak kang aku yang kena hehe..

Kesimpulannya, lepas hadiri seminar ni ada rasa semangat nak bikin ebook lagi. Jangan risau tentang yurannya, yang penting – garenti tak rugi. Kat Malaysia ni masih terdapat banyak untapped niche yang menguntungkan, siapa cepat saja yang akan dapat. Thanks a lot Shuth!

So sesapa nak pegi, pegi le cepat sebelum tawaran istimewa tu habis.

Share/Save

PANDUAN TENTANG BAGAIMANA MENCARI, MEMBINA DAN MENCAPAI MATLAMAT

November 22, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, motivasi

Sebelum dapat mencapai matlamat mestilah ada matlamat dulu. Tanpa matlamat, tiada perancangan. Jika tiada perancangan, maka tiadalah pencapaian.

Masalah utamanya ialah bagaimana untuk memulakannya. Iaitu bermula dengan perkara apa yang ingin kita capai. Apa yang kita benar-benar mahu.

Statistik mengatakan 95-97% manusia tidak menulis matlamat dan gagal. Cuma 3-5% sahaja yang menulisnya dan berjaya. Mungkin kerana mereka tidak tahu apa yang mereka benar-benar mahu didalam hidup ini. Mungkin mereka tidak menulis matlamat. Mungkin mereka tidak tahu cara yang betul untuk menulis matlamat. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana untuk menyusun perancangan matlamat dengan betul. Apatah lagi untuk berjaya mencapai matlamat!

Sebenarnya untuk mencari matlamat tidaklah sesukar mana jika dilakukan dengan betul kerana jawapannya sentiasa ada didalam diri kita. Samada kita mahu atau tidak mahu, serius atau tidak serius sahaja.

Maka dengan itu, saya disini menghulur tangan untuk membantu sesiapa yang masih belum ada matlamat didalam hidup atau masih belum mencapai sebarang matlamat atau sering gagal didalam mencapai matlamat.

Memperkenalkan ebook “Panduan Matlamat” yang boleh didapati dipasaran sekarang. Eh.. kat pasar takda, cuma di internet sahaja. Tempah sekarang di http://www.panduanmatlamat.com sementara tawaran harga pengenalan masih ada.

Laburkanlah sedikit wang anda demi untuk masa depan anda dan bukannya semata-mata untuk membayar bil, berhibur dan membeli benda yang tidak perlu OK!

Share/Save

  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com