BLOG NMD

Perniagaan Internet dan Motivasi
Subscribe

APA ITU GIMP?

September 01, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Ia adalah singkatan dari GNU (General Public License) Image Manipulation Program. Software percuma ini (open source) merupakan satu alternatif kepada software seumpama yang tersohor iaitu Photoshop.



Keupayaannya menghampiri Photoshop. Bezanya Photoshop teramatlah mahalnya, tak percaya browse internet dan lihat harganya mencecah USD999! Photoshop CS4 kalau tak silap aku.

Walaupun ada versi cetak rompak yang melambak kat Malaysia ni tapi terpulanglah kepada diri masing-masing tepuk dada tanya selera. Kalau menggunakan benda-benda ‘rompak-rompak’ ni untuk menjana pendapatan, akhirat nanti sendiri jawablah. Tapi apa buleh buat, fenomena ni macam dah lali dlm masyarakat kita dan ramai yg anggap sebagai perkara remeh. So hati-hati..

Kalau anda seorang graphic designer yang serius dan handal maka berbaloilah kalau beli Photoshop tu. Walaupun mahal tapi ia boleh buat design yang canggih-manggih dan kompleks. Kalau macam aku ni hanya sekadar suka-suka dan nak buat efek-efek yang simple maka GIMP adalah pilihan aku.

Aku rasa aku nak menyumbang sesuatu dalam blog ni dengan membuat tutorial GIMP yang simple-simple sebab tak banyak tutorial dalam bahasa melayu.. eh ye ker? hmm.. aku rasa takde pun.

Sebelum tu kalau sedara-sedari nak belajar kenalah download software PERCUMA ni dulu kat internet.

Klik sini GIMP

Buat masa sekarang ia versi 2.6. something.. Available untuk Windows mahupun Macintosh.

Nantikan kemunculan tutorial GIMP daripada aku!




Share/Save

Tags: ,

KEUPAYAAN SOFTWARE PERCUMA GIMP

February 17, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Software ala-ala Photoshop..

See what it can do:

Yang ni tersalah save, low quality sikit..

Kira ok la tu bai..

Yang ni berpeluh ketiak jugak nak buat.. huh..

Ini pulak, huruf ‘y’ bikin spoil..

Downloadlah, amiklah, percuma, gratis, bak kata org Negeri Semilan – free of charge keep the changehttp://www.gimp.org/downloads/

Share/Save

Tags: ,

BUKU DIGITAL

February 13, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet, Personal

Ia dinamakan sebagai Digital Reader atau eBook Reader. Ada banyak nama dan brand. Antaranya Mobipocket, Kindle 2, Sony Digital Reader, Cybook, iRex, iLiad, Hanlin, BeBook etc.

Hidup manusia dah semakin mudah, tak payah bawak buku yang tebal-tebal dan berat-berat. Harga ebook pun lebih kurang je atau lebih murah dari harga buku fizikal. Antara features yang lain ialah:

  1. slim dan ringan senang nak bawak mana-mana.
  2. boleh baca dalam gelap, boleh baca kat katil sebelum tido.
  3. ada text-to-speech (tukang baca).
  4. ada yang boleh download ebook secara wireless.
  5. Ada yang boleh muat sampai 1500 buku (ikut size storage). Library bergerak!
  6. etc.

Share/Save

APA ITU TWITTER?

January 18, 2009 By: enemdy Category: Perniagaan Internet

Sebuah mini social networking yang patut anda join!

Berkonsepkan short update tentang aktiviti harian anda, berguna untuk perniagaan internet. Let your followers know what is your current projects, recommendations, your latest blog post, offer affiliate products etc.

Anda perlu jawab soalan dibawah sahaja

WHAT ARE YOU DOING?

Rekabentuk dan kepenggunaan yang simple tetapi efektif. Terhad sehingga 140 characters sahaja. Bersifat minimalist – aku suka.

Tapi aku yakin mesti ada yang gatal nak tulis lebih dari itu. Kenapa kalau dah pilih sesuatu itu kerana cirinya yang unik tetapi bila nak guna, ciri itu sudah tak penting lagi? Sama macam orang beli komputer Apple tetapi gatal nak install dan run windows juga. Manusia ni pelik dan ‘gatal’.

Kalau gatal juga nak tulis lebih dari 140 characters – takda masalah, boleh guna twitzer. In case ada link yang panjang – takda masalah, boleh guna ‘pemendek’ URL seperti tinyurl contohnya. Selamat menggatal!

http://www.twitter.com/enemdy

You follow me, I follow you…

Share/Save

  • Search on This Blog

  • BERITA BAIK!

    Blog ini ada "COMMENTLUV"
  • TERBAIK



     
  • FACEBOOK SAYA

    Noraizham Bin Mohamad Diah's Facebook profile

BloggerMelayu.com