SELAMAT DATANG TWENTY-TEN (2010)

Beberapa minit lagi nak masuk tahun baru 2010 dah rupanya. Rasa macam kejaaap je tahun 2009 ni isk isk..
Imbas kembali 2009
Blog ini dilahirkan pada awal Januari. Dapat anak kedua – Nur Arissa namanya. Dapat kereta baru. Dapat Macbook baru. Dapat anak kucing Parsi baru Lily namanya (tapi mati lepas 4 bulan uhu uhu..). Dapat menghasilkan sebuah ebook. Dapat ‘pendapatan’ yang lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dapat tu dapat ni, eh macam-macam lagilah, baru aku perasan ada banyak perkara yang aku dapat tahun 2009 ni!
Selain tu aku dapat hadiri seminar dan kursus perniagaan internet seperti Bengkel Website, Seminar Perniagaan Ebook dan Critical and Creative Thinking Skills. Dapat beberapa kenalan baru. Dapat mencapai beberapa matlamat peribadi dan sebagainya. Kesimpulannya, tahun 2009 ni ialah tahun yang paling meriah dan menarik bagi aku setakat ni, walaupun terdapat beberapa peristiwa yang menyedihkan dan menyayat hati. Biasa la, takkan nak happy sesaja, mesti ada pahit dan manisnya kan.. itulah kehidupan di dunia namanya.
Malam ni aku tak pi mana-mana so dengan kesempatan ni bolehlah aku menulis topik penutup jurnal 2009 aku. Mengimbas kembali dan mengkaji segala pencapaian, kegagalan, kekurangan, masalah, kerja-kerja tertangguh, pengajaran di sebalik sesuatu kejadian dan sebagainya.
Bagi aku, menulis jurnal ni merupakan satu aktiviti yang berguna sebab ia dapat membantu aku merekod dan mengkaji segala aktiviti terutama sekali pencapaian matlamat agar aku tak lari dari haluan perjalanan hidup yang telah aku rancangkan selama ini. Harap anda pun boleh mula menulis pada tahun baru ini, percayalah ada banyak kebaikannya.
Jadi, apa nak buat pada tahun depan?
Sedara sedari dah ada apa-apa perancangan dah ke? Dah set matlamat ke belum? Saya dah prepare dah awal-awal. Saya dah tahu apa nak buat dan apa nak capai dalam tahun 2010 nanti. Harapnya anda pun begitu dan saya doakan semoga kita sama-sama dapat mencapainya.
Oklah, dengan ini saya sebagai admin blog enemdy.com nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini dan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang komen. Semoga tahun 2010 ini akan membawa kita ke satu tahap pencapaian yang lebih baik dari tahun lepas; mempertingkatkan nilai positif dalam diri; mengurangkan lagi tabiat buruk; membangunkan personaliti dan motivasi diri! InsyaAllah!
Jumpa lagi tahun hadapan… babai 2009! Hai 2010!



















